hai assalammualaikum
Curio Dark Cafe Ampwalk : Cafe tersembunyi Dan Gelap di Ampang - Selalunya kedai kopi jarang-jarang tersembunyi tau, ada je dekat tepi jalan, kedai yang boleh nampak. Ni pertama kali nad datang ke cafe yang betul-betul tersembunyi. Bukan setakat tersembunyi, gelap pulak tu. Eh, jangan terkejut bab gelap tu, gelap bukan gelap gelita, susahla nak minum kopi, nak makan macam tu..hahaa. Suasana gelap romantis macam tu. Cfafe nad pergi ni namanya Curio Dark Cafe.
Masa dah sampai Ampwalk tu, punyal mencari dekat mana, rupanya, bila korang sampai, dekat bahagian luar, korang pandang belah kanan, ada tangga. Hah, cafe tu dekat bawah tu. Macam dekat basement la.
Curio Dark Cafe Ampwalk Ampang
Cafe ni takda besar sangat, sedang-sedang je. Pergi dua atau tiga orang kawan ok la. Nak pergi sorang-sorang, termenung lagi ok..hahaha. Tapi cafe ni ada tempat duduk bahagian luar. Masa nad sampai, ada tempat duduk. Nad pergi berdua je dengan kawan. Biasalah nak mengopi, berborak, bergosip, ah gitu!!
Harga dekat sini standardla cafe punya harga. dah namanya kopi, menu mesti ada kopi, dan air bukan kopi pun ada juga dekat Curio cafe ni. Untuk makanan, simple sahaja, macam kek, pastri, dan waffle. Kita datang bukan nak makan berat-berat, kita datang nak chill.
Haritu nad order minuman signature Cafe Curio iaitu Rosy Cheek (homemade rose syrup) dan Waffle Willy Wonka ( Chocolate waffle, vanila ice cream). Shamiera order air matcha dengan waflle Pop Fiction ( Popcorn chicken , Creamy Sriracha , Maple syrup)
Tempat tu memang tenang sangat ye. Ruang kecik, bau kopi tu memang sedapla.
Seronokla, datang berdua dengan kawan, tak terlalu bising, boleh borak sakan..hehee.
Korang yang suka kopi tu bolehla cuba minum kopi dekat Curio Dark Cafe Ampwalk Ampang ni.
Eh menarik macam tu, private session
ReplyDelete