Assalammualaikum
Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Sukar Tidur Dan Stres - Kehidupan sekarang lebih mencabar, banyak perkara yang boleh membuatkan kita jadi stres. Punca utama stres sering kali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi disebabkan kerana masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Stres yang tidak dikawal boleh memudaratkan emosi, fizikal dan menyebabkan kita sukar tidur waktu malam sehingga ia mengganggu mood kita seharian.
Kurang rehat dan tidur yang tak cukup boleh mengganggu urusan seharian kita. Badan akan jadi cepat letih, sakit kepala dan mood juga akan terganggu. Apa kita buat semua jadi tak kena. Stres yang berterusan bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.
Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Sukar Tidur Dan Stres
Nad nak kongsikan pengalaman Nad berkaitan topik stres ni. Sebagai seorang isteri dan seorang ibu, Nad sendiri tak boleh lari daripada stres. Menguruskan rumah tangga memerlukan kesabaran yang tinggi untuk Nad memastikan keluarga Nad sentiasa harmoni dan membesarkan anak dengan didikan dan kasih sayang yang mencukupi. Ramai yang kecundang dalam bahtera rumah tangga kerana tidak dapat mengawal stres dengan baik dan akhirnya menjadi perceraian.
Ada masa juga Nad stres, namun Nad sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk mengawal stres Nad. Memang kita tak boleh lari daripada stres, tapi kita boleh mengawal stres daripada terus menguasai kita. Buatlah aktiviti seperti senaman, tengok cerita lawak ke, atau apa sahaja sahaja yang boleh kita lupakan masalah yang kita hadapi seketika. Buat aktiviti penat di siang hari, malam tu kita rehat secukupnya dan cuba tidur awal. InsyaAllah, kehidupan akan jadi lebih baik.
Kawal Stres Dengan Tidur Yang Cukup
Salah satu punca stres adalah kurang tidur. Jadi kita perlu dapatkan tidur yang secukupnya untuk mengurangkan stres supaya minda kita dapat rehat. Tapi bagaimana nak mudah tidur dan dapatkan tidur yang lena jika kita stres dan banyak fikirkan?
Nad nak memperkenalkan Eskayvie Mindtropic iaitu produk yang boleh membantu kita mudah tidur dan dapatkan tidur yang nyenyak. Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan.
Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi untuk membantu menyokong kesihatan minda dan memudahkan penggunanya mengatasi masalah susah tidur serta mendapatkan tidur yang nyenyak.
Bahan Utama Eskayvie Mindtropic
Eskavyie Mindtropic menggunakan 5 bahan utama yang mempunyai banyak kebaikan dan manfaat untuk atasi masalah susah tidur, dapat tidur lebih nyenyak, kurangkan stres, kawal anxiety dan banyak lagi.
1. PHOSPHATIDYLSERINE
- Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.
- Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal.
- Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.
2. ASHWAGANDHA KSM-66
- Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
- Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
- Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
- Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
3. BACOPA MONNIERI
- Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
- Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
- Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
4. MAGNESIUM
- Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.
- Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
- Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
5. SELENIUM
- Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
- Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
- 100% Bahan Semula Jadi
- Rasa Tropika Yang Enak
- Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
- Tanpa Gula Tambahan
- Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award
Manfaat Eskayvie Mindtropic
- Mengatasi gejala Brain Fog (kabut otak)
- Merangsang perkembangan sel otak
- Menguatkan memori
- Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
- Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
- Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
- Menjadikan lebih ceria & gembira
- Meningkatkan kesihatan tulang & otot
Cara Pemakanan
- Eskayvie Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.
- Bagi orang dewasa 18 tahun ke atas, disyorkan untuk mengambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.
- Bagi kanak-kanak berumur 13-17 tahun disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
- Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30C dan terlindung daripada cahaya kelembapan.
Maklumbalas Pengguna Selepas Mencuba Eskayvie Mindtropic
Sejak dilancarkan di pasaran tahun lepas, Eskayvie Mindtropic telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan banyak maklumbalas telah diberikan oleh pengguna.
Di bawah ni Nad ada kongsikan antara maklumbalas pengguna yang dah cuba dan amalkan Eskayvie Mindtropic.
Sebelum ni selalu rasa stres dan cepat naik angin disebabkan terpaksa cover kerja orang lain yang bercuti. Tapi sejak mengamalkan Eskayvie Mindtropic, beliau mampu buat kerja dengan cool. Malam tidur lambat dan bangun awal pun tiada masalah kerana tetap rasa fresh dan bertenaga.
Sebelum ni susah nak bangun pagi. Kunci jam 5 pagi pun terlajak bangun tidur sebab selalu tekan snooze. Tapi sejak mengamalkan Eskayvie Mindtropic dapat tidur lebih lena. Alarm berbunyi pukul 5 pagi terus bangun dan dapat mulakan hari dengan ceria dan bertenaga.
Puan Ayuni, 30 tahun seorang suri rumah sepenuh masa. Bermula dengan masalah susah nak tidur, beliau cepat moody dan mudah marah. Beliau juga pernah positif dan kesannya, beliau cepat lupa dan ada masalah brain fog. Alhamdulillah! Kini Puan Ayuni mampu tersenyum gembira. Beliau kembali ceria, tak cepat lupa dan sentiasa bersemangat menjalani hari-hari di samping keluarga tercinta.
Kawal Stres Dengan Semburan Aromaterapi Eskayvie Neuscential Calme
Baru-baru ni Eskayvie telah melancarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Neuscential Calme yang boleh digunakan bersama Eskayvie Mindtropic untuk membantu tidur lebih mudah dan mendapatkan tidur yang lebih lena. Selain dari membantu atasi masalah tidur, semburan aromaterapi Eskayvie Neuscential Calme juga boleh membantu mengawal stres, mengawal anxiety dan memberikan mood positif kepada pengguna yang menggunakannya.
Maklumbalas penggunaan Eskayvie Neuscential Calme dari Pn Nurizzati, 45 tahun berkongsi beliau kini dapat tidur dengan lena dan lebih bertenaga selepas bangun pagi.
Korang yang ada masalah susah tidur waktu malam, tidur tak lena, sering terjaga waktu tidur, selalu stres, cepat naik marah dan ada anxiety boleh cuba guna Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Neuscential Calme. Mana tahu, dengan penggunaan 2 produk berkualiti dari Eskayvie ni boleh membantu menyelesaikan masalah yang korang hadapi tu.
Stres kalau tak dapat tidur malam lagi-lagi kalau keesokan harinya tu ada banyak kerja dan aktiviti perlu dibuat. Bila tidur yang tidak mencukupi, memang badan dan minda kita akan keletihan. Jadi, untuk mulakan hari seterusnya dengan ceria dan bertenaga kita wajib dapatkan tidur yang berkualiti setiap hari. Barulah kita rasa bersemangat dan ceria untuk menghadapi hari seterusnya.
Korang yang berminat nak cuba atau nak tahu lebih lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Neuscential Calme ni bolehlah klik pada link di bawah ni.
WEBSITE
INSTAGRAM
FACEBOOK
#EskayvieMindtropic #JanganStresStres
Add your comment