hai assalammualaikum

Lagu "Mudahnya Berzakat" Omar Hana Didik Anak-Anak Tentang Kewajipan Berzakat - Baru-baru ini, lagu baru Omar Hana "Mudahnya Berzakat" telah dilancarkan hasil kerjasama PPZ-MAIWP dengan Digital Durian. Meriah waktu pelancaran dengan adanya maskot Omar Hana dan Ustaz Amil, serta tetamu istimewa kak Sharifah Shahira.

Tujuan menghasilkan lagu dan video "Mudahnya Berzakat" adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik kanak-kanak, ibu bapa dan semua yang beragama Islam mengenai kewajipan berzakat. Ibadah zakat ini perlu ditekankan sepertimana penekanan mengenai ibadah solat, berpuasa di Bulan Ramadan dan menunaikan Haji. Bagus kita pupuk sedari kecil umpama meluntur buluh biarlah dari rebungnya.



Lagu "Mudahnya Berzakat" Omar Hana Didik Anak-Anak Tentang Kewajipan Berzakat 


Kalau sebelum ni, lagu-lagu Omar & Hana banyak berkisahkan kisah-kisah tauladan sahabat nabi, solat, puasa dan sebagainya, kali ni, lagu dan video "Mudahnya Berzakat" Omar Hana ni dihasilkan supaya dapat melahirkan generasi muda yang celik zakat seterusnya menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat untuk disalurkan kepada asnaf.


Korang dah dengar lagu "Mudahnya Berzakat Belum". Hah, nah nad kongsikan lagu ni ( https://www.youtube.com/watch?v=iOLxVCuw3cY) . Best sangat dengar. Bila kita dengarkan dekat anak-anak, Insyallah, diaorang akan faham, apa itu zakat.





Baru nad tau, kanak-kanak pun boleh berzakat. Kewajipan menunaikan zakat tidak tertakluk kepada orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga tidak terkecuali dalam kewajipan menunaikan zakat sekiranya menepati syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab. Zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh penjaga atau ibu bapa.

Sekarang dah mudah nak bayar zakat. Boleh bayar melalui Aplikasi MyZakat. Aplikasi ini korang boleh bayar dan kira, bayar dan semak penyata zakat. Korang boleh muat turun di Google Play Store atau Apple Store.

Perkhidmatan dan Saluran Bayaran PPZ-MAIWP

Banyak cara boleh tunaikan zakat di PPZ-MAIWP, antaranya

1) 10 kaunter PPZ-MAIWP
- Isnin-Jumaat : 8.15 pagi- 4.45 petang
- Sabtu : 8.15 pagi - 12.45 tengahari ( Ditutup pada minggu pertama dan ketiga hari Sabtu dan Ahad )

2) Skim Potongan Zakat Bulanan
- Bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Daftar Skim PZB secara dalam talian melalui ptg.zakat.com.my
- PPZ-MAIWP sedang mengadakan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan ( Skim PZB) untuk menarik lebih ramai kakitangan kerajaan dan swasta khusunya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji. Untuk makluman lanjut mengenai kempen ini layari www.zakat.com.my

3) Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)
- Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di mytemujanji.zakat.com.my

4) Perkhidmatan Door to Door
- Perkhidmatan khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter melalui perkhidmatan Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757.
Waktu Operasi : 9 Pagi - 5 petang.

5) Saluran Bayaran Online
Portal Rasmi PPZ-MAIWP
- Zakat Harta - zakat.com.my
- Aplikasi MyZakat - muat turun di Google Play Store atau Apple Store

6) Ejen Kutipan Zakat
- Perbankan internet (15 bank)
- E-wallet
* Boost
* Shopee
* GoPayz

Untuk keterangan lanjut boleh layari
Contact : 1-300-88-5757
Emel : info@zakat.com.my
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2