hai assalammualaikum
Food Hunting Dalam Mall : Makan Di Goobne Dan Roti Pelangi Di Mytown Cheras - Selalu buat food hunting dekat cafe atau kedai tertentu, tapi ni kita buat food hunting dalam mall...hahaha. Keluar dengan anak-anak, masa tu tak tau nak buat apa dekat mall, saje jalan-jalan. Jadinya dapat idea, kita cari makanan dalam mall. Pilihan kedai kitaorang, Goobne ayam korean dengan roti pelangi dekat Mytown Cheras.
Dah lama tak makan makanan Korea dan nak cuba roti pelangi tu. Selalu tengok orang makan, jadi kita pun nak cubala. Haritu kat Ipoh tak sempat rasa pun. So kita cuba yang kat mall Mytown Cheras.
Food Hunting Dalam Mall : Makan di Goobne Dan Roti Pelangi Di Mytown Cheras
Masa jalan-jalan ni teringin nak makan ayam Korea. Lepas tu ternampak Goobne ni. Apa lagi terus ajak anak-anak makan dekat sini. Anak-anak jenis tak cerewet, apa yang mommy nya ajak makan, diaorang ikut je. Tu yang mudah ajak diaorang makan dekat luar ni..hehhee.
Macam-macam jenis menu ayam ada dekat sini. Nad order UFO Cheese Fondue (Wings). Dah makan dengan dengan anak-anak dan suami yang kuat makan. Jadi kita order je menu yang unik ni. Ayam tu korang pilihla nak flavour apa. Lepas tu nanti ayam akan disalut dengan cheese.
Anak-anak suka gila makan ayam cheese ni. Pertama kali diaorang makan dengan sarung tangan tu..ehhe. Boleh habis 5 ketul sorang ni.
Selain tu, nad order Jjamppong Seafood Ramen. Yela takut makan ayam je tak kenyang, tambah la menu ramen yang berkuah dan berisi pelbagai seafood. Sedap dan pedas. Biasalah tak Korea kalau tak pedas..haaha.
Ok jela makanan dekat Goobne ni. Anak-anak pun suka.
Lepas tu kitaorang cari dessert pulak.
Nad teringin nak makan roti pelangi. Haritu pergi Ipoh tak dapat makan, sebab macam sesak tempat dia, lepastu teringat ada dekat Mytown Cheras. Mula la cari dengan anak outlet dia dalam Mytown ni,.hehhee. Akhirnya jumpa juga.
Nama kedai dia Hokkaido Cheese Toast : Say Chiizu. comel je nama dia.
Ada macam-macam jenis warna Cheese Toast, kitaorang mestilah pilih warna pelangi. Barula cantik nak ambil gambar..hahhha. Dasar ye, kamera makan dulu.
Kedainya bersih dan tersusun kemas je. Suka tengok diaorang buat Cheese Toast ni.
Hah cuba tarik Cheese Toast Unicorn ni, nasib boleh tarik. Masa dapat panas-panas tu terus tarik dan makan, baru sedap. Anak-anak tertarik dengan roti bakar ni..hehhee.
Boleh la rasa dia, roti bakar dengan cheese pelangi macam tu..ehhee. Buat ngaso-ngaso, dah ngaso okla.
Dua ni sahaja, food hunting dalam mall. Nanti kitaorang buat lagi..hahaha.
menarik toast tu.. kena pergi hunting2 jugakk ni...
ReplyDelete