hai assalammualaikum

Buffet Ramadan 2023 Di Menara Kuala Lumpur Bertemakan 'Citarasa Asli' - Syok kan berbuka puasa sambil menikmati panorama Kuala Lumpur waktu sunset dan malam hari. Bulan Puasa kali ni boleh bawak orang tersayang berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 288 meter dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menyelerakan. 

Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur tahun ini bertemakan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’ di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.


Harga Buffet Ramadan 2023 KL Tower

Hari Biasa (iaitu Isnin hingga Jumaat)
Dewasa: RM209.00 
Kanak-kanak: RM159

Hari Minggu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Dewasa : RM229.00 
Kanak-kanak: RM179.00

Tiket percuma Skydeck

Tarikh: 25hb Mac hingga 19hb April 2023
Masa: 6.30 petang hingga 9.30 malam
Lokasi: Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.

Buffet Ramadan 2023 Di Menara Kuala Lumpur Bertemakan 'Citarasa Asli' 


Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1444 hijrah yang bakal tiba, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan Buffet Ramadan tahun ini dengan bertemakan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’ bermula pada 25hb Mac hingga 19hb April 2023, mulai jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.









Pelbagai jenis sajian asli tempatan dan antarabangsa yang lazat dan menyelerakan. Antara menu istimewa yang disediakan oleh Dato’ Chef Ismail di Menara Kuala Lumpur adalah Kambing Bakar, Ikan Bakar Daun Pisang, Siakap 3 Rasa, Nasi Briyani, Daging Masak Hitam dan banyak lagi menu menarik.

Boleh nampak kan, semua makanan macam masakan mak kita. Lauk pauk kampung yang memang menambat hati selera kita. Mana yang rindu kampung, boleh la berbuka puasa di sini. 







Ada juga daging kambing, spageti, kuih muih dan buah-buahan serta minuman panas dan sejuk untuk tetamu.

Menu yang dihidangkan adalah berbeza untuk setiap hari biasa dan hari minggu. 

Sambil makan akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’.Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.


Juga istimewa pada tahun ini adalah, Menara Kuala Lumpur akan memberikan tiket lawatan ke SKY DECK secara PERCUMA kepada para tetamu Bufet Ramadan (harga asal RM71.00 seorang).

Menarik bukan!!. Sebelum berbuka, boleh jalan-jalan dekat Skydeck, atau lepas berbuka jalan-jalan di Skydeck. Ambil moment yang indah ini di Bulan Puasa.



Pertandingan Memasak Bubur Lambuk

Bukan itu sahaja, menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru akan kembali mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk pada Sabtu, 18hb Mac 2023 mulai jam 8.00 pagi di perkarangan Menara Kuala Lumpur.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan pada tahun ini, iaitu 
- Masjid/Surau, 
- Hotel/Restoran 
- Terbuka

Pertandingan ini juga terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang sahaja. Ianya juga terbuka kepada 30 kumpulan terawal yang mendaftar selewatnya pada 15hb Mac 2023. 

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM9,000.00 berserta hamper dan lapan tiket ke Sky Deck Menara Kuala Lumpur menanti pemenang!

Pada masa yang sama, sebagai salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat, bubur lambuk yang telah dimasak akan diagihkan ke rumah-rumah anak yatim dan asnaf sekitar Kuala Lumpur.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 /  atau layari
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2