hai assalammualaikum

Aeon Fashion Preview : Baju Gaya Fit (Sukan), Percutian (Kasual) Dan Perkahwinan (Wedding) - Majlis Fashion Show paling meriah nad pernah sertai anjuran Aeon. Bermula dari TRIBES Boxing Studio memperagakan baju Gaya Fit (Sukan) jenama Innercasual, seterusnya berjalan ke MRT Surian ke Aeon Maluri, memperagakan baju casual di dalam MRT yang sedang bergerak dan diakhiri di Aeon Maluri dengan pakaian perkahwinan.

AEON Fashion Preview (AFP) ialah acara tiga tahunan menunjukkan jenama fesyen AEON yang akan berada di Aeon. Fesyen yang menyerlahkan trend, gaya, warna dan tekstur terkini mempamerkan ketibaan musim baharu serta mengumumkan kerjasama yang menarik. 


Aeon Fashion Preview : Baju Gaya Fit (Sukan), Percutian (Kasual) Dan Perkahwinan (Wedding)

Aeon Fashion Show Preview kali ini menonjolkan tiga jenis pakaian trend iaitu pakaian sukan, pakaian percutian dan pakaian pengantin bermula Julai sehingga Oktober. Baju-baju yang dipamerkan sangat cantik, trendy, selesa dan korang boleh dapatkan baju-baju ni semua di Aeon.

1. Baju sukan Innercasual Jepun, iC 

Sekarang ni orang menitikberatkan kesihatan diri dengan bersukan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, terutama sekali sejak pandemik haritu. Bagus kita bersukan, bukan sahaja badan cergas, malah otak pun cerdas. Selalunya kalau nak bersukan mestilah berpakaian yang sesuai, selesa dan tak menganggu pergerakan.

Teruja bila dapat tau Aeon melancarkan baju sukan Athleisure Brand Innercasual, atau dikenali sebagai iC. Yeah baju ni dah boleh didapati di Malaysia. Baju Innercasual ni baju sukan yang sangat selesa, diperbuat daripada fabrik mesra alam dengan teknologi Jepun untuk meningkatkan fungsi kategori sukan. 

Baju iC ni dihasilkan menggunakan 100% kapas organik yang ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia. Fabrik nya memang sangat selesa, ringan dan tak melekat di badan. Bersukan kan kita memerlukan pergerakan yang lebih seperti melompat, berlari, perlu regangan, jadi baju iC mampu menyokong ketangkasan dan pergerakan. Designnya yang sangat simpe dan menarik, nak pakai waktu santai-santai pun boleh tau..hehee. Ditambah dengan sains dan teknologi yang memastikan penyerapan peluh dan keupayaan pengeringan cepat, anti-bau, anti-bakteria dan dengan perlindungan UV.

Sesuai dipanggil the fit-style di AEON, iC menyokong 4 konsep iaitu sesuai untuk semua peringkat umur, saiz badan, kefungsian, dan harga yang mampu milik.

Terdapat 3 rangkaian fesyen gaya tersendiri dalam iC iaitu

ActiveWear - fun and funstional 

PeaceFit - gaya hidup, the exciting technology to enhance lifestyle’s

Sustainable - kerjasama pereka dan aktivis ikonik British, Katherine Hamnett, perintis dalam fesyen beretika dengan mesej " Saving The Planet". Korang boleh nampak semua baju iC ada perkataan " Saving The Planet" ialah adalah mesej  yang merangkumi kehendak dan semangat Katharine Hamnett untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Setiap helaian baj iC dalam koleksi menggunakan fabrik mesra alam, kapas organik – ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia.

Yang aktif bersukan, wajib dapatkan baju innercasual ni. Untuk muslimah, ada baju jenis panjang dan sangat selesa kainnya. 

 AEON telah memilih gim butik komuniti, TRIBE BOXING STUDIO yang terkenal dengan kickboxing untuk melancarkan kerjasama pertamanya dengan iC.

Hadir untuk melancarkan jenama itu, Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada teruja, “innercasual is all about being comfortable while opting to be versatile and flexible in our way of life so the decision to ensure that the brand is brought to Malaysia is definitely a good fit with our lifestyle strategy.”

Menandai pelancaran iC bersama community of fitness enthusiasts, TRIBE Boxing Studio, Low Ngai Yuen, the Chief Merchandise and Marketing Officer menambah, “We found a community partner in TRIBE that champions the same value – actively prioritizing fitness while empowering one’s own style. We call it the fit-style at AEON. Whatever your silhouettes or body types, iC is about supporting you 4-ways: functionality, aesthetic, sustainability and affordability. As a treat for AEON Members Plus, we are inviting them to experience the much sought-after group-boxing classes here at TRIBE over the weekend. To the TRIBE community, AEON is inspired to do more because of you and we are definitely very pleased to announce other holistic collaboration with full access to live a life of wellness from a variety of food and beverage choices to boost energy and strengthen physique.”


Hah ahli Aeon Member Plus, cepat-cepat la pergi ke Tribe Boxing Studio rasai sendiri boxing yang sangat hebat ni. Nad dah rasai memang hilang stress tau..hahaha. Ada coach yang akan mengajar korang. Walaupun tumbuk macam bantal peluk, tapi rasa puas..hahaha. Untuk Aeon Member Plus ada harga special masuk kelas boxing ni.

iC menawarkan produk mampu milik yang berkualiti tinggi, berfungsi, mampan dan sesuai untuk semua peringkat umur dan saiz. 5 jenama utama iC, PEACE FIT, ACTIVE WEAR, KATTHARINE HAMNETT, MIRAI BEAUTY, ORGANIC COTTON

Korang boleh dapatkan baju iC di AEON Taman Maluri Shopping Centre, AEON Mid Valley, AEON Mall Bandar Utama, AEON Mall Wangsa Maju dan AEON Mall Tebrau City.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/innercasual 
Instagram: innercasual.my

2. Baju Percutian ( Vacation Wardrobe )

Seterusnya, dari Tribe Boxing Studio kitaorang bergerak menaiki MRT dari MRT Surian ke Aeon Maluri. Pertama kali tengok fashion show dalam gerabak MRT yang sedang bergerak. Jangan risau, pihak Aeon memang dah sewa MRT ni untuk Aeon Fashion Preview ni, jadi tak kacau orang lain nak naik MRT ni..hehee. Nad sendiri lihat model-model lelaki dan wanita buat catwalk sambil memperagakan koleksi pakaian-pakaian terbaru khas untuk travel yang dikeluarkan oleh Aeon.

Hah, sekarang dah boleh bercuti ke sana sini kan, mestilah nak balas dendam selepas lama terperuk dalam rumah. Masa untuk bercuti dan ber OOTD, ala kat tiktok kat viral cakap budak OOD, hahaha. Dah kalau nak Outfit Of The Day mestila kena ada baju yang cantik, menarik dan semestinya selesa.



AEON memperkenalkan pelbagai jenama pakaian percutian yang selesa yang sangat sesuai untuk percutian. Daripada pakaian peranginan yang baharu hingga ke pakaian jalanan dan pakaian percutian, yang paling bergaya dan mesra saiz, boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja. Baju percutian ni sudah ada di Aeon tau, korang boleh dapatkan sekarang!

i) Scar

Dibuat untuk menyatakan adalah identiti Scar - setiap orang diberi pilihan untuk memakai Scar mengikut kehendak mereka dan dengan penerokaan yang tinggi dalam agendanya, Scar mempamerkan pewarna seri, lapisan berkibar tanaman dan perincian yang tidak dijangka yang diperibadikan sebagai rupa pilihan musim.

ii) Puteri 

Range modest mereka yang mengikut trend dan bersifat kelonggaran. Juga didatangkan dengan pakaian renang Muslimah, disarungkan dengan pakaian luar sifon yang bergaya.

iii) PlusCollection

Tak kira apa saiz pun adalah cantik sebagai nilai teras jenama, perjalanan musim ini tidak pernah lebih bergaya dengan fabrikasi linen bercetak bunga. Denim juga merupakan ciri besar untuk dipakai ketika korang travel dan ekspidisi.

iv)  Arcadia 

Untuk pengembaraan yang berkelas, lihat Arcadia yang menawarkan pelbagai gaya abadi. Baju atasan dan seluar linen dengan rona neutral, tanah dan perincian sulaman menjadikan setiap koleksi sebagai kenang-kenangan.

v) M

Untuk ibu-ibu diluar sana, korang juga ada pakaian yang sesuai dan selesa semasa trave. Baju bebas kedutan, rajutan mesin untuk fabrik ringan dan nursing-friendly; M terkenal dengan best selling maternity pants di samping baju menyusu, pakaian dan skirt yang sesuai.

vi) ti:zed 

Jenama ini korang mesti wajiba ada: barang keperluan berguna yang mudah dimasukkan ke dalam beg semalaman seperti hoodie dan pullover bergaya untuk lelaki, dan pakaian baju bercetak kapas yang mudah diurus untuk sebarang majlis yang tiba-tiba.

vii) Guys’ Vision 

Print is definitely in for vacation. Print on print is pulled off best with this brand’s ingenious way to stand out looking good.


3. Busana Pengantin ( Wedding )

Selepas hampir dua tahun acara perkahwinan tidak dapat dilakukan disebabkan pandemik, akhirnya, selepas kelonggaran diberi, kita sudah boleh buat majlis perkahwinan. Semestinya bakal pengantin lebih seronok dan ingin mencari baju pengantin yang lawa-lawa kan. Buat pertama kalinya, AEON mempersembahkan koleksi pengantin dan bridesmaid yang mesra bajet dan merangkumi pelbagai saiz yang diperagakan di Aeon Taman Maluri.


Kolaborasi dengan pereka yang terkenal dengan famed bespoke and made-to-measure Zachrin Jaafar dan Kay Ibrahim menubuhkan rumah pengantin terkenal seperti Ivory Romance, juga dijangka akan datang pada bulan September.


Lawa-lawa baju pengantin yang dipamerkan. Senang lepas ni siapa nak kawin boleh dapatkan baju pengantin di Aeon. Bagi bridesmaid tak perlu dah mana nak cari baju, pergila ke Aeon..hehe.Busana pengantin dan bridesmaid ni akan ada di Aeon pada September 2022.


AEON Fashion Preview Julai – Oktober 2022 telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada yang mengumumkan, “Fashion is about living it to the fullest and AEON is all about making sure we are there, helping to create all the right moments.”

Turut hadir Niena Azman, Bakhtiar, Debra Jeanne Poh, Edison Ho, Hazeeq Dean, Rubini, Haneesya Hanee, Charissa Chong, Rita dan Shazlin.

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - 8 dan 15, memfokuskan untuk menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat; serta melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem daratan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: AEON Retail Malaysia
Instagram: AEON Retail Malaysia
Twitter: AEON Retail Malaysia
LinkedIn: AEON Group Malaysia
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2