hai assalammualaikum
Hidup Cara Sihat Dengan US Highbush Blueberry - Buah blueberry, saiznya yang kecil tapi penuh dengan khasiat dan vitamin. Nad suka makan buah blueberry ni, rasnya yang sedap, masam manis tu, dan sesuai buat pelbagai resepi menggunakan buah blueberry ni. Kalau korang nak tau musim blueberry biasanya berlangsung dari April hingga September. Baru-baru ini telah dilancarkan Kempen 'Boost of Blue' oleh Majlis Beri Biru Highbush US untuk menandakan kemuncak musim ini.
Kempen 'Boost of Blue' ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang manfaat kesihatan beri biru, menggalakkan mereka untuk memasukkannya ke dalam diet seimbang, dan menggalakkan mereka makan lebih banyak beri biru US Highbush yang lazat.