hai assalammualaikum
Cara Makanan Beku Cepat Cair Dengan Mudah, Guna Defrost Express Je, Tak Perlu Rendam Dengan Air Lagi! - Selalunya kalau nak masak, makanan beku macam ayam, ikan, sotong, udang atau lain lain yang dalam peti sejuk beku, nad akan keluarkan dan rendam dalam air untuk cairkan dia. Cara lain, mak ajar, malam tu dah letak makanan beku yang kita nak masak esok dekat peti ais bahagian bawah. Esok dia cair la sikit, pastu rendamla air. Dua cara ni memang lama nak menunggu makanan beku tu cair, boleh kata seharian atau setengah hari kalau guna kaedah rendam dalam air ni.
Macam nad, idea nak masak tu waktu subuh baru fikir nak masak apa, hahaha. Rutin haian, lepas anak pergi sekolah, dalam pukul 7.30 pagi baru keluarkan makanan beku yang nak di masak tu. Dalam pukul 11.30 pagi tu baru start memasak, sebab waktu memang waktu nad memasak, Memang makanan beku tu dah cair sepenuhnya. Masalah lain bila nad kadang lupa nak keluarkan makanan beku sebab leka buat kerja lain. Dah terlambat nak cairkan makanan beku tu. Bila dah lambat, terus jadi malas nak masak.
Bukan setakat masak lauk, macam anak, tiba-tiba nak makan mihun la, bahan seperti bebola, semua nad letak dekat tempat beku. Dah satu hal nanti nak tunggu lama cair.
Cara Makanan Beku Cepat Cair Dengan Mudah, Guna Defrost Tray Express Je, Tak Perlu Rendam Dengan Air Lagi!
Selain cara cairkan makanan beku dengan redam dnegan air, ada juga yang menggunakan microwave untuk defrost makanan. Tapi microwave dekat rumah nad dah rosak, jadinya takda la benda cepat lagi yang boleh defrostkan makanan beku tu. Masalah lain bila defrost guna micowave mesti berbau dah kene basuh, dan sat hal, brtambah kerja..huhu. Kalau boleh nak masak dengan tenang..hahaha.
Jadi penyelesaiannya macam mana?
Sampaila nad nampak dekat video kawan, video memasak dia. Nad nampak dia gunakan satu alat ni untuk cairkan makanan beku tu. Terus nad tanya dia, apa nama tray hitam tu. Dia caap Defrost Express, cari je dekat Shopee.
Terus nad cepat-cepat cari. Hah, ada macam-mcam saiz, saiz kecil dan besar. Ikutla nk pilih yang mana. Terus nad masukkan dalam troli dan check out..hehehe. Baca feedback orang yang pernah beli pun katanya Defrost Express ni berfungsi denga baik. Tu yang tak was-was membeli.
Tray Defrost Express ni dah lama, nad memang pernah nampak, tapi masa tu macam was-was je, betul ke boleh cairkan makanan beku dengan cepat, nanti beli, membazir pulak. Bila tengok kawan guna, macam ok je, barula kita nak cuba.
Tray Defrost Express ni tak perlu pun guna elektrik, tak perlu rendam, tak perlu guna air panas, hanya letak bahan beku tu je dan biarkan. Nanti bahan beku tu akan cair. Memang sangat mudah dan menjimatkan.
Memang berguna untuk mak-mak atau sesiapa sahaja yang suka memasak di dapur.
Bentuk dia panjang segi empat tepat. Rupa dia macam papan pemotong tapi bukan ye. Jangan sesekali buat papan pemotong. Tray Defrost Express ni diperbuat daripada aluminium, dengan kaedah heat transfer dapat mencairkan bahan beku dengan cepat dan sepenuhnya.
Defrost Express ni mudah sangat dijaga. Lepas guna hanya cuci dengan air dan simpan seperti biasa. Boleh digunakan berkali-kali. Mungkin kalau tray ni tercalar atau rosak, baru ia tak dapat berfungsi lagi.
Macam nad, nak cairkan ikan beku ni, ambil masa satu jam. Untuk ayam ambil masa setengah jam. Korang boleh tengok nad ada post dekat tiktok, boleh tengok ( https://vt.tiktok.com/ZS8L9s6YW/)
Harga nad beli dekat Shopee RM19.89 tak termasuk postage. Harga dan saiz ada macam-macam jenis. Macam nad punya korang boleh beli deka sini https://shope.ee/99pEWpZCmP
Mungkin ada orang cakap baik rendam jela, sama je kena tunggu..hehehe. Ikutla, mana yang senang bagi korang. Mungkin defrost tray ni berguna untuk masak benda yang kita nak cepat masak. Bolehla tengok dekat Shopee tu.
bagus ni Nad kena ada kat rumah mudah kan cepat proses nak masak :)
ReplyDelete