hai assalammualaikum

Pergi Muzium Negara, Ajar Anak-Anak Tentang Sejarah - Kisahnya nad bawak anak-anak pergi Muzium Negara masa cuti sekolah panjang haritu. Ni baru sempat nak cerita. Almaklumla sibuk memanjang je. Kita bukan makan tidur je, banyak kerja rumah nak buat. So ni dah tak sibuk sangat baru dapat bercerita. Ok, ok berhenti membebel, nak cerita nad bawa anak-anak pergi Muzium Negara masa cuti sekolah haritu.

Siapa kata, Muzium ni tak best, best apa, dapat tau semula kisah sejarah kita. Mesti ada yang tak ingat kan. Jadi datang Muzium Negara bolehla ingat sikit-sikit. Kali terakhir nad pergi masa tengah bercinta. Sekarang anak dah dua baru datang semula. Err, dah bertahun-tahun dah..Tapi takpa, Muzium Negara tetap ada.

Kalau bawa anak-anak boleh kita ajar sejarah dekat diaorang sekali. Tapi, nak bawa anak tu biar waktu umur dia dah sesuai macam 7 tahun ke atas. Usia macam ni baru anak-anak faham bila kita bercerita. Macam Fariza la ni, dah 7 tahun, sesuai la bawak ke Muzium Negara. Adiknya 5 tahun, bolehla, sebab waktu dia nak belajar. 



Pergi Muzium Negara, Ajar Anak-Anak Tentang Sejarah


Biasalah, lokasi yang dekat memang tertangguh nak pergi. Jadi, cuti sekolah haritu baru dapat pergi. Tu pun last cuti sekolah sebelum besoknya sekolah ye. Dekat luar kawasan masih sama, ada keretapi lama, ada bas mini, ada meriam.







Waktu Operasi Muzium Negara
Isnin sehingga Ahad
9 pagi -5 petang

Waktu akhir pembelian tiket pada pukul 4 petang
Ditutup pada setiap Hari Isnin Pertama setiap bulan


Sebelum ke pintu masuk Muzium, boleh tengok kubur lama dan rumah tradisi. Singgah la dulu, tengok kubur tu.



Harga Muzium Negara
Warganegara
Dewasa : RM 2
Warga emas 55 Tahun ke atas : RM 1
Orang kurang upaya : RM 1
Pelajar sekolah Menengah berpakaian seragam PERCUMA
Kanak-Kanak bawah 12 tahun PERCUMA

Dalam Muzium Negara ni ada 4 seksyen, Galeri A: Sejarah Awal, Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu Galeri C: Era Kolonial dan Galeri D: Malaysia Kini. Setiap galeri tersimpan kisah yang tersendiri, menarik! 

Mestila kita masuk ikut seksyen A dulu, kemudian B, kemudian C dan akhir sekali D. 






Mula la tengok semua barangan artifak dahulu kala yang wujud. Dah lama tak nampak kan, memang nad tengok dan baca dengan teliti. Yela, dulu waktu belajar ingat la semua, dah tak belajar, lupa ingatan kejap..hahaa.


Ada budak bosan datang sini, tapi anak-anak nad nasib baik jenis nak ambil tahu. Macam Fariza jenis suka bertanya. Jadi kitaorang pun menjawab la pertanyaan dia. KItaorang juga bercerita dekat dia tentang asal usul ni setiap barang ni semua. Tengok dia faham tak faham tu belakang kira. Takpe, nanti dah masuk belajar sejarah, faham la sikit.




Adik pulak, jenis melihat dan mendengar juga. Tapi satu je dia, takut dengan patung..haha. Macam nad la, memnag takut dengan patung dekat Muzium ni, entahla bayangkan duk tiba-tiba hidup. Tapi tu dulu, sekarang tak la..hehe.





Banyak dapat belajar dan ingat kembali sejarah bila dapatng Muzium Negara ni.


Ni konon budak-budak zaman sekarang ambil gambar dating kat Muzium..hahhaha



Oh masa korang nak keluar turun tangga, ada mesin jual gold coin. Gold coin yang dijual berbeza harga.



Dah habis jelajah 4 seksyen, kitaorang keluar pergi ke bahagian Perkahwinan, mitos semua. Bab Perkahwinan, cerita dengan anak kisah kitaorang masa kawin juga..kihkihkih. Tersenyum Fariza dengar cerita kitaorang. Lepas tu dia cakap "Masa ni Fariza dengan adik belum ada kan, sebab mommy daddy baru kawin". Huish pandai, takda soalan " Mana Fariza"..hah..gitu.


Makanan ni nampak real ye tapi tipu je.





Last sekali kitaorang masuk tempat muzik. Bolehla tengok semua alat muzik yang ada dan pembuatan muzik. Macam-macam la dapat belajar dekat sini.

Jadi memang tak boring datang Muzium Negara ni. Dalam ni je dah ambil masa 4 jam kitaorang pusing-pusing. Bukan setakat main jalan je, tapi baca dan ingat semula tentang sejarah. Bila kita baca kita dapat ketahui tamadun manusia, dapat tahu apa yang berlaku di zaman tertentu melalui artifak yang dijumpai. Car ani juga anak-anak dapat pendidikan secara santai.


Last sekali Fariza pun beli cenderahati yang dijual dekat laluan Muzium Negara. Lupa pulak nak ambil gambar kereta Proton Saga tu semua.

Budak-budak ni tak bosan datang sini, takda cakap nak cepat keluar atau balik. Okla. Lepas ni boleh bawa muzium lain yang ada dekat Kuala Lumpur ni.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Pernah masuk muzium negara ni. Kalau tak silap pergi lawatan sekolah dulu.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2