hai assalammualaikum
Buffet Ramadan MZ 2023 Bertemakan Citarasa Antarabangsa Dengan Harga Berpatutan - Bulan Ramadan hampir tiba, mesti ramai tak sabar nak tunggu Ramadan kan. Ramadan ni mesti ada yang tercari-cari tempat Buffet Ramadan yang sedap, murah dan pastinya selesa untuk berbuka puasa. Yela, dalam sebulan tu mestila nak bawak orang tersayang buka di luar, dan paling senang makan buffet, sebab ada banyak pilihan makanan yang disediakan. Korang boleh pergi ke buffet Ramadan MZ bertemakan Citarasa Antarabnagsa.
Tahun ini MZ akan adakan di 3 buah Dewan MZ iaitu
1) MZ Garden Hall Bangi
2) MZ D'Tasik Hall Uniten dan terbaru
3) MZ Fountain Hall, Kg. Sg. Ramal Luar, Kajang
Tahun lepas nad pergi ke MZ Gaden Hall Bangi, memang cantik dan selesa tempatnya, makanan pun sedap-sedap belaka. Baca komen, ramai puashati dengan tempat dan makanan yang disediakan. Tahun ni, yang dah pergi boleh pergi ke dewan baru pulak, manakala yang belum pergi, pilih 3 dewan ni dan pergi berbuka puasa. Nak pergi tiga-tiga dewan pun boleh..hehee.
Semestinya korang nak tau harga Buffet Ramadan MZ ni kan, hah ni harganya.
Harga Buffet Ramadan MZ 2023
Dewasa : RM 66 Per head
Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun), OKU dan Warga Emas : RM 30
Special price untuk group 100 pax ke atas
Tarikh: Bermula 25hb Mac sehingga 17hb April
Bagi Dewan MZ D'Tasik bermula 1 April sehingga 17April
Untuk tempahan boleh contact 0163266464 ( wasap.my/60163266464/bookingbuffet )
Buffet Ramadan MZ 2023 Bertemakan Citarasa Antarabangsa Dengan Harga Berpatutan
Setiap kali pergi Buffet Ramadan MZ ni, memang terpegun dengan dekorasi dewannya. Dewan MZ ni memang digunakan untuk majlis perkahwinan, jadi bila buka puasa sini, seperti datang kenduri kawin sahaja..hahaa. Dewan MZ ni sesuai juga untuk jamuan raya, pertunangan, dinner dan macam-macam lagi. Dekorasi bunga-bunga, susun atur serba putih, persekitaran yang menarik, dewan yang selesa dan beraircond. Dengan tema Citarasa Antarabangsa, MZ menawarkan pelbagai jenis makanan dengan harga yang sangat berpatutan.
Di MZ, mereka menyediakan lebih daripada 100 pilihan menu, pelbagai stall hidangan dan live stall pastinya semua hidangan ni menetapi citarasa.
Antara hidangan yang ada pastinya port Kambing Golek. Kambing yang dibakar dan dihidangkan bersama coselaw dan kentang dan kuah blackpepper. Sedap ye kambingnya, sama je macam tahun lepas. Selain kambing bakar, ada juga Ikan Bakar dan Roti John.
Pelbagai lauk dihidangkan bersama nasi putih dan nasi briyani. Lauk yang ada seperti Paru Berlada, Telur Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, Sambal Udang Petai, Kerutuk Daging. Ayam Masak Cili Api dan macam-macam lagi.
Ada juga ulam-ulaman kampung segar, kerabu, Tauhu Sumbat, rojak buah dan aneka sambal dan keropok.
Selain itu, ada spaghetti.
Menu raya seperti lemang, Nasi Impit dan rendang, Laksa Kedah, CharKuew Teow pun ada disediakan di sini. Rendang dia sedap weii, serius, sedap.
Bahagian pencuci mulut dan kuih muih tradisional di tengah-tengah dekorasi, sangat cantik. Ada kuih Cara Berlauk, kek, buah-buahan dan banyak lagi.
Bila buka puasa, mestilah air yang dicari..hehee. Dekat MZ, ada macam-macam jenis air yang korang boleh rasa, ada air sejuk dan panas, Cendol dan ABC.
Sambil menikmati makanan, akan didendangkan dengan live band, persembahan di pentas.
Dekat sini banyak kemudahan disediakan, tandas yang bersih, parking yang banyak, dan surau untuk menunaikan solat.
Hah, masukkan Buffet Ramadan MZ dalam list lokasi buka puasa 2023 korang. Bawak keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa di sini.
MZ GARDEN HALL, BANGI :
Lokasi : https://goo.gl/maps/xFkVjqzMYjgdoU859
Gambaran Suasana : rebrand.ly/a1313l1
MZ D'TASIK HALL UNITEN, KAJANG :
Gambaran Suasana : rebrand.ly/z7m1wyg
MZ FOUNTAIN HALL, KG. SG. RAMAL LUAR, KAJANG :
Gambaran Suasana : rebrand.ly/72ifgku
Insya-Allah korang tidak akan rugi makan disini! MAKAN LAH KORANG SAMPAI PUAS !
Untuk tempahan, korang boleh Whats Up
Add your comment