hai assalammualaikum
Cuti Sekolah Bawa Anak Ke Bangi Wonderland - Hah cuti sekolah dah bermula, mesti banyak program nak buat untuk anak-anak. Yela, penat diaorang belajar semua, waktu cuti bagi release tension. Ada masa terluang bawa anak-anak berseronok. Macam nad, program pertama dibuat, bawak anak-anak berseronok di Taman Tema Air, Bangi Wonderland. Budak-budak mestila suka main air ni. Pernah pergi Bangi Wonderland dulu, tu pun masa Fariza kecil lagi, adik dia dalam perut, jadi tak dapat main semua, ni dah besar, ada adiknya, ada teman bermain, teman mandi bersama, lagi dia bertambah seronok.
Pergi seawal pagi, pukul 8 pagi dah gerak siap bersarapan di luar. Sampai di Bangi Wonderland pukul 9.15 pagi, tapi kena tunggu dulu sebab pukul 10 pagi baru dia buka. Nasib ada bilik macam dewan, besar juga, untuk menunggu. Anak-anak siap cakap, 'bila nak masuk, bila nak masuk'..hahaa. Bila dah buka terus diaorang tak sabar nak masuk.
Kali ni, nad gathering dengan mak-mak blogger dari KBBA, Kak Umminani, Kak Nina, Kak Shehan, Norliza, Allene, Kak Sue,Kak Moha, Kak Tati, Dya ( Tiktokers Famous), Shazillah dan seorang laki Aznan..hehee. Lama dah tak jumpa dengan diaorang, jadi rancang la buat gathering dekat Bangi Wonderland. Lagipun cuti sekolah kan, hah, masa ni la dapat berkumpul.
Bila masing-masing dah berjumpa rancak la berborak dan bergambar..hehhee.
Lepas tu baru layan anak mandi manda. Diaorang ni masuk je terus terjun dekat Kids Adventure.
Anak nad dah boleh mandi sendiri dah. Tengok dari jauh je..hehee. Budak-budak ni dah pandai bawa diri, tapi pantau juga la. Fariza dah jumpa kawan dia Humaira lagi la seronok, berteriak kegembiraan.
Datang sini banyak kali pun takkan jemu, yela, siapa tak suka main air..hahaha. Dekat Kids Adventure pun dah seronok, ada slide tinggi juga sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak main.
Memandangkan Fariza dah 7 tahun, dah boleh dia main slide tinggi dekat Kids Adventure tu. Apa lagi nad suruhla dia naik, bagi dia berani. Tapi rupanya dia dah naik dulu sebelum nad suruh..hahaha. Bagus anak kita ni. Berani untuk mencuba.
Lepas tu dia ajak adik dia pulak. Mula adik dia takut-takut, tapi mommy dan kakak pujuk sama-sama, terus dia berani. Nad pun join main slide tu..hehehe. Seronok bila ada teman ni, takda la malu sangat.
Dekat sini ada permainan perlu pakai pelampung, jadi, boleh sewa pelampung dekat sini. Harga RM20, tambahan deposit RM10. Pelampung ni boleh main dekat Meander River dan slide yang memerlukan pakai pelampung.
Antara perminan slide yang ada di Taman Tema Air Bangi Wonderland ialah
1) Anaconda Trail
- Slide ni naik dengan pasangan menggunakan pelampung.
2) Body Slide
- Slide ni kena turun sorang-sorang. Berpusing-pusing slide ni.
3) Boomeriang
- Slide menarik untuk 2 orang pasangan. Slide ni meluncur ke atas semula sehingga hampir satu sudut 90 darjah dan jatuh bebas untuk meluncur ke bawah. Pergh degup jantung.
4) Insane Racer
- Slide ni kira macam berlumba..hehee. Bersaing dengan kawan dalam gelongsor air terpanjang yang berwarna-warni ini. Best dan seram pun ada..hahaha. Dahla kepala ke depan, pejam mata je bila naik ni..hahaa.
5) Magic Funnel
- Slide ni korang kena naik bila dah sampai Bangi Wonderland. Slide bentuk corong ni perlu ada 4 orang dan pelampung yang disediakan. Tengok dari luar pun mendebarkan apatah lagi bila dah naik. Dia punya laju masa nak turun, lepas tu bergerak ke kiri kanan. Walaupun mendebarkan tapi memang best.
6) Spiralax
- Slide ni naik 2 orang. Bila berdua takdala gerun sangat..hehehe. Tapi slide ni pun mencabar.
7) The Fall
- Salah satu slide mendebarkan yang mesti korang cuba yang akan menguji adrenalin korang di Bangi Wonderland. Fuh tengok slide pun tinggi tu uii. Kena baring lepastu korang akan menurun menegak.
8) Wonder Loop
- slide ni berpusing 360 darjah. Slide ni sebelah Insane Racer.
9) Water Canon
- Ready!, Set!, Go! Ni dipanggil meriam..hahaha. Korang akan duduk diam dalam tu, lepas tu akan ditekan satu butang dan air akan keluar menolak korang. Koranga kan tercampak ke dalam air, Jangan risau, yang tak pandai berenang boleh main juga sebab dipakaikan baju pelampung tu. Lepas tu ada orang jaga situ.
10) Grean Pearl
Datang sini mestilah kena main semua slide. Pulun semua mainan, kalau tak rugi. Tapi setiap mainan tengok ketinggian tak silap nad. Kalau lepas, hah main sepuasnya. Main berulang kali..hehe.
Datang ke taman tema air ni mesti akan jadi budak-budak semula..ehhee. Lagi kalau anak dah besar, dapat main dengan diaorang sama-sama. Memang enjoy habis! Masa ni la perangai gila-gila semua keluar..hehe. Mesti akan keluar jeritan tu, sebab slide yang mencabar ni..hahhaa
Kalau nak mandi santai-santai boleh ke Pirates Spa dan Meander River.
Nak main ombak besar boleh ke Pirates Bay. Ombak ada masa-masa dia. Masa tengah tunggu ombak tu bolehla berenang-renang.
Dah mandi manda, mestila lapar. Hah, dekat sini ada jual nasi, mihun, hotdog dan macam-macam lagi. Tengokla bebudak ni lapar lepas puas bermain air, berenang. Lepas makan sambung balik mandi..haha.
Korang boleh sewa cabana. Yela, kadang takut letak barang dekat public area, sewa cabana ok sikit.
Kemudahan Yang Disediakan Di Bangi Wonderland
1) Tempat simpan barang locker
2) Toilet
3) Surau
4) Changing room
5) Medic Room
6) Public Area
7) Cabana
8) OKU toilet
9) Lift
Puas anak-anak main sehari suntuk haritu. Dari cuaca cerah sampai hujan lebat tetap mandi ya. Seronok dapat bawak diaorang ke Bangi Wonderland. Dari buka pukul 10 pagi sampai sini, kami jugala paling last keluar..hahaha. Mommy happy bila anak-anak happy. Jadi program pertama cuti sekolah berjaya..yeah!. Nest plan lain pulak..hehee.
Oh ni Harga Tiket Masuk Ke Bangi Wonderland
Dengan mykad
Dewasa (Warganegara): RM55
Kanak-Kanak < 130cm (Warganegara): RM45
Kanak-kanak < 90cm : Percuma
Warga Emas ( 60 ke atas ) : RM28
OKU Adult : RM28
OKU Child RM22
Tanpa Mykad
Dewasa : RM66/orang
Kanak-kanak (90cm - 130cm) : RM56/orang
Kanak-kanak (bawah 90cm) : Percuma
Warga emas : RM33
OKU Adult : RM33
OKU Child : RM28
Harga Pakej
Dengan Mykad
Isnin - Jumaat (11 pagi - 6.00 petang) : RM160 untuk 4 orang
Sabtu - Ahad (10 pagi - 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
Tanpa Mykad
Isnin - Jumaat (11 pagi - 6.00 petang) : RM160 untuk 4 orang
Sabtu - Ahad (10 pagi - 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
ONLINE CARZY TIKET!!
Nak lagi murah boleh beli tiket secara online di www.bangiwonderland.com.my.
Tiket berharga RM35 untuk dewasa dan kanak-kanak.
Tiket ni hanya valid sehingga 31/12./2022
Waktu operasi
Isnin - Jumaat : 11 pagi hingga 6 petang
Sabtu -Ahad / Cuti Sekolah/ Cuti Umum : 10 pagi hingga 6 petang
Ditutup pada setiap hari Selasa kecuali sepanjang cuti sekolah dan cuti umum.
Ada lagi best, mana yang nak stay hotel, korang boleh stay di Le'Venue Hotel. Dekat je dengan Bangi Wonderland. Bestnya boleh masuk 2 hari dalam Bangi Wonderland kalau korang stay sekali di hotel. Tak luas kan bermain, berenamg, berasantai.. Hehehe.
Ni harga dan info kalau korang nak stay dekat hotel.
Bangi Wonderland Water Park(2 Days Entry) + Le' Venue Hotel(1 Night)
STAY & PLAY for 4 Persons🔥🔥
WEEKDAYS Package RM288 / 4 persons nett
* Check-in on Wednesday, Thursday & Sunday only.
* Deluxe Family Room.
WEEKEND Package RM338 / 4 persons nett
* Check-in on Friday, Saturday, School & Public Holidays only.
* Deluxe Family Room.
Kindly visit our official website at https://levenuehotel.com/ for booking
Info :
Walking distance from Le'Venue Hotel to Water Park is only about 5 min.
Oh ye
Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati
BANGI WONDERLAND
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
TEL: +6019 682 7174
EMAIL: sales@bangiwonderland.com.my
Website : https://www.bangiwonderland.com.my/
dekat,murah yag pasti anak-anak seronok seharian main air.
ReplyDelete