hai assalammualaikum

Jamboo Cafe Di Kuala Lumpur, Cafe Yang Cantik Dan Menu Sihat Yang Menarik - Salah satu cafe menarik di Kuala Lumpur yang korang kena pergi. Masa ni sebenarnya nak ke Kleptokrat Cafe, tapi disebabkan ramai beratur, nad dengan kawan-kawan cadang cari cafe lain. Tiba-tiba kak Atie nampak satu cafe ni, dari luar nampak cantik dan menarik dengan gabungan warna hijau dan putih.

Cafe Jamboo ni terletak di alan Tun H S Lee, City Centre, Kuala Lumpur, berhadapan cafe Kleptokrat tu. Tengok luaran design cafe memang comel, dalaman dia pun sangat menarik. Kenapa nama dia Jamboo, tu nad takpasti la tapi Nad tanya staff situ, baru buka ke cafe ni? staff situ jawab dalam setahun lebih dah cafe ni dibuka. 



Jamboo Cafe Di Kuala Lumpur, Cafe Yang Cantik Dengan Menu Sihat Yang Menarik


Masa tengok dekat luar ada board menunjukkan menu yang ada dekat cafe ni. Cafe ni menyediakan makanan sihat dalam mangkuk ( healthy rice bowl ). Disebabkan pertama kali datang, dan tengok kedai tu cantik, kitaorang pun masuk untuk lepak dekat cafe ni dan cuba makanan dekat sini.





Masa masuk dalam cafe, teruja lagi dengan dekorasi dan suasana cafe ni. Sangat kemas dan selesa untuk kitaorang duduk sini. Semua tersusun rapi. Waktu ni perut pun dah lapar, jadi kita tengok menu apa yang ada. Cafe ni berasaskan Lei-Cha tau, tu sebab kedai pun green.


Untuk yang nak makan mangkuk nasi sihat (healthy rice bowl ), korang perlu ambil mangkuk dalam almari dan pilih topping apa yang korang nak. Lauk korang pilih dekat flash card yang diletak dekat dinidng ni. Korang yang customized lauk korang nak makan apa.


Ni adalah jenis-jenis topping, sayuran dan protein yang korang boleh pilih untuk makanan sihat korang. Menarik bukan, pilih macam ni. Tapi susahnya bila dah banyak sangat tu, tak tau nak pilih yang mana..hahaha.


Lepas korang dah pilih menu tu,boleh bagi dekat staff untuk buat bayaran.





Sebenarnya, lauk korang ambil tu dimakan dengan nasi. Kira makanan sihat jugala macam tu. Ditambah pula sup warna hijau, sup Lei Cha. Nad tak order pun yang makanan sihat dalam mangkuk tu, tu kak Atie, Zandra, Rodiah dengan Azwa yang order. Untuk menu ni nad tak pasti la rasa dia macam mana, sebab nad tak order kan. Tengok kawan-kawan makan habis, sedapla tu agaknya.


Menu dekat sini bukan menu sihat sahaja, ada juga yang lain. Macam nad dengan shamiera order Sarawak Laksa. Bagi nad Sarawak Laksa dia sedap. 


Untuk minuman, nad order Jamboo-Cha , dalamnya matcha guava dan fresh milk. Serius air ni sedap betul ok. segar je tekak bila minum. Minuman botol tu shamiera yang order, campuran orange dan nenas.

Oh dekat sini pun ada jual croissant.




Cafe ni memang sangat instagrammble tau, luar menarik, design bulat tu, dalam dekorasi cantik. Tepi kedai pun lawa. Ada dekorasi botol-botol dengan warna warni. Sebenarnya belah luar tu pun korang boleh ambil air dari lubang disediakan. Memang unik la.

Harga makanan dekat sini dalam RM20 ke atas. Biasalah cafe di tengah Kuala Lumpur harga bukan harga marhain ye..hehe. Tapi korang kena tetap datang juga cuba makan dekat sini, sebab presentation memang perfect, cute spot untuk korang OOTD, bergambar. Nak suasana yang tenang boleh la masuk kedai ni sambil makan-makanan sihat.


Oh masa nak ke cafe Jamboo ni, rezeki pulak jumpa Shuib ni..hehee. Peramah orangnya, boleh di ajak bergambar..hahaa.

Korang nak datang boleh ke 

Jamboo Cafe
Address: 19G, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hours: 
Sunday 8:30am–7pm
Monday 9:30am–7pm
Tuesday Closed
Wednesday 9:30am–7pm
Thursday 9:30am–7pm
Friday 9:30am–7pm
Saturday 8:30am–7pm

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2