hai assalammualaikum

Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel, Unik Punya Hotel Di Ipoh Perak - Pernah sebelum ni nad dengan keluarga kecil nad menginap di Kinta RiverFront Hotel and Suites di Ipoh, waktu ni, suami ada kerja dekat sana, dia angkut sekali keluarga dia pergi sana. Tapi waktu dengan suami tak sempat jalan-jalan Ipoh sebab anak meragam. Kali ni, nad ke Ipoh dengan bestie Cici dan Sally. Saja nak me time, yang betul-betul me time..hehee. Kitaorang rancang bercuti 2 hari 1 malam sahaja. Bila fikir bercuti ni, mestilah fikir hotel dulu, tempah awal-awal dulu. Yang mencari hotel ni Cici, banyak la dia cadang hotel yang ada di Ipoh, dan akhirnya decide untuk pilih Ipoh Bali Hotel, hotel berkonsepkan bali.

Entah bila nak pergi Bali kan, kita rasa dulu, amik feel dulu vibe Bali ni dekat Ipoh Bali Hotel..hehe.  Sampai je dekat hotel, terus ambik gambar dekat luar..hehee. Dari luar je dah unik dan menarik, belum lagi bahagian dalam. Ambil feeling Bali jom..hehehe. Selalu hotel kita menginap tinggi bangunan, tapi Ipoh Bali Hotel dia lain dari yang lain.



Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel, Hotel Unik Di Ipoh Perak


Check in dekat Ipoh Bali Hotel pukul 3 petang. Kitaorang sampai dalam pukul 2.30 petang. 

Hotel ni takdala besar mana, mungkin bilik pun limited je, parking kereta pun tak luas, depan hotel je. Tapi, tak kisahla, masa kitaorang datang memang kosong takda kereta lgi..hehehe.


Saat masuk ke ruang reception, Wah, teruja dengan suasana dia. Boleh tengok sekitar ruang legar di Ipoh Bali Hotel, dekorasi ala-ala bali, sangkar buluh tradisional, kayu semula jadi desa antik dengan perabot mewah dalam hiasan di lobi mencipta reka bentuk kontemporari yang canggih yang lahir daripada seni bina Bali, kayu kayan semua. Simple dan tenang je. So natural tau.


Paling nad suka, staff dekat sini friendly betul. Senyum je selalu, cakap pun macam kawan-kawan je.


Sebelah ruang pendaftaran, ada ruang menunggu dan juga ruang makan. Konsep 2 in 1 la gitu. Masa menunggu boleh minum kopi dulu. Dekat ruang ni jugala untuk breakfast. 

Cici tempah bilik besar, untuk 3 orang, dan harga bilik RM411 ++ . Pagi ada disediakan sarapan pagi, jadi, masa daftar tu, pilih menu siap-siap untuk sarapan pagi dan waktu untuk sarapan. Jadi esok pagi datang bagitau bilik mana dan tunggu sarapan datang. Layanan diaorang bagi memang tiptop, takde kelam kabut semua.

Ok tak sabar kan nak tengok bilik Ipoh Bali ni macam mana kan..heehe..Jom masuk bilik.





Lawa kan bilik dia, betul-betul vibe Bali. Dekorasi dalam bilik memang cantik, lukisan dekat dinding, hiasan dalam bilik, memang lain dari yang lain.




Bestie 3 siti berjalan..hehee



Paling menarik, bilik yang kitaorang pilih ni depan ada kolam ikan. Ada pintu boleh dibuka untuk keluar ke kolam ikan tu. Ya Allah, serius best betul. Rasa tenang je, dengan bunyi air, depan pokok-pokok, tengok ikan. Siap ada buaian duduk tu. Memang tenang dan damai je rasa dia. 

Tapi kalau bawak keluarga, ada anak-anak, kene hati-hati. Yela, budak excited tengok ikan, takut terjun terus kang dalam kolam tu..hehehe.

Apa yang kurang menarik, bilik kita dengan bilik sebelah-sebelah boleh nampak. Maksudnya bila korang lepak dekat luar area kolam ikan ni, jiran sebelah boleh intai. Dinding bilik ni bukan sampai penuh, separuh je, sebab kolam ni memanjang sampai bilik sebelah-sebelah. Nak pergi bilik sebelah pun boleh. Tu bahayanya. Jadi kena kunci pintu tu setiap kali nak keluar.

Lepastu, kalau nak ikan tu datang ke tempat kau, kenala bagi makan. Ada makanan ikan dibagi masa daftar tu. Tapi kalau jiran sebelah dah bagi makan ikan, kenala tunggu ikan tu ke tempat korang.



Ni bahagian bilik mandi, siap ada bathub lagi. Semua ada, berus gigi, tuala, hairdryer. Setiap bilik lain-lain tau, bilik air pun mungkin lain-lain.

Comelnya, pintu tandas dia ada bentuk gajah, hahaha, lupa pulak nak ambik gambar, tapi ada ambik dekat video.

Bilik ni kira luas juga la, tak tau bilik yang lain kan macam mana. Tapi untuk kami 3 orang je memang luas la juga.

Kat sini lengkap segala kemudahan ada, oh wifi pun ada disediakan.


Dalam bilik ada disediakan ubat nyamuk letrik, satu lagi ada besar punya untuk halau nyamuk..hahaa. Yela depan kolam ikan, denagn pokok-pokok, mestila datang nyamuk. Nak langkah berjaga-jaga dari nyamuk datang, tu sebab ada ubat nyamuk tu. Tapi, takda pun nyamuk masuk dalam bilik, lena je kitaorang tidur.

Esok pagi kitaorang breakfast dalam pukul 8.30 pagi. Sarapan awal sebab nak lepak dekat kolam ikan tu sambil buat tiktok..hahaha. Korang boleh tengok tiktok nad tiktok.com/@nadiajohari1988  . Jangan lupa follow ya..hahhaha.



Ni sarapan yang kitaorang pesan. Nad pesan Nasi Lemak Udang, Cici punya order Nasi Lemak Ayam Berempah dan Sally, Nasi Ayam Rendang. Ada menu lain macam dalam set pinggan tu ada hotdog, telur, hah macam tu la. Kitaorang pilih nasi sebab pagi-pagi lapor..hahaa.

Sebelum sampai sarapan kitaorang, dihidangkan buah.

Lepas tu boleh je ambil cornflakes, buat roti bakar, minum kopi, orange dan susu. 

Lepas sarapan, kitaorang naik tingkat atas untuk tengok persekitaran hotel ni.

Hotel ni ada roof top tau, dekat tingkat tiga. Memang kena naik tangga la, dekat sini bukan guna lif ke apa..hahha. 






Tengok cantik kan, ruang untuk lepak semua. Kalau rajin bangun pagi tengok matahari terbit. Ni nad naik memang matahari memancar la ye, panas. Tapi cantik view dari sini. Macam tak ramai orang naik atas ni. Mungkin tempat ni buat event kot. 

Dekat depan hotel pun lawa tau, ada kolam juga. Ada port untuk bergambar juga. Memang vibe Ipoh Bali Hotel ni lain dari lain.

Jadi, kalau korang bercuti ke Ipoh, bolehla masukkan senarai Ipoh Bali Hotel ni dalam list ye. Mana yang tengah nak berbulan madu, nak raikan birthday ke apa -apa la, best kalau buat dekat Ipoh Bali Hotel ni. Rasai sendiri menginap dekat hotel ni. Hotel ni pun dekat tengah bandar Ipoh, jadi nak pergi tempat menarik dekat Ipoh pun senang. 

Haritu kitaorang lepas check in hotel, terus tempah grab pergi jalan dekat Ipoh. Masa kitaorang sampai Ipoh, memang takda langsung parking, penat memusing, sudahnya pergi 2 tempat terus check in, lepas tu naik grab, pergi cari tempat best dekat Ipoh, senang.

Kalau korang nak tepah, nak tengok lagi suasana Ipoh Bali Hotel ni, boleh pergi ke website diaorang https://ipohbalihotel.com/




Video Ipoh Bali Hotel. Jemput tengok.

Ipoh Bali Hotel
Alamat : 12A, Lorong Cheah Cheang Lim, Off Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia.
Contact : +6 05 242 0222
                +6 010 566 0222
Email : ipohbalihotel@gmail.com
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. wah menariknya. boleh la lepas ni kalau bercuti ke Ipoh stay sini. best ni :)

    ReplyDelete
  2. cantik hotel dia..suka suka suka.. byk betul sudut instagrammable...ada tgk Nad, Cici & Sally ber TT kat situ..amboiii sonok..haha..Jeles sis...

    ReplyDelete
  3. Ini semua nampak menarik. Boleh masuk dalam list untuk ME TIME! heeeee

    ReplyDelete
  4. mmg cantik kan...nasib baik la Cici payung banyak hahahaha

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2