hai assalammualaikum
Kekal terhidrat Dengan Air Minuman Jantzen, Bersih, Selamat Dan Penghantaran Air Yang Mudah - Air sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Air membantu kita kekal sihat, memastikan tubuh badan kita kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari. Kita disarankan untuk minum 8 gelas air sehari setiap hari. Kita ni memang digalakkan minum air putih dari air manis. Macam nad sekeluarga, minum air putih dah menjadi amalan seharian.
Korang tau tak, yang minum air putih banyak kebaikannya, kita kekal terhidrat, air sentiasa ada dalam badan, terutama dalam cuaca panas atau ketika bersenam. Kita pun dapat buat kerja dengan baik.Selain itu, air minuman ni dapat meningkatkan tenaga dan fungsi otak. Paling bagus, air putih ni boleh membantu menurunkan berat badan. Minum banyak air boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan meningkatkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme kita.
Kekal terhidrat Dengan Air Minuman Jantzen, Bersih, Selamat Dan Penghantaran Air Yang Mudah
Korang tau tak, air minuman ni bukan sahaja untuk hilangkan dahaga, kita juga kene ambik tau mengenai kualiti air yang diminum sama ada air tu bersih atau tidak.
Air ni rupanya ada jenis-jenis dia tau, air mineral semula jadi, air minuman, air osmosis berbalik dan sebagainya. Apakah yang membezakan jenis minuman ini? Adakah prosesnya ataupun bahan mineral terkandung di dalamnya?
Air mineral merupakan air daripada sumber tanah yang dipam naik kemudian melalui beberapa proses untuk membuang kuman dan bakteria. Air jenis ini mengandungi mineral semula jadi yang sangat diperlukan untuk tubuh badan,
Air RO atau Reverse Osmosis merupakan air yang dirawat dan ditapis daripada sumber bekalan air paip. Air RO dipanggil sebagai air tulen, air suling atau air mati kerana ia bebas daripada bakteria dan mineral.
Kalau kita fikir, air putih ni semua sama sahaja, tapi sebenarnya tidak, warna je sama, putih jernih tapi cara penghasilannya mungkin berbeza. Kesimpulannya, jika ingin dibandingkan air mineral dan air RO, air mineral jelas dan nyata mempunyai lebih banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan.
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
Kandungan mineral dalam air tidaklah satu-satunya sumber mineral untuk tubuh manusia, mineral yang diperlukan oleh sistem tubuh juga dibekalkan oleh sumber makanan lain seperti sayuran, buah-buahan dan lain-lain.
Kandungan mineral dalam makanan dan minuman dapat membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Menjaga kesihatan tulang
Rangka tubuh seperti tulang, gigi dan kuku dapat diperkuatkan oleh kandungan mineral sebagai sumber kalsium seperti juga pengambilan susu.
Magnesium, bikarbonat dan kalsium yang terkandung dalam mineral juga dapat memelihara kesehatan tulang serta menghalang penyakit tulang seperti osteoporosis.
Meningkatkan daya ingatan otak
Otak manusia mengandungi 73% air yang dibekalkan oleh air yang diminum setiap hari. Oleh itu, kandungan mineral melalui air yang diminum memainkan peranan penting membawa bekalan mineral bagi keperluan untuk otak bekerja atau berfungsi dengan baik.
Kebaikannya ialah, otak ialah dapat berfikir dengan lebih baik, mengelak masalah lupa dan menjadikan otak lebih sihat.
Cara paling mudah membezakan dua jenis air minuman sama ada air mineral semula jadi atau air minuman berbungkus dengan hanya melihat warna digunakan pada penutup botol.
Beli Air Jantzen Secara Online
Dekat mana-mana kita perlukan air mineral ni, sama ada dalam rumah atau luar rumah. Jadi memang kena sentiasa ada air minuman ni. Banyak aktiviti kita buat macam bersenam, pergi gym, pergi sekolah, berkelah, hiking, hah air mineral tak lupa bawak.
Sebab tu nad beli air minuman Jantzen ni banyak-banyak. Senang sikit. Beli berkotak-kotak. Nad beli air mineral dan air RO Jantzen ni secara online. Order pun senang sahaja, dan paling penting harga jauh lagi murah daripada beli dekat kedai. Pelbagai saiz botol yang ada dari kecil sampai ke besar.
Macam nad beli Jantzen RO Cupwater (200mL), Jantzen RO 1.5L, Jantzen Mineral 600mL dan Jantzen Mineral 350 mL. Bila beli banyak ni, setiap hari nak minum air kosong je la. Air Jantzen pun ada dispenser water.
Nak tau mana air mineral Jantzen dengan air RO Jantzen boleh tengok penutup botol tu, yang penutup hijau tu air mineral, yang tak berwarna tu dengan cupwater tu air RO atau Osmosis berbalik.
Bila dah order, tunggu je air mineral kita sampai dekat rumah. Diaorang bukan guna pos laju ke apa, lori syarikat sendiri yang hantar. Ya, akan hantar depan rumah. Kemudian pekerja akan tolong angkatkan air tu masuk ke dalam rumah, tak perlu ambil sendiri. Bagus kan servis penghantaran macam ni, memudahkan kita.
Janzten boleh membuat penghantaran di seluruh Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk Perli dan Kedah (coming soon) bakal ada penghantaran sampai di sana.
Agak-agak kalau korang nak cari air mineral, saiz kecil, botol 19L, dispenser air atau pun penapis air,
ada nak buat keramaian, majlis, nak jadikan air mineral sebagai doorgift, untuk masjid, pejabat,atau rumah untuk kegunaan sendiri boleh je order air Jantzen ni. Tak payah lagi pergi kedai beli air botol banyak-banyak tu. Berat!
Penghantaran mengambil masa 2-7 hari bergantung pada lokasi. Penghantaran akan dihantar setelah pembayaran dibuat dan pembayaran dibuat secara dalam talian.
Korang boleh dapat diskaun untuk botol seterusnya jika korang pulangkan botol kosong yang ada. Pergh bagus kan.
Nad beli banyak-banyak air mineral, air RO ni sebab air ni tiada tamat tempoh dan sesuai untuk semua usia dan di mana sahaja.
Air Jantzen, air minuman proses osmosis berbalik, air yang bersih, segar, dan sedia untuk diminum. Anak pun nad memang ajar minum air mineral. Jadi setiap hari diaorang akan minum air mineral Janzten ni.
Macam Fariza akan bawak pergi ke sekolah air Jantzen ni. Tau la dekat sekolah lagi macam-macam aktiviti, setiap masa nak minum je.
Anak nad sorang lagi memang kuat betul minum. Memang perlu ada air minuman setiap hari.
Yang botol kecil Jantzen RO Cupwater (200mL) ni sangat sesuai diberi pada tetamu/pelanggan. Setiap cawan dilengkapi dengan penyedut jerami mengikut keselesaan.
Lagi sedap bila masukkan dalam peti ais, sejuk-sejuk kita minum air putih ni..hehee. Lega tekak!
Macam nad ni, walaupun dekat luar minum air buah ke, air manis ke, balik mesti cari air mineral. Hah, lega ada air Jantzen nad beli ni, terus teguk je.
Nad nak share sikit info tentang JANTZEN ni :-
Produk Jantzen telah membekalkan Malaysia dengan air minuman yang selamat sejak 1994. Ia satu syarikat pertama yang menawarkan penghantaran air minuman segar dari pintu ke pintu, dan hari ini mereka menjadi salah satu pembekal air terbesar minuman osmosis yang paling dipercayai di Malaysia. Jantzen salah satu penyedia perkhidmatan penghantaran air minuman terkemuka di Malaysia.
Nak bagitau ni, kepada syarikat dan peniaga yang perlukan air mineral, air RO ni, Jantzen juga menawarkan pilihan borong untuk mereka yang mahukan air minuman ni.
Kalau korang nak, kornag boleh order di
Website: https://www.jantzen.com.my/
Email : order@jantzen.com.my
Contact : 1300 88 1313/ 012 565 5133/ 03 8800 1533
Nak tau lebih lanjut boleh ke
Jantzen Marketing Sdn Bhd
No.12, Jalan TPK 2/4 Taman Perindustrian Kinrara Puchong
Mon – Fri : 9am-6pm
Weekends: Off
Public Holiday: Off
Facebook : https://www.facebook.com/jantzenwater/
Instagram : https://www.instagram.com/jantzen_water/
Twitter : https://twitter.com/jantzenwater
Kak Nina sekeluarga pun minum air mineral semulajadi atleast seminggu sekali. Mudah order dari Jantzen sebab dia hantar terus depan pintu rumah. Mudah!
ReplyDeleteWahh boleh delivery. Best , jenama ni baru lisa tau . Sebelum ni tak tau
ReplyDeleteWah menarik delivery sampai rumah tu. Memudahkan tak payah nak beli pergi kedai borong. Order jer online
ReplyDeleteBagus ye boleh tingkatkan metabolisma
ReplyDeleteRamai juga yg rekemen ayaq nie lani , nak try jugak laaa
ReplyDeleteJantzen saya belum permah try lg. Cam best ni
ReplyDeleteMemang order air Jantzen ni kat rumah, senang. Stok air pun sentiasa ada je.
ReplyDeleteDulu macam pernah dengar brand ni, tapi macam tak pernah tengok.
ReplyDeleteNak try jugakla rasa dia
ReplyDelete