KUCING JALANAN YANG BIJAK, CIKO NAMA DIBERI

in , by Nadia Johari, 12:56:00
 hai assalammualaikum

Kucing Jalanan Yang Bijak, Ciko Nama Diberi - Dah bertahun dekat rumah kitaorang ni takda kucing, tiba-tiba pagi nak hantar anak pergi sekolah, ada kucing kecik dekat depan pintu. Anak kucing yang comel, bersih je. Selalu anak kucing bising gila bila dia lapar, tapi yang ni elok je depan rumah, duduk diam. Bila nampak kitaorang baru datang nak dibelai semua. Tengok pun alahai kesiannya. Dekat rumah ni pun sentiasa ada makanan kucing, sebab kadang ada kucing jiran datang kitaorang bagi. Jadi bagi la anak kucing ni makan, punya berselera dia. Nampak sanagt laparnya. 

Memandangkan dekat rumah ni dah lama takda kucing, anak-anak pun memang suka kucing. Asyik cakap 'jagala mommy, bela la. kesian dia'. Mommy pun mengalah maka dibela la kucing ni. Tapi dengan syarat, tak boleh tidur dalam rumah, hanya makan je boleh duduk dalam rumah, lepas tu keluarkan. Ok, diaorang pun setuju.



Kucing Jalanan Yang Bijak, Ciko Nama Diberi


Setiap pagi, nak hantar anak, mesti kucing ni dah standby depan pintu, nak makan..hehee. Muka dia memang innocent gila, betul-betul comel. Setiap pagi tu la, layan dia main semua, masukkan dalam rumah sekejap..ehhee. Biasalah, katanya jangan masuk dalam rumah, tapi masuk dan biarkan dia main sekejap. Kita dah mula sayang dia.


Dah beberapa minggu dekat rumah, apa nad tengok kucing ni sangat behave tau. Memang mendengar arahan. Walaupun tidur luar, dia tak lari pergi tempat lain, stay depan pagar je. Kucing ni bukan tidur dekat lantai, kitaorang ada sediakan tempat tidur khas dia. Apa nad perhati, pandai dia berak, kencing dekat pasir luar, bukan dalam kawasan rumah.


Mr mafia pun ok je dengan kucing ni, sebab dia bukan macam kucing liar yang lain. Sangatla lemah lembut..hah gitu!. Mr mafia la terus bagi nama kucing ni Ciko. Sejak tu, kitaorang panggil dia Ciko. Setiap hari dah panggil, dia pun dah tau nama dia Ciko, bila panggil je nama Ciko, dia terus datang. Kitaorang yang rasa teruja betul. Memang bijak sangat Ciko ni. Buka macam kucing jalanan biasa tau.

Pernah kitaorang balik kampung sehari macam tu, malam baru balik rumah. Ciko dah tunggu depan pagar. Dia kenal bunyi kereta mr mafia. Weiii!!, bijak betul. Lepas tu nad panggil nama 'Ciko", terus dia 'meow,meow'. Macam mana tak sayang kan, kalau macam ni.

Sejak tu dah makin lama makin sayang. Tapi tetap kena tidur luar, sebab anak nad no 2 ni dia sensitif sikit. Nad bagi masuk waktu pagi, tengahari dan malam untuk makan sahaja. Tapi kadang terlajak bagi dia tidur dalam, sebab kesian..hehe. Ciko pulak memang jenis pembersih, badan tak pernah kotor. Sebab dia pandai bersihkan badan dia. 



Makin lama makin manja Ciko ni. Tengokla dia tidur pun kadang dah menghiburkan hati. Macam-macam gaya ada.


Fariza siap buat rumah untuk Ciko lagi. Punyala sayang.

Ada Ciko dekat rumah ni, tikus pun dah jarang nampak dekat tong sampah. Pernah pagi-pagi nampak tikus matai bawah kereta, dua kali pulak tu. Bagus bela kucing ni. Dalam rumah pun jarang ada cicak dengan lipas. Sebab Ciko yang uruskan..hahaa. Alhamdulillah, setakat ni, Ciko nak kencing ke berak ke, dia pandai keluar.



Tanpa sedar, jaga Ciko, tengok-tengok dah besar. Hensem je ye. Oh ye Ciko ni kucing jantan..hehe. Mungkin kalau betina nad tak jaga kot, sebab takut beranak banyak. Ni sebab jantan, okla kita jaga..ehhee. 

Ciko kesayangan. 
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. comelnyaaaa... sy ada 4 ekor anak kucing.. suka warna kucing mcm nie.. mmg jenis yg jinak dan manja

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2