hai assalammualaikum

Bercuti Dan Menginap Di Charming Villa Melaka Selama 3 Hari 2 Malam - Sekali lagi percutian keluarga Haji Johari dan Hajah Latipah untuk 2022 ini. Sebelum ni kitaorang bercuti di Port Dickson menginap di Tasik Villa Port Dickson dan kali ni kitaorang pergi ke Melaka pula. Percutian 3 hari 2 malam ni, kitaorang menginap di Charming Villa Melaka.

Setiap kali percutian keluarga besar macam ni, memang tempat penginapan perlu yang luas, selesa macam duduk di rumah. Mana taknya, kami ada 5 orang adik beradik, campur dengan mak ayah, campur 5 orang menantu dan 17 cucu Haji Johari dan Hajah Latipah..hah!!, mana taknya perlu menginap tempat yang luas. Paling penting setiap penginapan ada swimming pool..hehee.

Bercuti Dan Menginap Di Charming Villa Melaka Selama 3 Hari 2 Malam 

Penginapan kali ni, abang nad yang cari. Kitaorang rancang dah lama dah, masa bulan 4 tak silap dah rancang nak bercuti keluarga bulan 7 ni. Mula, abang tunjuk rumah banglo Charming Villa ni, mintak pilih yang mana sebab Charming Villa ni banyak pilihan rumah. Akhirnya pilih Charming Villa yang ada 5 bilik ni. Abang pun siap-siap book tempat penginapan ni. Berharap percutian untuk tahun 2022 ni menjadi dan takda apa-apa yang berlaku, alhamdulillah, sampai bulan 7 percutian keluarga berjalan dengan lancar.





Charming Villa Melaka ni terletak di A Famosa Resort Simpang Ampat Alor Gajah Melaka. Nak ke rumah banglo ni boleh tahan jauhnya, sebab dalam A Famosa ni macam-macam jenis homestay ada. Charming Villa ni paling last nad rasa. Kalau siang cantik sangat, sebab banyak pokok, view semua lawa, tapi kalau malam mengerunkan..hehee.

Masa booking, deposit RM300 perlu dibayar. Harga rumah RM2600 untuk 3 hari 2 malam. Bagi nad harga ok je untuk rumah banglo, siap lengkap semua kemudahan. 



Dari luar nampak macam 2 tingkat, tapi sebenarnya rumah banglo ni satu tingkat sahaja. Waktu check in ke Charming Villa biasalah dpukul 3 petang dan check out 12 tengahari. Ada tambahan masa RM80 sejam sampai pukul 6 petang bergantung kepada kekosongan. 



Rumah banglo ni ada 5 bilik tidur dan 2 bilik mandi. 4 buah bilik double dan satu bilik king. Setiap bilik memang luas dan ada aircond. Bukan dekat bilik je ada aircond, dekat ruang makan, ruang tamu pun ada aircond..hahaa. Memang sejuk memanjang. Setiap bilik memang kemas, cadar pun lawa..hehee.





Selain itu kemudahan yang disediakan LED Tv, sofa, iron + board, Astro Njoy/mytv, Meja makan, periuk nasi, cerek elektrik, cuckoo, microwave, peti ais, dapur gas, mop, pinggan mangkuk, periuk, semuala perkakas memasak semua lengkap, mesin basuh pun ada. Tinggal bawak bahan untuk memasak sahaja.

Oh dekat sini ada disediakan sejadah untuk sembahyang.




Bilik mandi pun selesa, ada water heater semua. Alat mandi, sabun semua, bawa sendiri la..hehe.



Bahagian wajib mestila private pool. Private pool dalam 4 kaki dalamnya, jadi kalau kanak-kanak tu kena diawasi orang dewasa. 


Bahagian luar swimming pool memang best, luas, ada tempat duduk batu juga. Haish, betul-betul rumah idaman sungguh. Siap ada ampaian untuk sidai baju.

Oh dekat sini boleh pesan foodpanda juga tau..hehee. Haritu kitaorang cuba pesan, eh boleh pulak.


Dekat sini pun ada disediakan free bbq set, tapi takda arang dan jaring bbq tidak disediakan. Kitaorang takda pun buat bbq, sebab malas nak bakar-bakar semua, kitaorang masak dalam rumah je.


Sampai je, memang budak-budak ni terus terjun dalam swimming pool. Siap-siap bawa pelampung semua dan baju mandi.

Malam tu kitaorang duduk rumah je, sebab nak rehat kejap, dan order makanan foodpanda.


Esok paginya, kitaorang masak nasi lemak. Bahan-bahan kitaorang bahagi-bahagi.

Petang pulak, kitaorang pergi bandar Melaka. Yela dah datang Melaka, mestilah jalan-jalan bandar Melaka. Memang jauh dari Villa kitaorang dekat sejam lebih juga..hehee. Tapi dah nak jalan takkan nak duduk rumah je.







Sampai bandar Melaka pun naik beca, jalan sekejap , ambil gambar. Tak pergi sampai Jonker walk Melaka, tak pergi Menara Taming Sari dengan area Sungai Melaka tu sebab dah petang.


Malam tu makan bungkus dekat kedai tomyam. Meriah juga kedai ni. Datang Melaka patut rasa asam pedas Melaka, tpai makan ikan siakap pulak..hahaa.



Esok paginya, hari terakhir kitaorang, pagi tu buat game dekat swimming pool. Macam-macam game la, game cari duit dalam swimming pool, game lontar botol dekat duit, game tegakkan botol, game bowling guna bowling mainan, hahaha. Last terjun dalam swimming pool dan main bola dalam air.

Patutnya check out pukul 12 tengahari tapi sebab nak lambat, kitaorang mintak tambah keluar pukul 3 petang. Duit dari deposit la dia ambik, sepatutnya kan deposit akan dipulangkan.



Oh Charming Vill ni hanya diberikan kepada keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Sekiranya berkumpulan atau bukan dari sebuah keluarga hanya gender yang sama sahaja pasangan bukan mahram tidak dibenarkan.


Alhamdulillah, percutian keluarga berjalan dengan lancar dan baik. Percutian keluarga 3 hari 2 malam cukup meriah dan happening.

Balik tu singgah kedai beli dodol la, beli kudapan untuk dalam perjalanan.

Ok kalau korang nak try stay sini boleh contact di:
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  2. lama tak pi melaka. selalu jem merata kat sana tu yang malas pergi time cuti sekolah.

    ReplyDelete
  3. memang charming villa tu hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2