hai assalammualaikum

Program Jualan Keluarga Malaysia Di AEON BiG Danau Kota Dengan Kerjasama KPDNHEP WPKL - Minggu lepas, nad berkunjung ke Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON Big Danau Kota untuk melihat sendiri jualan yang diadakan di sana. Program Jualan Keluarga Malaysia ini adalah program bagi membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah dengan mendapatkan keperluan barang asas dengan harga lebih murah dari pasaran. 

Program Jualan Keluarga Malaysia adalah kerjasama antara AEON Big dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL). Program yang berlangsung pada 13 dan 14 Ogos 2022 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. 


Program Jualan Keluarga Malaysia Di AEON BiG Danau Kota Dengan Kerjasama KPDNHEP WPKL

Program yang dilaksanakan sempena bulan kemerdekaan kali ini dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti jualan oleh AEON BiG dan pembekalnya,  cabutan bertuah, serta konvoi 300 buah motosikal “Kembara Fun Ride” yang berlepas dari  Stadium Bola sepak Kuala Lumpur ke AEON BiG Danau Kota.




Program Jualan Keluarga Malaysia ini yang dirasmikan oleh Ybhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ybhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof bersama tetamu kehormat di Aeon Big cawangan Danau Kota.















Sampai je sana, terus nad tengok barang keperluan asas yang dijual. Bagi nad harga yang ditawarkan memang murah daripada pasaran. Boleh tengok ayam potong sahaja RM10, minyak peket RM2.50 tapi terhad ambil 3 paket sahaja. Kira ok la tu, dari beli kedai kan. Selain itu ada telur, detergent, makanan, diapers, buah-buahan, sayuran segar, beras dan lain-lain.

Inisiatif bersama ini menawarkan lebih banyak pilihan barangan keperluan asas dan merupakan  tanda usaha AEON BiG untuk terus membantu rakyat mendapatkan bekalan keperluan harian pada harga lebih murah daripada pasaran.

Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON BiG Danau Kota ini melibatkan sebanyak 16 pembekal dan agensi Kerajaan yang membuat penjualan barangan keperluan pengguna pada harga yang lebih murah. 

Enam (6) booth tetap/bergerak akan dibuka untuk PCFR iaitu:

KPDNHEP (Price Catcher)
Kementerian Kesihatan Kesihatan
Jabatan Pengangkutan Jalan
Hong Leong Yamaha S/B.
Boon Siew Honda S/B (TBC)
Lembaga Kecantikan Negara (LKN)


Selain itu ada juga truck Nescafe dan Omega mencuba perisa baru coklat. Maggi pun ada. 

Kalau korang nak tau AEON BiG telah bekerjasama dengan KPDNHEP sejak 2021 untuk Program Jualan Keluarga Malaysia, dan ini merupakan kali kedua kerjasama ini dijalankan.

AEON BiG sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyokong inisiatif bagi memudahkan pihak pelanggan mendapatkan baragan keperluan dengan mudah. Produk yang berkualiti dengan harga yang lebih rendah sentiasa menjadi matlamat utama untuk pelanggan, 

KPDNHEP WPKL mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya menyahut dan menyokong usaha Kerajaan  dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia yang akan datang yang bakal akan diambil oleh Kementerian Willayah Persekutuan. Inisiatif ini juga akan diperluaskan lagi secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar. 

Kedua-dua program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pengguna dan juga  membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, di samping menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak.

PJKM peringkat Wilayah Persekutuan secara rasminya telah bermula pada Disember 2021 dan ianya masih berlangsung sehingga kini di mana tempoh program adalah selama dua hari bagi setiap minggu yang terpilih.


Bagus usaha kerajaan memperkenalkan Program Jualan Keluarga Malaysia ni, memang sangat membantu meringanlan beban perbelanjaan isi rumah dan membantu mengurangkan kos perbelanjaan. Jualan Keluarg Malaysia menjadi pemangkin kepada pengguna merancang pembelian serta membuat pilihan bijak.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Bagus inisiatif kerajaan dalam bantu rakyat.. ini baru Keluarga Malaysia

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2