hai assalammualaikum

Menarik Di Chocolate Museum Kota Damansara - Kalau sebut je coklat, mesti korang suka kan termasukla nad. Hati rasa gembira bila dapat makan coklat. Selama hidup ni tau makan coklat je, tapi korang ada tak ambil tau sejarah dan fakta tentang coklat? Mungkin ada, mungkin tak. Yela, coklat yang nad maksudkan bukan satu, tapi pelbagai coklat yang ada di pasaran. Hah, kalau korang nak tau sejarah pasal coklat, macam mana terhasil, korang boleh pergi ke Chocolate Museum di Kota Damansara.

Sesuai sangat bawak anak-anak ke sini, boleh diaorang belajar berkenaan coklat. Lagipun tempat ni bukan sahaja tengok coklat semata, tapi ada banyak tarikan menarik dalam Chocolate Museum ni, tentang fakta dan sejarah coklat. Hah meh nad kongsi dengan korang ye.


Menarik Di Chocolate Museum Kota Damansara


Dibuka pada 2013, Chocolate Museum pertama di Malaysia ("Chocolate Museum 1.0") telah menerima ramai pelawat. Chocolate Museum memberi konsep elemen asas 3E kepada pelawat iaitu pendidikan mengenai pengalaman koko dan coklat ( Education regarding cocoa and chocolate), pengalaman dalam proses membuat coklat ( Experience of chocolate-making process) dan membeli belah coklat yang menyeronokkan ( Enjoyable shopping ).

Chocolate Museum 1.0 telah mendapat sambutan ramai dan terpaksa membuka Chocolate 2.0 dengan lebih besar dan menarik.

Chocolate Museum 2.0 ialah ciptaan semula Chocolate Museum 1.0 oleh Dr Grow Holdings Sdn Bhd dengan objektif tarikan yang lebih menarik , karya seni asli dan fakta tentang coklat.

Harga masuk Chocolate Museum Kota Damansara

Types Of Visitor

Normal Price

Fees

( Promotions )

Adult (18 years and above)

 

 

RM10

RM 5

Children of student ( 7 years and above )

With valid identification card or in school uniform

RM 3

Pre School Children and below 6 years old

RM 2

Disable Person or Kids below 3 years old

Free

Free Entry


Sesiap yang nak datang secara berkumpulan, korang boleh layari www.chocolatemuseum.my untuk tempahan.

Apa yang menarik di dalam Chocolate Museum Kota Damansara ni, hah jom tengok.




1) Replika pokok koko Malaysia
Dekat sini boleh tengok pokok replika koko sebenar. Coklat diperbuat daripada biji koko yang diproses. Dekat sini pun ada ditunjukkan biji koko yang korang boleh pegang dan rasa sendiri.



2) Loacker Town ( Wafer brand Worldwide No 1 )
Tempat menarik untuk bergambar. Dekat sini juga ada tv menunjukkan tentang coklat.

3) 10 Foot tall reading book
dekat sini korang boleh baca sejarah dan fakta tentang setiap coklat yang ada. Bagus tau, sekurangnya kita tau bagaimana terhasilnya semua coklat tu.


4) 100 pieces original 'Cow Parade' Figurines Collection
Corak bentuk lembu yang dipamerkan sangat menarik dan unik.

5) Tinjau Kilang Coklat LIVE ( tontonan terhad )
Waktu ni dapatla tengok kilang coklat, tapi tak boleh ambil gambar.



6) Koleksi Artistic Chocolate Sculpture ( sebagai sokongan dan kerjasama dengan institusi untuk mempromosikan bakat Malaysia)



7) KL Chocolate Train - 35 kaki panjang set model coklat train - the biggest in-door Gauge 1 model train set in Malaysia



8) Replika Koleksi Model Kapal Skala Sejarah


9) Gambar Tun DrMahathir Muhammad dan Tun Siti Hasmah menggunakan ciklat m&m's. Sebanyak 5359 coklat m&m's digunakan untuk membuat potrait ini.

10) Coklat Venice 3D Art Wall
Bergambar sebagai kenangan..hehe


11) Coklat bentuk Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) Towers dibuat dengan 525kg coklat
Kagum tengok coklat KLCC ni. Bukan senang nak buat ni.


12) Cermin ajaib ( Crazy Mirrors)
Hiburan yang ada di Chocolate Museum, cermin ajaib ni..hahaa.




Dengan kerjasama jenama coklat antarabangsa yang terkenal, Chocolate Museum 2.0 turut mempamerkan sejarah unik jenama terkenal iaitu Neuhaus ( pencipta coklat praline ), Nestle's Kit Kat, Cadbury, Nutella, Lindt, Hershey' dan banyak lagi.

Demo Chcocolate




Lepas tu, kitaorang tengok demo buat coklat oleh chef. Kitaorang tengok dari luar cermin. Chef akan terangkan tentang coklat sambil buat coklat. Coklat yang dibuat dan dimasukkan ke dalam bekas akan dibekukan ke dalam peti ais. Chef dah siap-siap buat yang dah disejukkan, lepas tu dapat kitaorang rasa coklat tu.

Chocolate Lab


Paling menyeronokkan dekat Chocolate Museum, nad dengan anak-anak dapat merasai pengalaman membuat coklat. Makmal Coklat atau Chocolate Lab ni pengunjung dapat membuat coklat. Nak buat aktiviti ni ada bayaran.

Untuk Chocolate Lab ni ada 4 pakej bayaran, RM39, RM50, RM54 dan RM159
1) Junior Chocolatier ( RM 39 per person ) 
- Pakej ni buat chocolate dipped marshmellows dan chocolate bar
- Sesuai untuk 5 tahu ke atas

2) Advance Chocolatier ( RM 54 per person ) 
- Pakej ni pengunjung dapat membuat coklat dipped marshmallows, chocolate bar, moulded chocolate dan chocolate stencil
- Sesuai 5 tahun ke atas

3) Junior Chocolate House (RM 59 per person) 
- 550 gram coklat disediakan untuk seorang individu
- sesuai untuk 7 tahun ke atas

4) Advance Chocolate House
- 1 kilogram chocolate available untuk berkumpulan. Maximum 1 kumpulan 4 orang
- Sesuai untuk 12 tahun ke atas

Kesemua pakej ni korang akan dapat percuma Chocolate Museum Tour dan coklat boleh bawak balik.


Kitaorang tak sabar nak buat coklat ni tapi sebelum tu kena pakai apron, topi, sarung tangan semua. Yela, kebersihan kene jaga, takut nanti baju kotor pulak kan. 


Chef akan terangkan satu-satu, bekas ni untuk apa, itu untuk apa sebelum kitaorang buat sendiri. Lepas dah chef tunjuk, masa untuk kitaornag pulak buat. 






Seronok anak-anak buat coklat. Jangan risau, semuanya selamat untuk anak-anak, penting ada pengawasan ibu bapa. Coklat cream semua pun chef dah siapkan, kita cuma masukkan dalam bekas dan hias apa yang perlu. Memang menyeronokkan terutama bagi anak-anak.




Siap ada tugasan hias kasut dan beg coklat. Siapa yang kreatif cantikla hasilnya. Ad ajuga caca merba macam nad punya..hahahha. Paling penting kita seronok.


Dah siap coklat kita buat, boleh bawak balik coklat tu. Syok habis.

Coklat Fidani

Pada hari itu, kami juga mengenali coklat Fidani dengan lebih dekat. Korang pernah dengar atau pernah makan coklat Fidani ni?

Bagaimana nama Fidani terhasil?


Fidani ialah nama seorang gadis muda dan cantik yang suka melakukan perkara terbaik dalam hidup, terutamanya coklat berkualiti tinggi yang sangat baik sehingga selera anda akan fikir ia adalah di syurga. Coklat adalah kegemarannya dan dia akan menghabiskan masa berjam-jam mencipta coklat syurga untuk kesempurnaan yang merupakan kepakaran buatan tangan dan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dengan penuh perhatian dan kasih sayang. 

Hari ini Fidani, seorang wanita muda yang matang, adalah pencipta coklat kaya dan baldu yang benar-benar menggembirakan. Fidani meneruskan misi manisnya untuk menghasilkan coklat lazat yang akan mengujakan deria. membangkitkan imaginasi dan melatih selera untuk mengenali rasa tulen kualiti coklat.



FIDANI telah mencipta coklat buatan tangan terbaik untuk peminat coklat di Malaysia dan seluruh dunia sejak 1999. Menggunakan coklat berkualiti terbaik dan 100% mentega koko, terdapat 70 perisa berbeza dan lebih daripada 200 jenis inti untuk dipilih. 



FIDANI juga ada menyediakan dan membuat custom makes coklat untuk majlis perkahwinan, acara korporat dan apa sahaja majlis. Tengok sahaja bungkusan semua, sangat menarik.


Ni bentuk unik sangat dari FIDANI coklat ni.

FIDANI boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2, Mitsui Premium Outlet, Souq Shoppe @Putra Mosque, Putra Jaya, Genting dan Premium Outlet, Johor Premium Outlet.


Korang kalau nak tempah coklat FIDANI boleh hubungi

Nor Shila Mohd Nordin
Fidani Chocolatier Sdn Bhd No. 2 Jalan Teknologi 3/5 Kota Damansara
Taman Sains Selangor 1
47810 Petaling Jaya, SELANGOR
TEL1: 03 6140 3232
TEL2: 03 6140 3322
H/P : 019 620 3601
EMEL :norshila@fidani.cc
Website: www.fidani.cc

Kedai Runcit Menjual Pelbagai Coklat

Selesai buat coklat, akhir sekali sebelum keluar mestila shopping coklat. Dekat sini ada kedai coklat untuk kita beli pelbagai jenis coklat import dengan harga yang murah. memang kena pau la dengan anak-anak. Diaorang lagi pantang nampak coklat. 




Best datang ke Chocolate Museum ni. Macam-macam nad dengan anak-anak belajar. Dapat tau sejarah asal usul coklat semua. Bagus tau.











Korang nak datang boleh ke 
Choclate Museum @ Kota Damansara
No 2 Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara
Selangor
Waktu operasi : Isnin - Ahad ( 10 pagi hingga 5 petang )

Contact
Chocolate Museum Customer Service/Booking ( 0179104439 )
Chocolate Museum Shop ( 0172084892)
Chocolate MuseumOffice ( 0374904260 )

Untuk lebih lanjut boleh layari
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. coklat kasut maira ada separuh lagi dia tak bg org lain amik,makan sorang2 tp skit2 je dia makan tiap kali balik sekolah hahahahha

    ReplyDelete
  2. Hujung minggu sesuai lah kalau ni buat aktiviti dengan anak2 di sini kn

    ReplyDelete
  3. Yana kalo masuk sini takmo keluaq . Suka coklat 😋

    ReplyDelete
  4. Ohhh Murah je harga dia. Ai ingatkan puluh-puluh. www.aisyaismail.com

    ReplyDelete
  5. Cecantiknya hasil coklat tu handbag dengan kasut tu. Kreatif ya

    ReplyDelete
  6. Eeee bestnyaaa bukan anak2 je ekcited ni

    ReplyDelete
  7. best sangat, ada rezeki nnt nak lah datang sini lagi

    ReplyDelete
  8. Baru pi sini aritu... Siap jadi winner hias kasut.. Heheheheheh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2