hai assalammualaikum

The Lemon Tree Tropicana Petaling Jaya, So Instagrammable Cafe - Ok kali ni nad nak kongsi dengan korang satu cafe yang sangat unik tau, sebab apa, sebab cafe ni dipenuhi dengan pokok lemon..hehee. Nama pun dah The Lemon Tree, mestilah berkonsepkan lemon. Ni pun kak Azni yang ajak kitaorang untuk chill dekat cafe ni lepas habis event. Nad memang suka kalau orang ajak cafe menarik ni. 

The Lemon Tree Cafe ni terletak di Tropicana Petaling Jaya. Cafe ni dekat bangunan, tapi dia bahagian luar. nampak bentuk bulat tu, hah tu la cafenya. Nad lupa pulak nak ambil gambar bahagian luar. Takpa korang waze je The Lemon Tree Tropicana PJ, insyallah sampai la nanti. Ada je parking dekat luar, haritu parking dalam RM4. Tak pasti berapa lama parking tu.



The Lemon Tree Tropicana Petaling Jaya, So Instagrammable Cafe, Banyak hiasan Pokok Lemon


Tengokla dalaman dekorasi The lemon Tree cafe ni, cantik kan, cafe yang dipenuhi dengan pokok lemon. Sebeanrnya pokok lemon ni semua fake, jadi takda la bau lemon sangat. Tapi tak perasan pulak yang pokok lemon besar tu. Rasanya palsu juga kot. Takkanla dia nak buh pokok lemon betul dalam kedai kan..hahaa.





Semua port tempat duduk semua cantik tau. Nad sendiri ambil gambar setiap port yang ada..hahaha. 

Dia punya tandas pun taknak kalah, selesa, cantik you alls. 



Cafe ni menyediakan dessert, pastries, croissant, makanan berat tak pasti, sebab nad terus tertarik dengan kek lemonnya, iaitu Zesty Lemon Mousse Ball. Comel kan bentuk dia. Rasa pulak rasa lemon. 



Minuman dekat sini bada air kopi, air chocolate, air refreshing. 

Harga, standarlah kalau cafe macam ni..huhu.

Tempat ni nak lepak, nak buat kerja sesuai sangat ni. Hi Tea atau berkopi-kopi dengan akwan-kawan.




Lagi dapat kawan bergambar macam kami, masa datang ambil gamabr, lepas makan ambil gambar..hahaa.

Serius lawa. Nak tengok apa lagi menarik dekat sini, boleh pergi ke
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2