hai assalammualaikum

Makan Asam Pedas Melaka Di Hajah Rahmah Haji Ibrahim - Orang cakap, kalau dah bercuti ke Melaka tu, mesti kena cari asam pedas. Nad, kali kedua pergi bercuti Melaka, baru dapat makan asam pedas. Masa pertama tu bercuti dengan keluarga dekat Charming Villa, memang tak sempat nak cari asam pedas, sebab aktiviti banyak buat dekat villa tu. Kali kedua pergi staycation dekat Ames Hotel, balik tu baru dapat makan asam pedas. Itu pun kawan yang cadangkan kedai makan asam pedas ni. Mungkin ramai dah tau tempat ni, ya nad baru nak jejak kedai Hajah Rahmah Haji Ibrahim ni.

Kedai makan ni dekat Bukit Katil Melaka. Tengok dekat banner kedai, tulis Kari Kepala Ikan, tapi dalam kedai, macam-macam lauk dijualnya. Menu wajib mestilah asam pedas. Masa nad datang, ramai betul orang dekat kedai ni.Yela, dah lama dikenali agaknya, nad je yang baru nak singgah. Terpaksa tunggu beberapa minit untuk dapatkan tempat duduk. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga. Gigih tau semata nak makan asam pedas Melaka ni..kihkih.



Makan Asam Pedas Melaka Di Hajah Rahmah Haji Ibrahim


Semua menu yang kita nak kena ambil sendiri. Kenala beratur lagi untuk dapatkkan lauk semua. Tapi ada pekerja yang bantu masa nak ambil lauk tu. Boleh juga panggil pekerja untuk ambil order. Masa tu kitaorang mintak asam pedas kepala ikan. Menu lain tu beratur la.



Kitaorang pun waktu tu tak terkejar-kejar sebab lepas makan memang nak balik terus. Jadi takdala kelam kabut semua.


Ni antara lauk yang kitaorang makan. Perut memang dah lapar betul masa tu, yela, keluar hotel, kena sidai jap tunggu orang habis makan nak cari tempat duduk, lepas tu beratur lagi nak ambil lauk. Waktu tu pulak, tengahari, memang lapar gila tau.

Mulakan la dengan Bismillahirahmannirahim, makanla kita. 

Licin ye, kitaorang makan, haahhaa. Memang tak bagi can langsung, habis semua. Alhamdulillah, kenyang. Bagi nad asam pedas yang dibuat ok, kuah sedap. Suami kita pun suka.


Harga takyah cakapla, paling mahal asam pedas kepala ikan tu. Udang besar gedabak tu pun ye, ketam lagi..hehhe. Takpela, kitaorang bukan selalu dapat makan dan pergi Melaka. Bila dah datang tu hah ambik.



Kedai ni pun ada juga jual kuih muih dan air tebu.

Balik tu kitaornag tapau air tebu dia. Sedap uii, segar je.

Ok next bercuti Melaka, kita cari port lain pulak untuk makan asam pedas.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. KAKKKKKKKKK sedapnya asam pedas. da lama xmakan asam pedas. haishhh terliur

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2