hai assalammualaikum

Resepi Ayam Berlado Yang Mudah, Sedap Dan Pedas - Lama betul tak kongsi resepi kan, hehehe. Bukan tak memasak, ada je memasak hari-hari, tapi biasalah, menu yang dibuat sama je. Bila lain baru la kita kongsi dekat blog..hehee. Ayam berlado ni jarang buat, dan selalu buat biasa je, tapi kali ni ada la tambah-tambah sos sikit, suami pun cakap sedap, terus kita kongsi..hahhaa. 

Bila suami puji je baru nak kongsi dekat blog. Yela, bila tak berapa sedap, malas nak kongsi kan, nanti orang buat pun tak sedap. Suami ni cerewet sikit, tu sebab bila dia cakap sedap, memang terus taip dekat blog supaya you all boleh masak, anak-anak i nanti dah besar boleh rujuk mommy punya blog juga bila nak masak..hahaha.




Resepi Ayam Berlado Yang Mudah, Sedap Dan Pedas


Suami ni memang suka jenis pedas-pedas, kalau tak pedas memang dia tak makan sangat. Lauk dia suka, pedas, kari dan bergoreng. Kicap memang dia tak pandang la. Ok malas nak cakap banyak, nad teruskan dengan resepi ayam berlado ni.

Bahan-bahan
- Ayam
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi ( nak lagi pedas tambahla, nak kurang pedas ambik cili padi sikit jela)
- 1 biji cili besar hijau
- setengah kiub ikan bilis
- sedikit belacan
- 1 1/2 sudu sos tiram
- Garam
- Gula ( pilihan)
- Ajinamoto

Cara membuatnya
- Ayam di salut dengan garam dan serbuk kunyit , kemudian goreng sehingga masak. Dah masak ketepikan ayam.
- Cincang kasar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili besar hijau. kasar je tau jangan sampai halus. Pakai je blender kecil tu, senang, atau pun blender tarik-tarik tu. 
Blender kecil battery : Beli di SINI
Blender kecil tarik : Beli di SINI
- Masukkan minyak sedikit di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau.
- Masukkan kiub ikan bilis dan belacan, kemudian gaul sebati
- Masukkan sedikit sahaja air dan sos tiram
- Masukkan garam dan ajinamoto. Gula tu pilihan tau, nak masukkan boleh tak masukkan pun boleh. Macam nad, sejak kawin dengan suami, tak pernah bubuh gula melainkan masak sambal. Tu pun sikit sahaja.
- Masukkan ayam yang dah digoreng ke dalam bahan masakan tadi dan gaul rata.
- Dah siap


Boleh dihidang dekat meja. Senang kan, tak susah pun. Bolehla guna untuk masak masa puasa nanti
SHARE 3 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2