hai assalammualaikum

Pusat Pakaian Hari-Hari, Pilihan Utama Beli Kelengkapan Sekolah Anak - Korang dah selesai belum beli kelengkapan sekolah anak? Tahun ni masuk persekolahan tahun baru bulan 3. Nad baru nak beli barang sekolah anak ni. Biasalah ikut tahun baru nak masuk sekolah, baru semangat. Macam biasa, kedai pilihan kitaorang beli kelengkapan sekolah anak mestilah di Pusat Pakaian Hari-Hari. 

Pusat Pakaian Hari Hari ni memang dah dikenali ramai. Kedai yang menawarkan variasi kelengkapan pelbagai peringkat usia sememangnya menjadi pilihan semua. Bila musim sekolah ni, adala Promosi Kembali Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Memang senang membeli barang sekolah dekat sini, semua ada, takyah susah-susah keluar cari dekat kedai lain.



Pusat Pakaian Hari-Hari, Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak 


Tahun 2023 ni Fariza naik Darjah 2, adiknya Farhanah pulak dah masuk sekolah Tabika. Sekejap je masa berlalu, tup-tup si adik dah sekolah. Memang dia la paling teruja dapat beli barang sekolah, sebelum ni tengok kakaknya sahaja, sekarang masa dia pulak.

Sebelum tu, nad nak kongsi senarai kelengkapan sekolah yang korang perlu beli untuk sekolah kebangsaan, sekolah agama dan sekolah menengah.
- Baju sekolah lengkap kain atau seluar 3 helai
- Tudung ( untuk perempuan) 3 helai
- Anak tudung  3
- Stokin 3 pasang
- 1 atau 2 kasut
- 1 tracksuit
- Beg sekolah
- Botol air
- Bekas bekal makanan
- Kelengkapan Alat Tulis
- Hand sanitizer
- Mask










Dari kakak mula sekolah sampai sekarang, Pusat Pakaian Hari-Hari la yang dituju. Mana taknya, kedai 'One Stop Centre' semua kelengkapan sekolah untuk pelajar ada, bermula dari baju sekolah, kain, seluar, beg, alat tulis, kasut, stokin dan lain-lain lagi. Dekat sini semua pakaian sekolah ada, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama, baju berjawatan seperti pengawas, pusat sumber. Baju dalam, seluar dalam pun ada.

Selalunya, kitaorang akan pergi dekat Pusat Pakaian Hari-Hari di Sri Permaisuri. Nad ingat bila datang ni takda la orang sangat, yela mana tau dah beli barang sekolah anak awal bulan 12, tapi sangkaan nad silap, ada juga yang baru membeli macam nad..hehe. Tapi kitaorang ok je, tetap membeli barang sekolah dengan selesa. Saiz semua masih ada lagi.



Kali ni tak beli banyak mana, sebab kakak masih lagi elok baju sekolah dia tahun lepas, jadi tambah mana yang kurang je. Beg sekolah dia dan-dan pulak koyak ye, kena la beli baru. Adik pulak kena cari dari kepala sampai ke kaki. Semua baru buat dia. Kalau boleh semua yang ada dekat Pusat Pakaian Hari-Hari semua dia nak beli..hahaa.


Bagi nad, fabrik baju dekat Hari-Hari sangat berkualiti tinggi dan selesa, baju Fariza tahun lepas dia beli pun masih elok lagi. Suka dengan baju sekolah jenama Jony & Jeny , kainnya yang lembut dan mudah digosok. Tudung pun ada pelbagai jenis, ada selapis dan dua lapis.



Tengokla anak-anak nad ni, bila siap pakai baju sekolah berdua, halah comelnyaa. Muka tu nampak seronok nak dan tak sabar nak masuk sekolah tahun baru. Kakak banyak tolong adik carikan barang sekolah.



Nad suka shopping dekat Pusat Pakaian Hari-Hari, sebab staff dekat sini semua peramah, sentiasa senyum dan tolong kita cari barang. Bila tak jumpa cakap je dengan staff dekat sini, nah siap datang tolong.

Selain itu, harga dekat sini semua berpatutan dan  murah. Harga mampu milik yang semua orang boleh beli dan tidak membebankan.


Selesai beli kelengkapan sekolah untuk anak-anak. Dua orang anak nak belanja RM300. Haritu ada dapat Bantuan sekolah RM150, nad gunakan sebaiknya untuk anak.

Dekat sini, disediakan pelbagai kaedah bayaran, selain bayar menggunakan wang tunai, korang juga boleh bayar secara talian, atau pengimbasan kod seperti QR Pay, Grab Pay, Boost dan lain-lain. Senang kan ada dua pilihan, tunai dan cashless.

Pusat Pakaian Hari-Hari ni sememangnya tempat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah. Mana yang belum selesai beli kelengkapan sekolah anak, hah bolehla selesaikan cepat.

Oh, korang boleh dapat FREEGIFT calendar untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit!

Marilah Pergi Hari-Hari!

95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_ 
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. wah dua2 dh sekolah ye. teruja kan bila anak start sekolah. anak yanie pun start tadika tahun ni

    ReplyDelete
  2. Cx baru nak pergi beli barang si abg dan kakak. Mmg pusat pakaian hari hari adalah pilihan kami juga

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2