hai assalammualaikum

Kedai Optik Calisto Vision Care Buka Cawangan Baru Ke Tiga Dan Terbesar Di AEON Nilai - Siapa sini pakai cermin mata? Kalau ada kita geng! Nad salah seorang yang memakai cermin mata disebabkan masalah silau. Kerja yang perlu mengadap laptop, telefon terlalu lama, menyebabkan nad perlu memakai cermin mata. Nad akan pakai cermin mata bila nad mengadap gajet ni sebab silau yang terlalu tinggi. Nad pasti ramai yang pakai cermin mata juga, bukan orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak pun pakai. 

Baru-baru ni nad dijemput menghadiri pembukaan outlet terbaru Kedai Optik Calisto Vision Care di AEON Nilai. Calisto Vision Care sebenarnya dah ada 2 cawangan di Pavillion Bukit Jalil dan Melawati Mall dan outlet ini merupakan outlet yang ke tiga dan terbesar di AEON Nilai. Tahniah Calisto Vision Care untuk pembukaan outlet terbaru ini. Nad dah pergi banyak kedai cermin mata tapi bagi nad kedai optik Calisto Vision Care ni sangat menarik perhatian.



Kedai Optik Calisto Vision Care Buka Cawangan Baru Ke Tiga Dan Terbesar Di AEON Nilai 


Walaupun jauh, nad tetap datang sama-sama memeriahkan majlis pembukaan outlet terbaru kedai optik Calisto Vision Care, sebab nak tengok design cermin mata yang ada dan nak tau apa istimewanya kedai ni. Lokasi Calisto Vision Care berada di tingkat 1 Lot F13, AEON Nilai. 



Pembukaan outlet baru dimulai dengan tarian singa, satu bentuk tarian tradisional dalam budaya Cina yang biasanya dipersembahkan semasa Tahun Baru Cina, atau acara penting lain seperti ini.



Selepas itu, pemotongan reben oleh CF Wong (Pengurus Besar La Calisto Group), Madam Jojo Gan (Pengurus Operasi Kanak La Calisto Group), Yang Berbahagia Datuk Iskandar Sarudin (Chairman of AEON Company Malaysia Berhad),  Mr Kenny Lim (General Manager of Kering Eyewear) dan Ms Siao Hui Lim (Business Development Manager of La Calisto Group).


Calisto Corporate adalah sebuah kumpulan pelaburan yang mengendalikan CALISTO VISION CARE, sebuah konsep butik keunikan. Ditubuhkan pada tahun 2022, CALISTO VISION CARE membawa pelbagai pilihan jenama utama dalam kacamata serta memberi perkhidmatan professional yang komprehensif

Sementara itu, OMNI EYEWEAR, MYANGKASA OPTIKAL yang berada di bawah sub-kumpulan adalah konsep moden yang kami menawarkan di antara keseimbangan dan fesyen serta reka bentuk mengikut trend semasa yang berkualiti dalam semua jenis kacamata, koleksi daripada kami berdasarkan pelbagai rangkaian, dari kasual hingga bergaya.

Matlamat mereka adalah untuk mengubah cara orang melihat cermin mata, memberikan lebih nilai, kemudahan dan gaya pada skala global.

Apa yang menarik dengan Kedai Cermin Mata Calisto Vision Care ini?

Biasanya kalau kita pergi kedai cermin mata lain-lain, kita just pergi check mata, pilih mana yang berkenan, tunggu beberapa hari datang balik baru ambil kan? Tapi kalau korang datang ke kedai cermin mata Calista Vision Care, korang akan dapat rasa kelainannya. 





Bagi nad, kedai Calisto Vision Care ni sangat cantik, berkonsepkan butik optical. Style kan kedai ni. Kedai yang sangat luas dan selesa untuk kita memilih cermin mata dan buat pemeriksaan mata di sini. Nad suka dengan decoration kedai ni, sangat aesthatic.

Selalu pergi kedai cermin mata, ada beberapa tempat duduk sahaja, kedai pun kecil, tapi Calisto Vision Care, serius, lain dari yang lain, banyak kerusi, banyak cermin, memang sangat eksklusif.











Boleh tengok, pelbagai rekabentuk cermin mata, dan jenama ada dekat sini. Bingkai-bingkai cermin mata pun semua menarik. Calisto Vision Care menyediakan semua jenis cermin mata yang sesuai untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

Cermin mata yang bergaya dan berfesyen seperti Gucci, Coach, Mont Blanc pun ada dan banyak lagi cermin mata dijual di sini.

Pastinya harga cermin mata di Calisto Vision Care semua berpatutan. Paling penting kesemua kaca mata di Calista Vision Care berkualiti tinggi dan memuaskan hati.




Selain cermin mata, dekat sini ada juga Contact Lens. Ada macam-macam jenis contact lens korang boleh pilih.

Beberapa hari ni, nad rasa pedih dekat mata dan mata berkelip tak berhenti. Dah alang-alang datang sini, nad pun buatla pemeriksaan mata. 





Kakitangan dekat sini terlatih dan bertauliah dengan adanya alat pemeriksaan dan latihan yang cekap. Masa mata nad diperiksa, silau nad makin tinggi. Selain silau, diaorang cek untuk rabun juga. Cek dengan teliti sambil bagi penerangan tentang masalah mata kita. Staff yang cek mata nad, dapat tau mata nad ni kering dan terlalu penat. Yup, bukan cek biasa-biasa je, dia cek betul-betul. 

Lepastu staff tu cadangkan untuk nad pakai lens relaxkan mata. Ya, ni pertama kali nad dengar dan dapat tau tentang lens relax kan mata. Maksudnya ada kanta tertentu untuk mata kita ni. Kanta dapat relax kan mata kita bila dipasang di cermin mata. Bagus kan.




Cermin mata bukan tukar tiap-tiap tahun pun kan.  At least 3 tahun dah boleh tukar. Dah buat pemeriksaan mata, terus rasa nak beli cermin mata dekat sini..hehee. Macam nad cari cermin mata yang sesuai dengan nad dan memuaskan hati. Nad lebih prefer kepada patern dan juga kualiti cermin mata tu sendiri.

Suka layanan staff dekat sini, memang sangat friendly, ramah, dan professional. Jenis nad ni memang tengok semua cermin mata kat sini cantik, takkan la nak beli semua, kene pilih satu. Masa memilih pun ambil masa sampaikan staff dekat situ bantu nad untuk cari cermin mata yang sesuai..hehee. 

Nad punya cermin mata akan di pos ke rumah. Nad ada tanya juga, ada ke cermin mata yang siap terus. Staff dekat situ bagitau, yup ada yang boleh siap terus, tapi tengok kanta cermin mata tu. Kalau ada bolehla siap dalam 1 jam, kalau takda, cermin mata akan di pos ke rumah.


So if, korang tengah mencari-cari cermin mata baru atau nak buat pemeriksaan mata bolehlah pergi ke Calista Vision Care AEON Nilai di tingkat 1, terutama mereka yang tinggal di Nilai. Tempat selesa, layanan superb, semua professional, jangan risa.

Promosi Beli Secara Online

Korang juga boleh beli secara online tau. Sempena pembukaan ada banyak promo. Selain pergi ke kedai, korang juga boleh beli online, visit https://calisto.co/
 
Nikmati POTONGAN RM30 jika pembelian RM200 & ke atas dengan menggunakan code CABGNA30. 

Ada banyak lagi cerminmata korang boleh tengok, boleh klik https://calisto.co/




Bulan Disember ni pun ada promo. Jangan tak grab ok, masa ni la nak beli cermin mata.



Maksud Logo Calisto 

Secara teknikal, definisi logo CALISTO mempunyai 2 sebab apabila CF Wong memikirkannya. Rama-rama: Calisto adalah sejenis genus rama-rama dari subkeluarga Satyrinae dalam keluarga Nymphalidae. Genus ini telah didirikan oleh Jacob Hübner pada tahun 1823. Genus ini hanya muncul pada pulau Caribbean sahaja. Wikipedia

Perkataan Calisto: Maksud Calisto ialah “sangat cantik” atau “indah”. Perkataan Calisto berasal daripada Greek Purba “Kalistos” yang bermakna “hebat”, “kacak”,“cantik”

Garisan merah & hijau: Ia adalah “eyespot” pada sayap rama-rama Calisto. Dalam mitologi China, merah bermaksud warna bertuah. 

Sementara itu, hijau bermaksud warna kekayaan, kesuburan. penjanaan semua, harapan, keharmonian dan pertumbuhan.


Sokong Muzik Dan Artis Tempatan 

Calisto juga sentiasa tampil dengan inisiatif menyokong artis tempatan dengan bakat- bakat mereka serta aktif menghadiri aktiviti-aktiviti bersama Universal Music Malaysia sebagai tanda sokongan kepada artis tempatan. Pihak kami sentiasa bekerjasama dengan artis-artis untuk meningkat imej-imej
tersendiri.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporate telah diamalkan oleh team Calisto sebagai salah satu usaha bagi menyumbang kepada warga yang memerlukan. Justeru, pihak Calisto sentiasa menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama antara komuniti bersama.


Kalau korang nak pergi buat pemeriksaan mata atau nak beli cermin mata di Calisto Vision Care, boleh ke 

Pavilion Bukit Jalil
Level 3, LOT 3.49.00 & 3.50.00, Pusat Bandar 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit
Jalil, 57000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 60380822729
Email: cv001@calisto.co

Pusat Beli-Belah Aeon Nilai
Lot F13, Pusat Beli -Belah Aeon Mall Nilai, No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra
Point, Putra Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Phone: 6067991978
Email: cv002@calisto.co

Melawati Mall
UP2-01, GF-22, 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100, Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 60367300794
Email: cv004@calisto.co

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Kalau dekat boleh pi, hahahah tkleh online keeee 🤣🫣

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak tukar spek ni. Cantik design dia

    ReplyDelete
  3. Wah meriah yer event. Banyak pilihan cermin mata kat sini..menarik

    ReplyDelete
  4. Kedai selesa dan banyak design lawa

    ReplyDelete
  5. jauhnya kat nilai.. banyak pilihan spek yg cantik2 kat sini. suka tengok

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing about this optical outlet, it's so comfy spacious while shopping for a nice pair of glasses. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Lawa betul kedai ni. Ingatkan cafe tadi. Kedai cermin mata rupanya

    ReplyDelete
  8. There appear to be a lot of choices. Will visit this shop if I want to get new glasses. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  9. Spek saya pun dah minta yang baru ni. Kebetulan juga dekat Nilai ada.

    ReplyDelete
  10. Berkenan spek color purple tu 💜

    ReplyDelete
  11. Lawa spek kat sini and mmg berkualiti

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2