Hai & Assalammualaiku
Minyak Angin Dan Balsem Otot Cap Lang Melegakan Sakit Sendi, Lenguh Badan Dan Sakit Kepala - Penggunaan minyak angin dah sinonim dari dulu lagi, sebab tu minyak angin sentiasa jadi pilihan dan diguna oleh semua orang. Kesan minyak angin yang berangin memberi kelegaan pada otot-otot badan dan kepala. Minyak angin ni sangat sesuai untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan aktif, tak kiralah surirumah, pekerja dan mereka yang aktif bersukan.
Macam nad, rutin harian setiap hari, celik mata je, siapkan sarapan, siapkan anak pergi sekolah, sapu lantai, kemas rumah apa yang patut, kalau ada baju yang dibasuh, kena sidai, lipat pulak baju. Serius, duduk rumah bukan goyang kaki je tau. Tambah pulak dengan memasak dan layan karenah anak. Bila hari-hari buat tugasan ni, memang sakit seluruh badan, sendi, sakit kepala. Nad memang tak pernah ambil pil untuk hilangkan sakit, tapi nad lebih suka pakai minyak angin atau minyak sapuan. Sebab tu dua produk Minyak Angin dan Balsem Otot Cap Lang (ataupun Eagle Brand) ni ada di rumah nad.
Minyak Angin Dan Balsem Otot Cap Lang Melegakan Sakit Sendi, Lenguh Badan Dan Sakit Kepala
Korang pernah dengar atau nampak produk Cap Lang ni? Produk Cap Lang ni dah lama tau, korang boleh tengok ada tak produk ni dekat rumah korang..hehee. Kalau takda lagi, korang kene beli dan letak dekat rumah. Berguna sangat produk ni, sebab produk ni ada macam-macam jenis, dan banyak manfaat kepada seisi keluarga.
Antara produk Eagle Brand ialah Eagle Brand Medicated Oil ( Minyak Angin), Eagle brand Muscular Balm ( Balsem Otot), Eagle Brand Naturoil, Eagle Brand Fresh On Aromatheraphy Roll On, Eagle brand Eucalyptus Oil, dan ada juga untuk baby Eagle Brand Telon Oil.
Dah lama Nad jadi penguna produk Eagle Brand ni, jadi Nad nak kongsi dengan korang dua produk Eagle Brand yang nad guna masa nad sakit sendi, lenguh badan dan sakit kepala. Nad pasti setiap orang akan mengalami sakit sendi, sakit pinggang, lenguh-lenguh badan, krem, pening kepala dan lain-lain disebabkan setiap hari kita melakukan kerja harian tidak kira di rumah, di pejabat atau di luar dengan persekitaran yang tidak baik.
Bila dah sakit-sakit badan dan pening kepala ni, memang menggangu rutih harian kita, duduk tak kena, tidur pun tak lena. Wajib setiap rumah mempunyai minyak angin yang dapat melegakan sakit sendi, lenguh badan dan sakit kepala ni seperti Eagle Brand Minyak Angin atau Medicated Oil dan Eagle Brand Balsem Otot atau Muscular Balm ni.
Memang best sangat, setiap kali sakit badan atau sakit kepala, cepat-cepat nad sapu dengan produk Eagle Brand ni.
Macam nad, suka minyak angin yang berangin dan bau yang sedap, bila sapu dekat badan yang sakit baru rasa lega. Kalau setakat minyak tapi takda rasa apa memang tak best, rasa tak puas je bila disapu dekat badan. Lagi satu, nad suka minyak angin yang tak melekit. Sebab tu nad guna minyak angin Eagle Brand, sebab rasa dia berangin.
Produk Minyak angin Jenama Cap Lang telah dipercayai turun temurun untuk memberikan kelegaan kesakitan yang cepat, dan berkesan. Tak kira sakit kepala, selsema atau sakit belakang, ubat tradisional Cap Lang yang diperbuat daripada minyak pati untuk melegakan kesakitan yang berkesan.
Kadang, tengah buat kerja, duduk tengok handphone, tiba-tiba je sakit kepala atau rasa tegang sangat kepala ni. Cepat-cepat nad ambil Eagle Brand Medicated Oil atau Minyak Angin Cap Lang ni, terus nad sapu dekat kepala, rehatkan diri dan pejamkan mata. Mesti terus tertidur. Bila bangun je dari tidur terus rasa segar. Rasa berangin, bagi kesan menenangkan yang lembut. Takda rasa macam terbakar pun, panas lembut je.
Minyak Angin Cap Lang diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi seperti minyak kayu putih (eucalyptus oil) ,mentol, minyak mawar dan bahan aktif lain. Minyak Angin Cap Lang ni berwarna hijau dengan wangian bau herba semulajadi yang segar dan menyenangkan dapat melegakan kesakitan yang kita alami. Minyak angin ni memang rasa berangin. Sedap betul bila sapu dengan minyak ni.
Dahla penat buat kerja, anak gaduh pulak, lagi la nad bertambah pening. Mujur ada Minyak Angin Cap Lang ni.
Bestnya, minyak ni memang berkualiti, tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan pada pakaian selepas dicuci. Minyak Angin Cap Lang tidak tinggalkan kesan berminyak dan diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Botol yang sangat unik, dengan saiz yang kecil, boleh disimpan di tempat yang tersembunyi dan selamat dari kanak-kanak. Paling penting minyak angin ni boleh dimasukkan di dalam beg dan di bawa ke mana-mana sahaja.
Banyak kegunaan Minyak Angin Cap Lang ni antaranya untuk meringankan/melegakan sakit seperti sakit otot, sakit sendi, arthritis, ketegangan, terseliuh, , sakit pinggang,sakit kepala, pening, mabuk atau sakit perut.
Cara menggunakan Eagle Brand Medicated Oil atau Minyak Angin Cap Lang ni sapukan satu hingga dua titis dan urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat sehingga minyak ubat diserap ke dalam kulit. Kalau korang alami simptom selsema, korang boleh buat dengan cara meletakkan beberapa titis minyak angin cap lang ini pada sapu tangan dan tarik nafas dalam-dalam. Insyallah reda sikit selsema tu.
Jangan sapukan pada kulit yang pecah atau luka. Jauhkan daripada mata dan selaput lendir, seperti bahagian dalam hidung anda.
Bila kerja banyak bergerak, mengemop, memasak,sapu sampah, kadang berkebun, duduk depan laptop lama, mula la sakit pinggang, bahu, leher ni ha. Tapi nad tak risau sebab ada Eagle Brand Muscular Balm atau Balsem Otot Cap Lang ni.
Macam suami nad, dia memang duduk lama depan PC, sebab kerja dia mengadap komputer 24 jam. Bila dah lama duduk, mula langadu sakit pinggang. Terus nad ambil Balsem Otot Cap Lang ni sapu dekat bahagian pinggang dan bahu dia. Dia rasa lega sikit dan kurang sakit.
Balsem ni ada dua jenis tau, warna hijau dan warna kuning. Nad punya Eagle brand Muscular Balm warna kuning yang dirumus khas untuk menyasarkan penyakit harian dan membawa kelegaan yang menenangkan.
Eagle Brand Muscular Balm dibuat dengan bahan semulajadi seperti Minyak Eucalyptus
minyak pudina, mentol dan banyak lagi yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kelegaan sakit sendi, sakit otot badan seperti bahagian bahu, leher dan belakang.
Sangat sesuai untuk diguna sebelum senaman untuk warm-up dan melegakan sakit otot selepas senaman.
Boleh tengok warna balsem ni warna putih dan tekstur Eagle Brand Muscular Balm ni tidak berminyak dan mudah diserap ke dalam kulit kita.
Bestnya, nad suka Eagle Brand Muscular Balm ni sebab ada rasa ‘double heat sensation’ yang boleh melegakan gejala otot tegang. Rasa panas, bila kita sapu tu rasa lega sangat tempat yang sakit tu.
Cara menggunakan Eagle Brand Muscular Balm, sapukan balm ke kawasan yang terjejas dengan menggosok perlahan dengan tekanan yang stabil. Sapukan 3-4 kali sehari mengikut keperluan. Jangan sapukan pada kulit yang pecah atau luka. Jauhkan daripada mata dan selaput lendir, seperti bahagian dalam hidung anda.
Produk Cap Lang telah dipercayai turun temurun untuk memberikan kelegaan kesakitan yang cepat, lembut dan berkesan. Tak kisahla korang mengalami sakit kepala, selsema atau sakit belakang, korang boleh beralih kepada ubat tradisional Cap Lang yang diperbuat daripada minyak pati untuk melegakan kesakitan yang berkesan setiap masa.
Korang yang selalu ada rasa lenguh badan, sakit sendiri, sakit kepala, terutama mak ayah kita yang dah berusia 50 tahun ke atas, bolehla guna minyak angin Cap Lang ni untuk melegakan kesakitan badan dan kepala. Mesti ada untuk di rumah dan beg tangan.
Nak dapatkan produk Cap Lang ni senang je, boleh beli di pharmasi berdekatan
seperti Guardian, Caring Pharmacy dan Big Pharmacy; ataupun secara online di
- E-Com Store : https://www.delfimart.my/v2/Search?q=eagle+brand&shopId=200021&shopCategoryId=200749
Untuk info lebih lanjut berkenaan produk Eagle Brand boleh layari
Website: https://eaglebrand.com.sg/
Facebook : https://www.facebook.com/eaglebrandmalaysia
huda pun pernah guna produk jenama ni . memang bagus, berkesan
ReplyDeleteBrand yg famous sejak dulu kala..kena ada stok ni utk kegunaan bila perlu
ReplyDeletewow complete set. elok ada kat rumah ni. bila2 perlukan boleh guna. bae peminat minyak angin. segala jenis wajib ada kat rumah hehe
ReplyDeleteEh, sama!! AM pun suka guna minyak angin keluaran Cap Lang ini.. Memang wajib ada kat rumah atau pejabat.. kadang2 pegi travel pun bawa..
ReplyDeleteMinyak angin Cap Lang ni memang dikenali la. Balsem tu memang patut simpan kat rumah.
ReplyDeleteNampak macam menarik je minyak angin ni. Kita ni sejenis yang cepat sakit2 leher, lenguh2 badan. Boleh cuba nanti ni. Packaging pun cantik.
ReplyDeleteOhh yes my home also using this brand medical oil, it's really good. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteJenama ini sangat popular lah memang dulu pakai jenama ni tuk urut badan lenguh memang best lega sedap jer hehehe kena standby kat rumah satu ni...
ReplyDeleteNak beli la letak dalam beg klo p jalan² sakit kepala bley guna hee
ReplyDeleteSusah nak cari minyak angin yang bau sedap and tak lekit sangat.
ReplyDeleteas i get older i realised i need this ointment more than ever. thank you for introducing this brand, i cannot wait to try it out soon!
ReplyDeleteI like this minyak angin also, selalu have one in my handbag when i travel
ReplyDeleteeh napa kita tak tau jenama ni hahahha bleh try nanti ni
ReplyDeleteTak pernah try lagi cap lang ni , bagus ni simpan utk kecemasan
ReplyDelete