hai assalammualaikum

Byffer Ramadan 2023 : MAHA BUFFET Iftar Terbesar Di Malaysia 2023 - Untuk pertama kalinya, tahun ini, MAHA Buffet Iftar terbesar di Malaysia diadakan di MAEPS, Serdang. Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia FNB iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. 

Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar & western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang. 


Buffet Ramada 2023 : MAHA BUFFET Iftar Terbesar Di Malaysia 2023


Korang dapat bayangkan tak bagaimana berbuka puasa di dewan MAEPS Serdang? Mesti korang terfikir, apa je yang ada tu? Boleh muat berapa? Bayaran mahal ke murah? Kalau nad bagitau harga dan makanan serta aktiviti apa yang ada, mesti korang tak percaya. Sila baca sampai bawah.





Pada 14 March lepas telah diadakan program FOOD TESTING sempena perlancaran MAHA BUFFET iaitu BUFFET BERBUKA/IFTAR TERBESAR MALAYSIA PADA 2023. Nad datang dan mencuba masakan mereka.






Ni la antara menu yang akan ada di MAHA BUFFET 2023.

Sepanjang program food testing ini, pelbagai jenis makanan dan minuman yang kami nikmati dan rasanya sangat memuaskan hati. Sedap, terasa seperti makan dirumah. Cukup rasa, bahan dan yang paling penting BERSIH. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayang & teliti penyediaanya. Bab makanan ni, kebanyakan memang cerewet tapi saya yakin di MAHA BUFFET, anda tidak akan menyesal. 

Buffet Iftar terbesar 2023 ni digelar sebagai MAHA BUFFET kerana mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari dan 20 stall live cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih.

Paling menarik, di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut menikmati menu berbuka yang lazat dan menepati citarasa anak-anak. 



Ni yang paling best untuk anak-anak. Berbuka puasa di sini, anak-anak takkan bosan. Dengan tagline “Family Friendly Buffet”,mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik. 

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. 


Selain itu, setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan. 

Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Ia memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.

Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang. 

Ada juga tempat istimewa seperti Hot Seat, VIP Area, Birthday Area untuk mereka yang ingin berbuka secara private atau sambut harijadi. Tapi harga berbeza sedikit la.



Harga MAHA BUFFET 
Dewasa : RM89.90 
Kanak-Kanak/ OKU/Warga Emas : RM49.90
PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah
Tarikh: 24 Mac sehingga 20 April
Waktu: 6.30 pm - 10 pm.

Harga sangat berbaloi dan berbaloi kan. Tengokla apa yang ada, angat berbaloi untuk datang bebruka puasa di sini.

- 200 jenis menu pelbagai jenis
- Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
- 2 mega Kids area 
- Persembahan artis nasyid terkenal
- Perkongsian penceramah terkenal tanah air 
- Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya 
- Parking PERCUMA 
- Surau yang luas & selesa

Buat tempahan di https://linktr.ee/munstermalaysia Apa tunggu lagi, booking cepat!! Lagi beberapa hari je nak puasa. 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2