hai assalammualaikum

McDonald's Keluarkan Siri Drama Mini "Kau Sundaeku" mendekati Golongan Belia Mencari Pekerjaan - Wah! korang tau tak, McDonald's ada keluarkan siri drama mini di Instagram Reels. Korang dah tengok belum?. Kalau belum, boleh tengok di Instagram Reels McDonalds. Menarik juga tengok jalan ceritanya, kisah anak muda berkongsi pengalaman menarik bekerja di Mekdi.

Sedia maklum bahawa media sosial merupakan medium perantaraan  paling berpengaruh  dari segi keberkesanan dalam menyebarkan maklumat.  Berkongsi apa jua maklumat yang berupa video, berita dan imej secara pantas melalui internet. Media sosial memberi impak yang besar kepada semua terutama kepada golongan belia. 

Disebabkan itu, McDonald's mengambil inisiatif menggunakan media sosial untuk menarik ramai golongan belia dengan mengeluarkan siri drama mini bertajuk "Kau Sundaeku" di Instagram Reels bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut. Pergh!! terbaik McDonald's.



McDonald's Keluarkan Siri Drama Mini "Kau Sundaeku" mendekati Golongan Belia Mencari Pekerjaan


Drama "Kau Sundaeku" merupakan pendekatan inovatif dan menarik yang dibuat McDonald's, restoran khidmat segera terkemuka ini untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan dan menerokai budaya dan suasana bekerja di Mekdi

Drama bersiri "Kau Sundaeku" mempunyai 9 episod dan disiarkan di Instagram Reels McDonald's bermula 21 Disember 2022. Setiap episod hanya mengambil masa satu minit sahaja, tak lama pun nak tonton rancangan ni. Bagus kan. Sambil santai-santai layan drama ni. 

Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. 

Drama ini menampilkan pelakon Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.


Nad dah tengok semua 9 episod "Kau Sundaeku". Cerita yang ringkas dan menarik melihat generasi belia bekerja keras dan bersungguh-sungguh dan bagaimana menyelesaikan masalah dengan pelanggan. Korang nak tengok episod 1, boleh tengok dekat SINI

Korang kena tengok tau, mana tahu, lepas tengok siri drama mini "Kau Sundaeku", terdetik dan berminat nak bekerja di McDonalds. Sekarang ni semuanya perlukan duit, nak cari kerja jangan memilih, penting pengalaman dan salah satu cara supaya golongan generasi muda lebih berdikari dan mencari duit sendiri selepas belajar.


Media sosial sebagai platform utama untuk berhubung dan menarik minat generasi muda

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, McDonald’s mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.

“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” tambah Melati
Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. 

Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s 
1) Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global. 
2) Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018. 
3)  Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 
4) Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.

McDonald’s Kukuhkan Kedudukannya Sebagai Majikan Pilihan untuk Belia

McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. 


Sebagai contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. 

Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.

“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati.

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s. 

Nad suka apa yang dilakukan oleh McDonald's untuk buka banyak peluang pekerjaan untuk generasi muda. Cara ini dapat mengurangkan kadar pengganguran.

Tonton Siri Drama Mini "Kau Sundaeku"

Hah, korang jangan lupa tonton siri drama mini "Kau Sundaeku" ni di Instagram Reels McDonald's. Semua 9 episod dah ada dekat situ. Selamat menonton!!

Untuk keterangan lanjut, boleh layari
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2