hai semua
Tanglung Peranakan Terbesar Oleh Himalaya Sports Di Jonker Walk Melaka Cipta Rekod Di Malaysia Book Of Records - Siapa tau gula-gula Himalaya Sports? Kalau korang taip je dekat google seacrh, mesti korang pernah jumpa gula-gula Himalaya Sports ni. Nad sendiri suka makan gula-gula Himalaya Salt perisa Lemon. Tapi takda ambil selalu, makan waktu tertentu sahaja. Gula-gula Himalaya Sports diperbuat daripada garam Himalaya semula jadi dan mempunyai dua perisa iaitu Lemon dan Ginger Lemon. Gula-gula Himalaya Sports sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif, gula-gula pudina yang diperkaya membantu untuk menambah baik hidrasi, melegakan tekak dan mengekalkan kesegaran nafas.
Nad dapat tau, gula-gula Himalaya Sports telah menaja Tanglung Peranakan Terbesar di Jonker Walk Melaka dan mencipta rekod di Malaysia Book Of Records. Sepasang tanglung gergasi ini akan menyinari dan mewarnai Jonker Walk sempena menyambut Tahun Baru Cina 2023. Wah!! menarik betul.
Tanglung Peranakan Terbesar Oleh Himalaya Sports Di Jonker Walk Melaka Cipta Rekod Di Malaysia Book Of Records
Negeri Melaka merupakan tempat yang sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa untuk bercuti. Negeri yang kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden, serta lokasi menarik untuk bergambar. Salah satu lokasi terkenal tarikan pelancong apabila ke Melaka ialah Jonker Walk. Tempat yang wajib singgah ye!
Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka dan pastinya suasana akan bertambah meriah dengan adanya tanglung Peranakan gergasi ini. Pengunjung akan berasa teruja apabila melihat tanglung Peranakan terbesar ini dan bergambar untuk dijadikan kenangan.
Tanglung gergasi ni bukan tanglung biasa tau, tapi ia mempunyai mempunyai rekaan menarik yang menggambarkan sejarah perjalanan legenda oleh Laksamana Zheng He ke Melaka untuk tujuan diplomatik dan perdagangan atas perintah maharaja dinasti Ming pada awal abad ke-15, yang kemudiannya membentuk suatu ikatan kukuh antara dua kerajaan dan seterusnya mencetus budaya Peranakan kita. Korang boleh tengok ada lukisan di tanglung gergasi tersebut.
Tanglung gergasi ini berada dihadapan bangunan pejabat Jawatankuasa Jonker Walk sehingga 30 Jun 2023. Ia dipamerkan lebih awal daripada perayaan Tahun Baharu Cina untuk menerangi Jonker Walk yang bakal sibuk dengan penduduk setempat yang mengunjungi Chinatown itu ketika mereka membuat persediaan untuk menyambut perayaan. Selain itu ia adalah sebagai tarikan untuk pelancong tempatan dan asing yang mengambil kesempatan untuk menikmati suasana meriah sepanjang percutian.
Sepasang tanglung gergasi yang ditaja oleh gula-gula Himalaya Sports mempunyai tinggi 12 kaki dan 8 kaki lebar ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Tanglung Peranakan Terbesar” dan syarikat konfeksionari gula-gula tersebut dianugerahkan pengiktirafan pada pelancaran rasmi tanglung berkenaan, yang disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing, dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo.
Ini adalah tahun ketiga Himalaya Sports kembali sebagai penaja gerbang Jonker Walk dan 800 tanglung.
Pelancaran tanglung yang tersergam indah itu adalah sebahagian daripada inisiatif penjenamaan Himalaya Sports di destinasi utama pelancong ini. Himalaya Sport ingin menceriakan Jonker Walk dengan 800 tanglung merah yang melambangkan tuah sambil menghiasi langit di kawasan bersejarah Chinatown.
Datuk Kenny Low, pengasas dan pengarah urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd. yang memiliki Himalaya Sports berkata,
“Ia suatu peluang yang hebat bagi Himalaya Sports untuk kembali sebagai penaja bagi tahun ketiga di Jonker Walk dan tanpa kekangan perjalanan kali ini, kami mahu meraikan perayaan ini dengan sesuatu yang istimewa dan menjadi kenangan. Tanglung Peranakan yang mencatat rekod dan reka bentuknya yang rumit itu memberi penghormatan kepada tradisi tanglung Cina, sejarah Melaka dengan negara China, serta permulaan kepada budaya Baba Nyonya yang membentuk suatu keunikan warisan khazanah pelbagai budaya Malaysia hari ini.”
Low menambah,
“Menerusi kerjasama kami dengan Jawatankuasa Jonker Walk, kami berharap dapat memainkan peranan kecil dalam menyokong pemulihan industri pelancongan kita daripada impak yang dahsyat akibat pandemik. Tanglung Peranakan Terbesar itu bakal menjadi tarikan baharu untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa ke Jonker Walk tahun ini sebagai tambahan kepada tempat kegemaran sekian lama seperti pasar malam hujung minggu, kedai antik di samping menyelami budaya Baba Nyonya.”
Adunan unik adat Cina dan Melayu, budaya Peranakan terbukti dalam bahasa, pakaian, makanan serta seni tradisional pembuatan tanglung – sejenis kraf yang dipercayai dibawa oleh anggota kru berkemahiran Laksamana Cina Zheng He ke Semenanjung Malaysia ketika perjalanannya.
Tanglung merupakan satu elemen kebudayaan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Setiap kali Tahun Baru Cina, tanglung akan dipasang bagi memeriahkan dan menyinari perayaan itu. Memang akan terpegun bila melihat banyak tanglung dipasang terutama sekali pada waktu malam dengan cahaya lampu dari tanglung itu.
Secara tradisionalnya diperbuat daripada buluh yang melambangkan kekuatan dan kebaikan, tanglung digantung di laluan masuk ke rumah sepanjang perayaan yang menggembirakan ini dan hari sembahyang nenek moyang dalam kalangan Cina Peranakan. Ia juga dikenali sebagai tanglung nama keluarga kerana nama keluarga dan kelompok keluarga ditulis dengan ketara pada tanglung di samping lukisan menonjol yang melambangkan beberapa aspek budaya Cina, dan ia lazimnya diwarisi turun temurun.
Korang bolehla datang ke Jonker Walk Melaka, melihat sendiri kecantikan sepasang "Tanglung Peranakan Terbesar" setinggi 12 kaki yang mengagumkan. Kalau ambil gambar pada waktu malam berlatarkan tanglung Peranakan gergasi ni mesti cantik. Datang pada bila-bila masa sehingga 30 Jun 2023 di Pejabat Jawatankuasa Jonker Walk.
‘SPOT, SNAP & WIN’ Himalaya Sports
Korang nak tak hadiah wang tunai bernilai sehingga RM19,888 dan barangan Himalaya Sports? Best juga kalau dapat ni.
Bagi menambah keceriaan Tahun Baharu Cina, Himalaya Sports membuat peraduan ‘SPOT, SNAP & WIN’ Himalaya Sports dan korang berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM19,888.
Caranya mudah sahaja
1) Pergi ke tanglung Peranakan Himalaya Sports di Pejabat Jawatankuasa Jonker Walk.
2) Cari seberapa banyak Himalaya Sports Candy Pack di rekaan pada kedua-dua tanglung
3) Ambil swafoto bersama tanglung Peranakan itu.
4) Hantar swafoto anda dan jawab dalam komen facebook
5) Like Halaman Facebook Himalaya Sports Malaysia
Peraduan bermula sekarang sehingga 28 Februari.
Hadiah yang bakal dimenangi
1) Hadiah Utama – Hadiah wang tunai RM3,888 dan Barangan Himalaya Sports
2) 3 x Hadiah Pertama – Hadiah wang tunai RM1,888 dan Barangan Himalaya Sports
3) 5 x Hadiah Kedua - Hadiah wang tunai RM888 dan Barangan Himalaya Sports
4) 8 x Hadiah Ketiga - Hadiah wang tunai RM388 dan Barangan Himalaya Sports
5) 21 x Hadiah Ke-4 - Hadiah wang tunai RM88 dan Barangan Himalaya Sports
6) 12 x Hadiah Saguhati – Barangan Himalaya Sports
Hah join tau, mana tau korang bertuah Tahun Arnab ni dan menang peraduan ni..hehe.
Himalaya turut menawarkan rangkaian Himalaya Vajomba baharu yang boleh didapati dalam dua varian, Himalaya Vajomba Honey Lime Mints dan Himalaya Vajomba Actiwhoosh Mints.
Disahkan Halal oleh JAKIM, Himalaya Sports dan Himalaya Vajomba dikeluarkan oleh syarikat konfektionari gula-gula tempatan, Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd., yang berada di 10 negara sekitar rantau Asia Pasifik.
Untuk info lebih lanjut boleh layari www.himalayacandy.com
wow best..!
ReplyDelete