hai assalammualaikum

Melawat Tugu Negara - Lepas kitaorang habis meronda dalam Muzium Negara, balik tu suami ajak singgah pergi Tugu Negara. Tugu Negara pun nad dah lama tak jejak, masa Merdeka konon nak pergi tapi suami taknak sebab takut ramai orang. Jadi, kita pergi hari biasa tak ramai orang. Bolehla singgah menandakan kita dah sampai dan ambil gambar..hehee

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960)



Melawat Tugu Negara Memperingati Parajurit Negara


Nad bila tengok cerita zaman penjajagan Tanah Melayu, atau cerita askar kita bermatian melawan penjajah, mesti akan terfikir, bukan mudah masa tu nak mempertahankan negara. Dengan senjata yang tak seberapa canggih, tapi mereka tetap lawan demi Tanah Melayu tercinta. Masa tengok tu cuba hayati macam mana la bila kita berada dekat situ.

Banyak pengorbanan parajurit kita sehingga ada yang gugur di medan peperangan. Demi penghormatan, maka terbinalah Tugu peringatan Negara ni. Tugu Peringatan Negara ini merupakan simbol kemenangan penduduk Tanah Melayu melawan pengganas komunis dan kemenangan kepercayaan rakyat kepada negara. 

Lokasi Tugu Negara


Tugu Negara terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa dan Bangunan Parlimen Malaysia.

Address: Perdana Botanical Garden, Jln Parlimen, Kuala Lumpur City Centre, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Masuk sini adalah Percuma sahaja.

Datang sini bolehla naik kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.

Apa yang ada di Tugu Negara


Datang sini waktu tengahari memang panas ye. Tapi sebab nak tunjuk kita dah jejak dan datang melawat, sanggup redah. Gigih ambil gambar sekali..hehehe. Semua ni kenangan untuk kita juga.

Tugu Negara yang diperbuat daripada gangsa ini berbentuk tujuh patung lelaki mewakili askar Tanah Melayu yang berjaya dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Setiap satunya membawa watak yang melambangkan pimpinan, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, getir dan pengorbanan.



Hah korang datangla ke Tugu Negara ni. Nak lagi bersemangat, datang masa Hari Merdeka.

Tempat Menarik Berdekatan Tugu Negara


Di sepanjang perjalanan ke Tugu Negara, lokasi menarik yang terdekat ialan Taman Rama-Rama, Taman Orkid, Taman Burung dan Taman Tasik Perdana.

Ni cerita nad sekerluarga pergi ke Taman Burung.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Jaman sekolah rendah dulu ada ikut rombongan sekolah ke tugu negara ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2