hai assalammualaikum
Turkish Delight Rose Hacibaba, Manisan Dari Turki - Haritu suami dapat manisan dari kawan dia. Manisan ni bukan manisan biasa tapi manisa dari turki, Turkish Delight Rose Hacibaba. Pertama kali nak rasa manisan dari Turki ni, sedap ke tak.
Tengok pada packaging Turkish Delight Rose ni warna pink, ikut pada perisa yang ditulis iaitu Rose. Nampak menarik, terus buka nak rasa.
Turkish Delight Rose Hacibaba, Manisan Dari Turki
Masa buka kotak tu dah bau semerbak bau rose ye you all. Bila tengok gambar dekat kotak, ingat memang warna putih dengan merah, rupanya putih tu masa serbuk dia. Masa buka tu memang serbuk putih tu terkeluar, habis berterabur, tapi takda la banyak mana. Tu pun buka suku je. Lepas tu buka perlahan-lahan taknak bagi serbuk putih berselerak.
Bentuk Turkish Delight Rose ni empat segi empat. memang dah siap potong la. Tinggal ambil je. Masalahnya dia masukkan dalam palstik dan letak dalam bekas je. Kan lebih cantik kalau bekas tu ada kotak-kotak kecik, maksudnya manisna ni diletak dekat satu-satu. Dibalut macam ni, memang habis berterabur.
Rasanya kenyal, dan semestinya manis ya. Serbuk putih pun tu memnag banyak diletak, lepas gigit baru nampak warna merah rose manisan ni.
Nad memang tak boleh telan sangat sebab mansi betul, tapi anak-anak suka.
Okla, sekurangnya dapat rasa manisan dari Turki ni..ehhee. Nak pergi ke Turki entah bila.
Add your comment