hai assalammualaikum
Street Smoothie Subang Jaya : Minuman Smoothie Sedap dan Segar, Kedai Pun Menarik - Siapa sini suka minum air smoothie, ice blended dan milkshake? Mestila ramai suka kan. Macam nad kurang minum air kopi, tapi suka sangat minum air smoothie ni. Minuman smoothie ni ada pelbagai perisa dan campuran pelbagai bahan yang diblend dengan freshmilk dan ais. Memang sedap la kalau dapat minum lagi-lagi waktu panas, rasa segar tekak ni. Nad jumpa lokasi menarik minuman smoothie ni di Subang Jaya, nama kedai Street Smoothie
Selalunya nad pergi kedai smoothie ni, kedai biasa sahaja, kedai kecik dengan tempat duduk yang limited. Ada kedai tu takda tempat duduk, terus beli je dan bawak balik. Tapi kedai Street Smoothie ni lain daripada yang lain tau, cantik betul kedai dia, memang port best untuk lepak santai dengan kawan-kawan, keluarga atau buat kerja di sini. Paling best, setiap hari ada tawaran istimewa minuman dekat Street Smoothie ni.
Street Smoothie Subang Jaya : Minuman Smoothie Sedap dan Segar, Kedai Pun Menarik
Masa jalan dekat SS15 Subang la nad terjumpa kedai Street Smoothie ni. Cuaca pulak panas, anak pun haus, jadi terusla naik ke kedai Street Smothie ni. Kedai ni di tingkat 1, atas Restoran Chachi, jadi kenala naik tangga sikit. Masa naik tangga pun takda la suram, ceria je tau..hehehe.
Bila masuk kedai, wow!!, bukan kedai biasa, ni luar biasa..hehee. Kedai Street Smoothie sangat menarik, cantik tau. Kedai dia luas, bersih, dan tenang je.
Boleh tengok susunan kerusi kemas, sangat colourful dan ceria. Boleh pilih nak duduk tepi tingkap atau dekat dinding. Eh mana-man la boleh duduk.
Pelbagai Jenis Minuman Dijual Di Street Smoothie
Dekat Street Smoothie pelbagai pilihan minuman ada, bukan setakat minuman smoothie, tapi ada minuman ice blended dan milkshakes. Ada minuman campuran buah-buah segar, oreo, kitkat dan macam-macam lagi.
Smoothie
Rasai smoothie sebenar! Diperbuat daripada bahan-bahan yang paling segar, supaya anda boleh kekal sihat sambil menikmati rasa sebenar gabungan buah-buahan, yogurt dan susu segar.
Milkshake
Bersiap sedia untuk minuman ``legend-dairy``! The Street Smoothie Milkshakes diperbuat daripada susu segar, buah-buahan dan diadun dengan aiskrim berkrim yang lazat!
Ice blended
Lebih sejuk daripada ais! Minuman Street Smoothie Ice Blended diperbuat daripada susu segar yang diadun dengan serbuk khas kami yang kekal sedap walaupun selepas ais cair!
Daily Promotion
Bestnya, setiap hari minuman dekat sini ada promo dan diskaun tau. Mana ada dekat tempat lain, menarik betul. Contoh Hari Isnin ( 2 For RM17.90), Selasa (30% off All Day), Rabu (RM5 For Second purchase) dan lain-lain promosi korang boleh tengok dekat gambar. Syok kan, pilih mana hari korang nak pergi. Pergi hari-hari pun takpa..hehehe.
Dekat sini bukan setakat air diaorang jual, tapi ada croissant, chocolate roll, dan lin-lain yang simple je.
Macam nad haritu nad order
- Kitkat Chunky ( Diperbuat daripada Kit Kat sebenar dan ais krim vanila, diadun dengan susu segar. Kalau nak tambah krim putar boleh bagitau staff dekat situ )
- Dr Fruity ( campuran berwarna-warni blueberry, pisang, strawberi dan epal, semuanya dalam satu!)
- Black or White ( Minuman berperisa vanila campuran Oreo yang diadun dengan susu segar dan krim yang bagus di atasnya.)
Nad order setiap satu milkshakes, smoothie dan ice blende. Sambil tu beli la, chocolat roll dengan doughnat sausage buat isi perut.
Dr Fruity tu campuran buah-buahan, bagus kan sesekali minum air buah campuran macam ni. Rasa masam manis macam tu sebab ada strawberry, epal. Ada campuran buah-buahan lain juga korang boleh dekat bahagian smoothies.
Nad memang suka air ice blended, milkshakes ni, kadang buat dekat rumah. Tapi bukan selalu rajin, tu beli dekat kedai je..hehehe. Bagi nad minuman KitKat Chunky dengan Black Or White ni tak terlalu manis tau. Boleh diterima tekak ni. Rasa dia balance, sedap. Memang segar tekak ni dapat minum air ice blended dengan milkshakes . Anak-anak pun suka.
Enjoy sangat minum dekat Street Smoothie ni. Nak buat kerja dekat sini pun bagus sambil minum air smoothie.
Menyediakan Servis Drive-Thru
Kalau korang malas nak masuk kedai, dekat sini ada service DRIVE-THRU. Hebat tak hebat. Korang cuma perlu order, bayar dan minum. Servis drive thru ni hanya boleh dibuat untuk DAILY BEST GILER promosi. Tersedia pada pukul 12 tengahari hingga 7 malam.
Mesti korang terfikir, nampak kedai tapi mana drive thru kedai ni..hehe Drive thru bukan macam McD tu, tapi korang hanya call atau whatsup di nombor 0356134911. Kemudian buat pembayaran secara online dan tunggu di kereta sahaja. Staff akan turun bawak minuman korang tu ke kereta you all. Menarik kan.
Tapi nad syorkan naik ke kedai. Memang port best nak lepak santai dengan kawan atau family. Nak buat kerja dekat sini pun syok. Suka port tepi tingkap ambil gambar lawa je.
Rekomen sangat korang minum dekat sini, dan dapatkan pilihan minuman korang.
Kalau korang nak datang boleh ke
Street Smoothie SS15 Subang Jaya
No. 74-1, Jalan SS15/4D,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
03-5613 4911
Mon - Sun | 11am - 11pm
Untuk info lebih lanjut berkenaan promosi di Street Smoothie, boleh layari
Website: https://streetsmoothie.com/
Facebook : https://www.facebook.com/streetsmoothieMY/
Instagram : https://www.instagram.com/streetsmoothie
Siap ada drive thru bagus
ReplyDeleteboleh try nanti.. refreshing sungguh
ReplyDeleteSedapnya.. kalau kat Mersing ada cawangan dia, mmng pergi try ni. Sebab kita pun suka air cenggini..
ReplyDeleteboleh minum hari2 nie ikut deals dia..
ReplyDeleteMacam best je pergi sini. Tempat pun nampak selesa.
ReplyDeleteMenarik smoothies dia... Enjoy ur drinks
ReplyDeleteBanyaknya pilihan! Nanti boleh singgah, tak berapa jauh dari umah ni...
ReplyDeleteSedap yer tengok.nnt nk try
ReplyDeleteSedapnya.. banyak choice
ReplyDeleteWah! memang best kalau dapat smoothies ini time cuaca panas panas
ReplyDeletenampak sedap tu, Nad. Kalau ke SS15 boleh singgah ni
ReplyDeleteSedapnya smoothie tu. Cafe pun nice je.
ReplyDeleteWah... cantik kedai smoothie ni, byk pilihan minuman sambil lepak dgn kwn
ReplyDeleteYa ampun sedapnya nampak , kedai dia pun lawaa
ReplyDelete