hai assalammualaikum
Tercapai Impian Beli Motor Honda Dash 125 Repsol Dengan Hasil Usaha Sendiri - Setiap orang mesti ada impian kan, nak beli kereta, nak beli rumah, nak beli motor dan lain-lain. Nad pun ada, salah satu impian nad untuk beli motor sendiri dah tercapai. Selama 8 tahun kumpul duit, akhirnya dapat memiliki motor sendiri dengan hasil usaha sendiri.
Sebelum kawin nad pernah ada kotor sendiri, tapi tu ayah bayar separuh, ada nad kongsi pasal motor tu dalam blog, boleh baca motor biru. Motor tu pakai untuk pergi kerja. Tapi lepas nad berhenti kerja, tak dapat bayar motor tu, jadi bagi la dekat kakak, suami dia tolong bayarkan. Sedih, tapi nak buat macam mana, dah tak mampu nak bayar.
Masa kawin dengan suami, suami ada cakap, ambil la motor tu, tapi faham-faham jela, baru kawin, banyak nak guna duit untuk lain. Takpela, kita lepaskan.
Tercapai Impian Beli Motor Honda Dash 125 Repsol Dengan Hasil Usaha Sendiri
Lepas kawin, nad mula simpan duit. Buat kerja blogger ni full time. Nad dengan suami memang jarang makan kat luar, bila ada rezeki lebih je baru dapat makan dekat luar. Nak shopping pun berkira, kalau boleh dapat barang dengan harga murah tu kira bagus dah.
Kitaorang dah ada kereta, tapi secondhand je. Selama ni memang guna kereta je, walaupun pergi kedai belakang rumah. Tu sebab fikir nak beli motor.
Kisahnya beli motor ni pun sebab nak hantar anak pergi sekolah. Senang naik motor, jimat minyak berbanding hantar naik kereta.
Bila Fariza dah masuk darjah 1 Tahun 2022 ni, terus cadang beli motor. Kira-kira duit yang nad simpan, alhamdulillah dapatla beli motor dengan duit nad sendiri, dengan hasil usaha sendiri.
Sebenarnya beli motor ni dah lama, tapi harini baru nak kongsi dalam blog..hehehe. Tetap nak kongsi sebagai kenangan, nanti boleh baca balik.. Hehehe.
Tarikh 8 March nad dengan suami pergi kedai motor, nak tengok motor mana yang berkenan di hati. Banyak pilihan motor, lagi lawa motor lagi mahal la harga dia. Tengok pada budget nad bawah RM10,000. Mula nak cari warna biru muda, biasalah nad suka warna biru tapi takda.
Lepas tengok punya tengok tertarik dengan warna oren ni, motor Honda Dash 125 Repsol ni. Tengok harga pun masih dalam budget nad. Masa tu tengok je dulu, cuba-cuba dulu, balik fikir semula.
Motor Honda Dash 125 Repsol ni ada jenis biasa, satu lagi motor yang ada clutch. Nad tak reti clutch ni semua. Lepas tu mintak confirmkan dengan staff tu betul keni bukan clutch tapi biasa, dia kata ya.
Lepas fikir punya fikir, okla ambil Honda Dash 125 Repsol ni.
So tarikh 15 March 2022, kitaorang pun pergi beli motor Honda Dash 125 Repsol ni dengan duit nad sendiri. Beli sebelum anak masuk darjah 1.
Harga Motor Honda Dash 125 Repsol nad beli ni RM7100.
Mungkin orang lain fikir motor ni biasa je, yela banyak dekat jalan jenis motor macam ni,tapi bagi nad, ni la motor paling bergaya. Nak beli lagi power dari ni tengokla duit poket kita. Kita beli mana yang mampu.
Bangga sekejap sebab dengan kerja blog nad dapat beli motor. Bayangkan 8 tahun nad kumpul, ikut tarikh perkahwinan nad dengan suami.Lepas 8 tahun baru dapat beli sesuatu yang diimpikan. Ya lama, tapi sekurangnya ada hasilnya.
Orang cakap ni reward diri sendiri.
Selalu orang tunjuk beli kereta, tapi nad tunjuk beli motor.. Hehehe. Takpe, kita beli yang kecik dulu, nanti kita beli yang besar pulak. Hahaha. Kalau ada rezeki tak ke mana kan. Pandai menabung dapat capai impian yang lain pulak.
Anak pun gembira je bila nampak motor ni. Yela selalu naik kereta je, tak pernah naik motor. Dapat naik motor masa balik rumah nenek je. Nah sekarang dah ada motor, petang-petang dapatla bawak la pergi kedai belakang, pergi Taman, pergi sekolah.
Yang hantar dan ambil anak ke Sekolah ni selalu suami. Tapi bila suami tiba-tiba nak jumpa client dia ke, nad bolehla tolong hantar anak sekolah bila ada motor ni. Kalau takda motor memang tak tau nak hantar anak sekolah macam mana.
Nad dah lama ada lesen, bukan setakat lesen motor, sekali lesen kereta ada. Tapi dah lama tak bawak kereta, tak berani nak pandu kereta. Nad berani bawa moto je. Sebab tu la beli motor ni.
Bila ada motor ni memang jimat banyak dekat minyak la. Lepas tu senang hantar anak sekolah, hantar depan pagar. Kalau naik kereta dah satu hal nak cari parking.
Motor ni memang sepenuhnya guna duit nad, tak pakai duit suami pun. Sebab dia pun dah habiskan duit dekat kereta, jadi nad pulak ringankan beban dia dengan beli motor ni
Insyallah lepas ni capai impian yang lain pulak. Macam biasalah kumpul duit, jangan boros... Hehehe.
Kalau dah ada kereta pun, mesti nak ada motor sebiji sebab lebih jimat mudah dan ringkas
ReplyDeleteLawa motor Nad, Tahniah ada rezeki boleh beli cash.. tak pening hutang bulanan
ReplyDeleteAlhamdulillah.... Memang betul² disiplin kumpul duit tu.. tapi hendak seribu daya kan... Pasti puas hati hasil usaha sendiri kita dapat beli tu...
ReplyDeletealhamdulillah utk nad. jd semangat sy. saya pun tgh kumpul duit nk beli motor. doakan saya dipermudahkan ya ;)
ReplyDeletewak pon tgh survey nk beli motor yg mn satu nih.. thanks for the info 😁😁
ReplyDelete