hai assalammualaikum
Metrojaya Kini Dibuka Di Lalaport Buki Bintang
Encik Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store berkongsi bahawa mereka komited untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya hidup yang tersendiri. Mementingkan mutu dan kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia - memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memilih apa sahaja mengikut citarasa mereka.
“Kami sentiasa mengemaskini pilihan kami demi menyediakan produk terkini untuk pelanggan dan memenuhi keperluan gaya hidup mereka,” kata Encik Andrew.
Korang pernah nampak dalam kedai ada kedai kopi. Tak pernah ada kan. Hah, tapi di Metrojaya menyediakan vendor kopi untuk korang berehat sebentar semasa membeli belah. selalu yang penat shopping ni orang lelaki kan, hahahha. Jadi bila ada kedai kopi Outpost ni, suami atau teman lelaki boleh rehat dekat kedai Outpost dan minum kopi sambil menuggu kaum wanita membeli belah..hehee.
“Kami memberi perhatian yang teliti kepada setiap perincian dan bukan sekadar kepada produk yang tersedia malah juga suasana yang dicipta untuk para pelanggan. Kami juga telah memasukkan beberapa ciri-ciri unik di kedai kami yang tidak pernah dibuat lagi di Metrojaya ini,” kata Encik Andrew.
“Vendor kopi yang disediakan bukan sahaja untuk membolehkan pelanggan kami bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah kami juga akan menyediakan bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Ciri terbaharu ini akan tersedia di Metrojaya tidak lama lagi. Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam keseronokan ini sambil meluangkan masa mereka bersama kami.”
Selain kedai kopi, apa yang nad suka ialah ruang kecantikan ni. Dekat sini macam-macam jenama kecantikan ada, dan menarikperhatian ada spa room dekat sini.
Kalau korang ke Lalaport, jangan lupa membeli belah di Metrojaya. Nak ke sini pun mudah. Kalau korang menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.
Kalau nai kenderaan, jangan risau, ada disediakan parking dekat sini. Hanya waze atau google maps sahaja ke Lalaport. Memang sangat mudah.
Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my
Wah siap ada ruang kecantikan
ReplyDeleteNanti nak pegi situ...
ReplyDeleteMacam best je sini boleh pergi
ReplyDeleteKalo pi kl bley la singgah sini nampak menarik
ReplyDeleteLama tak pergi metrojaya. Lupa dah bila last pergi.
ReplyDeletebesar jugak lalaport ni eh ,nanti nak singgah la ari tu lalu dah tunjuk kat laki heheh
ReplyDelete