hai assalammualaikum
Bamboo Hills Garden Kuala Lumpur - Selalu lalu lebuhraya, nampak perkataan Bamboo Hills ni, siap ada air terjun. Tanya suami "apa tu, siap ada air terjun, tempat baru ke?" Suami pun tak pasti tempat apa tu. Nampak menarik tapi sekali lalu jela, yela sebelah tol tu kan, takkan nak berhenti jenguk. Kitaorang fikir tempat makan kot. Sampaila suatu hari nad dapat juga jejak ke sini, sebab ada event buat dekat sini. B tau Bamboo Hills ni ada taman yang cantik dengan restoran.
Sebelum event bermula, sempat la ambil gamabr dekat situ..hehehe. Nasib ada kawan-kawan lain juga nak bergambardulu. Yela tak tau bila dapat pergi lagi walaupun dekat..kihkih. Datang sini pakai cantik-cantik, boleh feling hindustan ye..Masuk tiktok..hahaha.
Bamboo Hills Garden Kuala Lumpur
Oh nak bagitau, masuk sini perlu bayar parking ye. Harga parking RM5 sekali masuk. Bayar secara tunai ye, atau nama lain cash..ahh gitu. Jadi kena siap-siap duit kertas, no cashlss..huhuhu. Sebab yang jaga ni ada guard. Mungkin baru buka takda lagi sistem tounch n go tu semu. AGAKNYALAA!!..main teka je..hahahha.
Bamboo Hills ni terletak di Off Lebuhraya DUKE 51200 Kuala Lumpur. Ala taip je kat waze atau Google map, nanti dia bawakla. Nad biasa pakai Google Map. Lepas tu ada tanda arah tulis Bamboo Hills.
Sebenarnya kalau nak diikutkan, tempat ni tempat makan, maksudnya ada pelbagai restoran. Lepas tu ada la taman-taman yang cantik boleh bergambar. Nak datang bergambar je pun boleh..hehee.
Ni taman yang nad bergambar. Cantik sangat, macam dekat Jepun ke Korea, macam tu la. Pandai ambil angle, lawa la gambar korang tu.
Sempat juga bergambar depan air terjun tu..hahaha.
Restoran yang ada dekat sini, Starbucks, Ginger KL, Thai Cusine, dan haritu nad nampak baru nak buka makanan Jepun tak silap.
Oh dekat bahagian atas ada juga boleh ambil gambar, tapi nad tak naik atas pun sebab dah nak balik masa tu.
Korang bolehla pergi untuk syok sendiri, bergambar dan ambil video.
Add your comment