hai assalammualaikum

Kempen Inisiatif Bajet 2022 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda',  Bantu Tingkatkan Jualan Produk PMKS Halal - Industri makanan halal merupakan industri yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan bukan sahaja di Malaysia malah ke peringkat global. Disebabkan pandemik, banyak pengusaha produk halal terjejas sehingga tidak dapat mengekalkan perniagaan mereka. Namun begitu, pandemik ini juga menyedarkan tentang kepentingan pendigitalan dan strategi pemasaran yang tepat untuk pastikan produk halal yang dihasilkan kekal berdaya saing di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. 

Jadi bagi membangunkan industri halal, pelbagai program dan inisitaif dijalankan untuk membantu industri halal khusunya perusahaan Mikro Kecil Dan Sederhana ( PMKS ) untuk bangkit kembali. Banyak produk halal Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ) sekarang. Pada nad, produk IKS ni pun bagus dan mampu bersaing dengan produk yang berjenama. 



Kempen Inisiatif Bajet 2022 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda',  Bantu Tingkatkan Jualan Produk PMKS Halal


Bagi membantu produk halal perusahaan Mikro Kecil Dan Sederhana ( PMKS ) ini,  Halal development Corporation (HDC) telah menganjurkan Kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' dalam membantu tingkatkan kompetensi dan jualan produk halal pengusaha kecil dan sederhana ( PKS ) tempatan yang terjejas semasa pandemik Covid 19 disamping memperkukuh jenama Halal Malaysia dan promosi bersasar melalui kerjasama dengan rakan strategik. 

Projek ini merupakan salah satu program daripada Kempen Inisiatif  Bajet 2022.

Tema 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' ia selari dengan visi HDC iaitu untuk menjadikan halal sebagai pilihan utama.


Kempen ini juga merupakan hasil kerjasama proaktif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi agensinya, HDC dan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) bermatlamat melonjakkan pertumbuhan industri Halal ke tahap yang lebih tinggi, dengan menyasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen.



Demi menjayakan kempen ini, Halal Development Corporation (HDC) memperkenalkan 2 program iaitu

1) Program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS

HDC menjalinkan usahasama dengan rakan strategik iaitu Lulu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd bagi Program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS. Kempen akan diadakan di semua cawangan pasaraya pasaraya besar iaitu Lulu Hypermarket dan Lotus's di seluruh negara bermula pada April sehingga Julai 2022.

Program ini sekurang-kurangnya membantu 120 syarikat hala PMKS mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran baru atau yang lebih besar.

2) Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS

Manakala Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, akan melibatkan kerjasama dengan Delivery Hero Malaysia Sdn Bhd iaitu Food Panda Malaysia, bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022.

Program ini bertujuan untuk
- Meningkatkan keupayaan daya saing dan kebolehpasaran produk serta perkhidmatan PMKS halal tempatan di peringkat global.
- Peluang produk PMKS halal meningkatkan kebolehpasaran di rangkaian pasaray antarabangsa
- Menumpukan golongan PMKS halal untuk mengadaptasi teknologi digital
- Menjadi platform untuk PMKS halal menjalankan aktiviti pengiklanan dan pemasaran

Anjuran seperti ini bukan sahaja menaikkan jualan PMKS, malah memudahkan masyarakat muslim untuk mendapatkan barangan yang halal dan selamat. 

Sejumlah 500 usahawan halal dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah terpilih untuk menyertai kempen anjuran HDC.


Nad sendiri dah pergi ke Lulu Hypermarket untuk melihat sendiri kempen ini. Terpampang pintu gerbang masuk dengan tulisan 'Jadikan Halal Pilihan Utama'. 



Macam mana korang nak tau produk apa yang join kempen ni? Hah, korang boleh tengok banner dan penanda bulat di sebahagian rak yang mempunyai tanda tulisan ' Jadikan Halal Pilihan Utama ' dan itula produk halal PMKS yang join kempen ini. Bukan semua tempat tau, kena tengok mana yang bertanda itu sahaja.

Sebagai seorang muslim, mestilah akan cari produk yang halal kan. Bila dah ada barang yang dah siap tanda halal macam ni, memang rasa selamat.





Pelbagai jenis produk halal minuman, makanan PMKS yang ada seperti sos,kek, makanan frozen, kopi dan lain-lain dengan harga yang sangat berpatutan. Semasa kempen ini berjalan, banyak tawaran menarik yang disediakan.

Mungkin ada produk korang pernah nampak, dan ada juga produk yang tak pernah nampak kan. Bagus juga kempen seperti ini, sekurangnya ramai tau betapa banyaknya produk halal PMKS yang ada.






Boleh nampak, produk halal PMKS juga mampu bersaing dengan jenama yang lain. Orang cakap 'tak kenal maka tak cinta'. belum cuba belum tau, dah cuba baru tau produk PMKS tempatan sama bagus seperti produk lain.

Kempen ini bermatlamat untuk meningkatkan capaian dan prestasi jualan, serta mengatasi isu jurang visibiliti produk halal tempatan yang bersaing dengan produk halal luar negara, ke arah meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran produk halal tempatan.

Pihak HDC menggalakan pengusaha PMKS untuk berdaftar dan mendapatkan pengiktirafan Halal dan menjadi peserta industri Halal pasaran antarabangsa.

PMKS yang ada sijil halal, HDC akan bantu menjadikan mereka pengeksport serta pembekal produk halal yang berdaya saing tinggi. Program ini adalah untuk memudahcara PMKS memasuki pasaran pasar raya melalui rangkaian digital dan bila nampak kemajuan produk tersebut, HDC akan membawa mana-mana PMKS yang berdaya maju keluar negara untuk menjadi pembekal dalam rangkaian bekalan antarabangsa

Jangan fikir produk PMKS ni tak bagus tau. Masa ni la kita kena sokong dan membeli produk halal hasil PMKS tempatan di pasaraya terpilih kerana PMKS kita juga mampu mengeluarkan produk yang baik dan menawarkan harga berpatutan.

Sama-sama kita sokong Kempen Inisiatif Bajet 2022 ' Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' .


Mengenai Halal Development Corporation (HDC)

Halal Development Corporation atau dikenali sebagai HDC merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Agensi ini ditubuhkan dengan misi untuk meningkatkan industri halal Malaysia dan memudahkan perkembangan pemain industri halal melalui inisiatif yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka. HDC sebuah organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal Malaysia 

HDC juga berperanan sebagai memudahcara penyertaan pemain industri ke dalam ekonomi halal untuk meningkatkan eksport halal Malaysia dan pelaburan langsung ke dalam taman-taman industri halal.  HDC telah menetapkan sasaran yang tinggi bagi menarik dan menyepadukan sekurang-kurangnya 50,000 PKS ke dalam industri Halal Malaysia menjelang 2030.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. halal memang selalu jadi pilihan utama... kat rumah ni pun selalu ada produk produk IKS yang diyakini halalnya

    ReplyDelete
  2. Wah bagus la. Tak perlu ragu-ragu lagi kalau nak beli keperluan rumah kan. Kadang kala tu risau juga nak beli apa2 barang takut tak halal.

    ReplyDelete
  3. Indeed as a Muslim memang always mencari yang halal kan, bagus juga program ni nanti boleh tengok brand2 yg join tuu 😁

    ReplyDelete
  4. Bagus kempen macam ni, dedahkan kepada semua, betapa pentingnya mencari halal.. kadang kita ni lupa nak memilih...

    ReplyDelete
  5. Kalau bawak anak pegi shopping barang memang tekankan diorang tengok ada logo halal tak. Diorang pun sekarang memang praktik, takde logo halal, diorang tak makan especially gula-gula/coklat

    ReplyDelete
  6. I support this initiative a lot. can buy more as gifts to friends and family in this period

    ReplyDelete
  7. Bagus program Produk PMKS Halal utk galakkan perniagaan dlm memajukan produk2 halal

    ReplyDelete
  8. What a beautiful initiative to help the sales of our muslims sellers as well as ease shopping for the buyers!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2