hai assalammualaikum
Permainan Percuma Money Game Di Mortgage Calculator, Permainan Berkaitan Kewangan - Tak semua game yang kita main ni melekakan, ada juga game yang bagus yang boleh dijadikan sebagai pembelajaran. Nad nampak ada kawan kongsi permainan online Money Game di Mortgage Calculator, permainan berkaitan kewangan, main kira-kira macam tu. Bagus juga ni, boleh bagi anak-anak main. Bagus kan belajar sambil bermain, dengan nad sekali boleh join.
Anak-anak pun suka mengira lagi-lagi kalau bab duit. Setiap kali dapat duit, diaorang simpan dan kira. Diaorang pun suka main jual beli. Memang sesuai la Money Game ni untuk diaorang. Banyak jenis game online sekarang, kita orang dewasa, kena la pandai pilih game apa yang sesuai untuk anak-anak.
Permainan Percuma Money Game Di Mortgage Calculator
Anak-anak ni kalau kita ajar formal, memang mood lari, tapi kalau kita ajar dalam bentuk game mesti diaorang suka. Lagi kalau dapat main game online, lagi budak suka. Masa tu boleh bonding time sekali dengan anak-anak. Permainan Money Game Mortgage Calculator korang boleh main secara online dan ianya percuma tau.
Nad dah explore dulu, ada banyak permainan Money Games ni, antaranya
- Cash Back Game
- Grocery Cashier Game
- Treze Coins Game
- Idle Money Tree Game
- Bitcoin Tap Tap Mine Game
- Lit Ape NFT Generator Game
- Stocks Game
- Supermarket Numbers Game
Main Money Games ni secara tak langsung dapat mendidik anak anak mengenai wang dan Matematik. Semua games ni dapat menguji minda anak dan melatih anak membuat pengiraan.
Game Cash Back senang je, orang tu cakap dia beli barang tu lepas tu dia bagi duit lebih daripada harga barang yang dibeli. Jadi korang kene pulangkan duit dia ikut kiraan duit yang dia cakap tu. Game ni ada 3 mode, easy, medium dan difficult.
Hah game macam anak-anak selalu mai, jual beli Grocery Cashier..hehee. Tapi game ni konfius juga. Nad mula-mula main pun macam pening je. Tapi lama-lama ok. Mudah je. Game ni bagus sebab ajar anak-anak mengasah minda diaorang, dan belajar kekuatan IQ diaorang.
Ralit dok main game Tap supermarket ni. Game dia pun simple je. Kita kena expand supermarket supaya lebih banyak barang yang dijual. Mula-mula sikit buka, lepas tu cukup duit beli rak lain bagi penuh. Memang ralit main ni..hahaha. Mula slow, lama-lama laju betul.
Bila barang habis korang kena restock cepat-cepat supaya customer tak marah. Haha. Lambat je atau habis barang, pelanggan pun marah dan lari ye. Habis duit korang pun lari..hehee.Permainan macam ni buat kita fokus, kene kerja rajin, lepas tu duit lebih buka lain bagi tambah duit.
Selain game yang fun, senang, ada juga game yang hard tau yang menguji ketahanan minda kita. Tapi kalau pertama kali kalah pun, boleh main semula, sampai berjaya. Dekat situ ajar kita jangan putus asa.
Game dekat ni semua sesuai untuk semua, dari kanak-kanak sampai dewasa. Nad pun main juga untuk isi masa lapang..hehee. Kita mantapkan skill Matematik kita. Dalam kehidupan kita ni, memang tak lepas dari kira-kira dan kewangan.
Memang seronok main game dekat sini. Dahla banyak game, percuma lepas tu takda iklan. Nak main pun tenang je tak perlu tekan-tekan pangkah atau tunggu iklan yang menyemakkan tu. Tak perlu download pun, buka dekat websit sahaja.
Mainla, ajak anak-anak sekali. Boleh main game bersama. Korang nak cuba boleh ke Money Games Mortgage Calculator. Korang pilihla mana korang nak main. Ok, kita nak sambung main game ni.
Wah !! Menarik betul game ni. Secara tak langsung dapat didik anak bijak nombor.
ReplyDelete