Kempen AEON 'Smile of Love' : Menangi Pelayaran Genting Dream Oleh Resorts World Cruises
Peraduan bermula dari 10 Februari hingga 7 Mei 2023, di mana 8 pemenang bertuah akan diumumkan setiap bulan.
Kempen Smile of Love bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya atas kesetiaan mereka dan sokongan berterusan dengan membeli-belah di AEON Malls. Ia adalah salah satu daripada banyak cara yang AEON sedang berusaha untuk mencipta kebahagiaan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pelanggannya.
Peraduan ini merupakan satu peluang yang baik untuk pelanggan memenangi pengalaman sekali dalam seumur hidup.
Dengan hanya membuat pembelian RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan Ahli AEON) dengan jumlah sehingga dua gabungan resit hari yang sama di outlet F&B, Snek & Pawagam.
Senang kan! Beli dan Menang!
Pelanggan yang bertuah berpeluang memenangi pelayaran untuk 2 orang di Genting Dream, oleh Resorts World Cruises. Lapan pemenang bertuah akan diumumkan pada15hb setiap bulan.
Resorts World Cruises, sebuah jenama pelayaran gaya hidup mewah dan dinamik yang kaya dengan warisan Asia,menawarkan gaya hidup pelayaran peribadi dengan pengalaman antarabangsa yang pelbagai.
Kerjasama antara AEON dan Resorts World Cruises adalah masa yang tepat kerana Genting Dream kini berlepas dari Pelabuhan Klang setiap minggu, menawarkan siri 2 dan 3 Pelayaran malam ke destinasi popular, termasuk Pulau Pinang, Singapura dan tidak lama lagi Phuket.
The Genting Dream, 'A Resort Cruising at Sea' menyediakan pelbagai tawaran menarik yang inklusif, seperti makan percuma di tempat terpilih, yang menampilkan pelbagai masakan antarabangsa dan Asia, serta sudut snek kegemaran sepanjang hari.
Sebagai Kapal Pelayaran Mesra Halal Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, Muslim pengembara akan mendapat akses kepada makanan dan minuman Halal yang disahkan di bahagian khusus di restoran The Lido, turut menyediakan masakan vegetarian dan lain.
Bilik solat juga disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu Muslim. Jadi tak perlu rasa was-was ye.
Tawaran inklusif lain yang menarik juga tersedia untuk tetamu termasuk yang menakjubkan persembahan pentas antarabangsa dan tayangan filem Zodiac theatre dengan boleh memuatkan 999 kerusi yang mengagumkan
Selain itu, taman tema air di laut dengan adanya kolam dan 6 gelongsor air, Ropes Course dan ziplines, Rock Climbing Walls, Mini Golf Course, Spa Genting Dream serta lebih banyak aktiviti rekreasi untuk seluruh keluarga.
Menarik kan cruise Genting Dream ni. Jangan lepaskan peluang tau, mana tau rezeki berpihak kepada korang naik cruise ni. Jangan lupa simpan resit pembelian apabila berbelanja di outlet F&B, snack dan pawagam.
Untuk butiran lanjut mengenai kempen ini, sila layari Facebook AEON Mall kami, https://www.facebook.com/AEONMallMY/.
Add your comment