hai

Main Game Online Percuma Di Solitaire.org - Ingat dulu, selalu main game daun terup yang dah sedia ada dalam komputer. Tak reti main pun game card tu, just ikut suka kita je, main ikut urutan nombor..hahaha. Dulu internet mana ada dekat rumah, jadi game yang ada dekat komputer tu jela kita main. Game terup tu pun nad main untuk luangkan masa  yang ada. Lepas tu, masa masuk universiti, roomate download game zuma. Ala, mainan bola, lepas tu kena tembak bola sama warna bagi pecah. Seronok ye main, kadang sampai terleka. Memang legend game tu semua.

Nad ingat game tu dah tiada, tapi rupanya ada lagi tau. Selain daun terup dan zuma, ada banyak lagi game lain dekat solitaire.org. Hah, bolehla main game-game dekat situ ni sampai puas. Lama betul dah tak main game tu, rindu rasanya.




Main Game Online Percuma Di Solitaire.org

Nad main game ni pun kadang nak rehatkan otak sekejap, nak berseronok sekejap..hehehe. Nad lebih suka main game yang tak perlu download, sebab taknak penuhkan storage phone. Bagus, bila game di solitaire.org boleh main terus di website tanpa perlu download. Lagi best ianya percuma dan tak perlu daftar apa-apa pun.

Setiap kali nak main, nad taip je solitaire.org di ruangan google. bestnya, game dekat sini takda iklan dan boleh main tanpa gangguan. Pelbagai pilihan game yang ada antaranya Solitaire, Card, Mahjong, Hidden Object, Match 3, Logic Puzzles dan Word. Setiap hari boleh main lain-lain permainan, takda bosan asyik game sama je kan.



Kalau dulu game solitaire main yang classic je, tapi dekat sini ada banyak jenis. Selain Classic, ada Klondike, Spider, Freecell, Pyramid, Tripeaks dan Golf.

Nad main mana yang nad tahu main jela..hehehe. Ada juga game baru yang pertama kali nad nampak, tapi macam susah je. 

3 Pilihan Game Yang Nad Suka Main Di Solitaire.org

Selain solitaire game, nad suka main Hidden Object, Match 3 dan Game Word. Main game ni semua memang menguji minda kita tau..hehee. Tapi pada masa yang sama menyeronokkan. Kalau menang pergi next level, kalau kalah, terus tutup, esoknya main lagi..hahhaa. 



1) Hidden Object Game

Permainan ni memang syok, cari benda tersembunyi. Bila korang jumpa, korang klik je benda tu. Kalau salah dia tolak masa kita tau. Jadi tengok la objek tu dengan betul. Memang berpinar mata kadang nak cari objek tu. 



Dengan penuh sabar dapat selesaikan semua..hehehe. Kalau dah betul-betul tak jumpa, klik je hint dekat sebelah tu, nanti dia tunjuk dekat mana objek tu.



2) Match 3 Game

Dalam Match 3 game ni ada macam-macam, antaranya Candy Fiesta, Candy House, same Game, House, Treasure of Atlantis, Zuma Ball dan Zuma Legend. Nad suka main Zuma Legend dan Zuma Ball, game yang nad main masa universiti. Ala game ni semua senang je main, sama macam Candy Crush.





Zuma Ball ialah permainan penembak bola padanan jubin 10 peringkat yang merupakan gabungan Zuma dan bola pin manakala Zuma Legend ialah permainan menembak bola Zuma 100 peringkat.



3) Word Games

Word Games ni memang menguji mata ye. Kene cari perkataan yang disediakan. Nampak senang tapi kadang ambik masa. Dalam game word ni nad main yang mudah iaitu word search. Syok main cari word ni kalau berkumpulan, berebut-rebut cari..hahahha. Lagi bagus ajak anak-anak main bersama cari perkataan ni.




Sejak tau ada game solitaire. org ni, nad memang main game dalam ni setiap hari. Yela, kadang takda mood nak buat apa-apa, kita main game dulu bagi mood kerja datang..heehe. Main game dekat sini pun takde loading lama, sekejap je. 

Memang tak pernah bosan main game ni, dan lagi satu game ni semua takda libatkan perjudian dan tiada bayaran. Nad memang tak suka main mobile legend, roblox semua tu, nad lebih suka yang game simple macam dekat solitaire.org ni. 

Main game ni nak santai-santai bukan marah-marah..hehe. Korang kalau tengah bosan bolehla main game dekat solitaire.org ni.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2