hai assalammualaikum

Drama Derhaka Sebuah Cinta, Kisah Rumahtangga Yang Tersakiti - Sekarang pun tengah isu hangat kan, suami curang, suami kawin lain secara senyap-senyap, suami abaikan isteri pertama, suami rasa dia je yang betul, isteri je yang salah. Keluar pulak drama Derhaka Sebuah Cinta ni dekat Astro Ria. Ingat taknak tengok, sebab tengok sinopsis, paham dah jalan cerita, tapi terlayan juga. Dah layan episod 1, tengok pulak episod lain. Kalau dah cerita pasal kawin dua ni, memang sakit hati, tambah perangai suami yang ego, yang ada penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD). 

Narcissistic Personality Disorder (NPD) ni individu yang sentiasa merasakan dirinya betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain dan memiliki sifat empati yang rendah dalam hampir semua perkara. Orang macam ni suka salahkan orang lain, padahal dirinya yang salah.


Walaupun sakit hati, tetap layan sampai episod 10..hhahahhaa. Tengok sorang-sorang la, tak boleh dengan suami, nanti lain jadinya..hehee.


Drama Derhaka Sebuah Cinta, Kisah Rumahtangga Yang Tersakiti


Drama ni memang kena dengan isu artis sekarang yang kawin dua, cerai isteri, yang curang. Suamanya disebabkan suami. Itu apa nad rasalah lepas tonton drama ni..hehee. Nad tengok cerita ni pun sebab ada Zara Zya. Nad suka tengok dia berlakon. Lakonan dia sempoi, lembut je.

Drama Derhaka Sebuah Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Zara Zya, Intan Ladyana, Nazrief Nazri, Sabhi Saddi, Nur Syuhada, Sahronizam Noor, Farisha Irwayu, Zulkifli Ismail, Aleesya dan ramai lagi.

Dato Aaron Aziz sebagai Azmir
Zara Zya sebagai Dahlia
Intan Ladyana sebagai Kyra
Nazrief Nazri sebagai Naufal
Sabhi Saddi sebagai Doktor Izzudin
Nada Nursyuhada sebagai Junita
Sahronizam Noor sebagai Dato Norman
Farisha Irwayu sebagai Datin Karmila
Zulkifli Ismail sebagai Haji Tahir
Alessya sebagai Qaliha

Dalam drama yang ada sifat Narcissistic Personality Disorder (NPD) ialah Aaron Aziz atau dalam lakonan, namanya Azmir. Watak Azmir ni tinggi egonya, dan cara percakapan dan pemikiran sangatla tak matang. Dengan bapa mertua pun dia boleh lawan apatah lagi dengan isteri. Azmir ni sangat tak bertanggungjawab dekat isteri dia, nafkah tak bagi, tinggalkan isteri dekat kampung. Di mata Azmir, dia sahaja yang betul, orang lain yang salah. Sedangkan apa dia buat, memang terang-terang salah. 



Setiap perkahwinan, sifat cemburu tu mestila ada, tapi si Azmir ni suka salahkan Naufal nak goda isteri dia.. Yela, Naufal rapat dengan Dahlia dan Pak Tahir dari dulu lagi. Azmir pun sikit-sikit salahkan isteri dia. Dahla balik Kuala Lumpur pun tak bawak Dahlia sekali. Haishh geram je, sibuk nak kawin tapi kau tak bawa isteri tinggal sekali. Paling geram, alasannya tak sudah-sudah tak cukup duit. Kalau tak cukup duit, kenapa perlu kawin kan.

Pandai pulak dekat Kuala Lumpur, curang dengan perempuan lain. Pandai guna watak lembut, manis percakapan dia tu nak pikat orang lain. Pikat pulak kawan baik Dahlia, Kyra. Memang cari masalah betul ye. Kyra tak salah, sebab dia tak tau Azmir suami Dahlia.


Lepas dah kawin dua, isteri pertama tetap diabaikan. Bila dua-dua mengandung menyusahkan lagi isteri pertama. Banyak menderita isteri pertama jela. Lagi teruk, boleh ye dia tukarkan anak Dahlia dengan anak Kyra yang meninggal. Memang takda unsur kasihan langsung. 


Part masa isteri pertama diceraikan memang puas ye. Yela, tak perlu lagi dengan laki ego tinggi, rasa dia betul je. Dahlia memang kuat. Naufal dan kak Junita banyak bantu. Sampaila dia berjaya. Tapi cerita tak sampai situ je..hehe. Mesti la Dahlia kena tau pasal anak dia semua tu, Kyra pun kena tau pasal suami dia tu.

Paling menyampah bila ada kawan baik yang komplot sama-sama tolong. Dah tau kawan tu salah, tetap nak simpan rahsia.

Nad rasa nanti Azmir dapat kifarah dia. Orang yang buat salah ni pasti akan terima balasan. Jadi suami di luar sana, jagala isteri anda sebaiknya.

Nak cerita lagi panjang, maca tak syok pulak kan. Korang tengokla drama Derhaka Sebuah Cinta ni dekat Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam. Kalau ada Astro On Demand, Astro On The Go, hah boleh tengok dekat situ juga. Takda iklan..hehee.


Sinopsis Drama Derhaka Sebuah Cinta

Mengisahkan Dahlia yang memilih kekasih hatinya, Azmirsebagai suaminya walaupun pada masa ini bapa mertuanya tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Namun terpaksa akuh dengan kehendak anak perempuannya. Semasa dalam perkahwinan, Dahliatidak mengetahui Azmir dalam diam berkahwin dengan Kyra yang merupakan kawan baikknya sendiri.

Dahlia dan Kyra mengandung dan sakit mahu melahirkan anak. Dahlia melahirkan dnegan cukup bulan manakalah Kyra melahirkan dengan tidak cukup bulan. Pada masa tu Azmir mendapati anak Kyra telah meninggal dunia, dan telah menukarkan anak Dahlia kepada Kyra. Dahlia tidak tahu perkara sebenar kerana ketika melahirkan dia datang ke Kuala Lumpur sendirian ingin berjumpa Azmir, tapi tak sangka sakit nak melahirkan. Tidak dibawa ke hospital, Azmir berpakat dengan bidan untuk menyambut bayi Dahlia dan berpakat menyatakan anaknya telah meninggal dunia.

Akibat kekecewaan tersebut, Dahlia merancang untuk membalas dendam dan memusnahkan kebahagian Azmeer berama isteri barunya tersebut.

Betul ke Dahlia membalas dendam? Saksikanlaaaa....
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2