hai assalammualaikum

Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Anak, Selesa Dan Tahan Lasak - Alhamdulillah, persediaan  kelengkapan sekolah anak untuk sesi persekolahan Tahun 2023 dah selesai. Dari baju sekolah, beg sekolah sampai la kasut sekolah. Masuk alam persekolahan baru, mesti semua nak baru, bagi anak semangat nak pergi sekolah..hehe. Kasut sekolah la antara yang nad titiberatkan. Penting pilih kasut yang betul untuk anak ke sekolah bagi keselesaan semasa memakai seharian dan tahan lasak. Dalam banyak-banyak kasut, kasut sekolah Pallas Jazz pilihan anak. 

Dulu waktu nad sekolah pun guna kasut Pallas, kali ni, anak pun pilih kasut sekolah Pallas. Kasut Pallas sekarang designnya trendy, ada macam-macam jenis. Ada yang jenis lekat, yang bertali dan lain-lain. Harga mampu milik, selesa di pakai seharian, berkualiti dan mudah didapati di mana-mana sahaja, sama ada boleh beli di kedai atau online.



Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Anak, Selesa Dan Tahan Lasak


Punya seronok Fariza, bila dia dapat kasut baru walaupun dah darjah 2. Macam nad cakap tadi, nak bagi dia semangat ke sekolah..hehehe. Kasut sekolah Pallas ni, Fariza yang pilih sendiri. Dah besar kan, semua benda nak pilih sendiri. Untuk Kasut sekolah Pallas ni, Fariza pilih jenis lekat. 

Bagi budak macam dia, memang sesuai la kasut sekolah jenis lekat, takdala huru hara bila nak pakai nanti. Pilihan dia Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0210 warna hitam dengan harga RM 45.99. Nad pilih saiz 11 untuk Fariza. 



Ciri-Ciri Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0210

- Kasut Pallas Jazz jenis lekat ,Velcro Strap mudah untuk dipakai.
- Bahagian atas kanvas tahan lasak untuk pemakaian tahan lama
- Foam lining untuk perlindungan keselesaan tambahan
- Tapak yang lembut untuk keselesaan dan perlindungan tambahan
- Alas Tapak khas dengan "Arch Support" melegakan ketegangan pada otot kaki dengan Tapak kasut"Better Rebound" mengurangkan tekanan pada kaki dengan kejutan semula jadi
- Sangat ringan yang terbukti "X-Light"


Kasut Pallaz Jazz Single Velcro Strap 205-0210 pilihan Fariza. Nampak bergaya, dan ringkas. Kasut Pallas Jazz ni nampak je macam berat tapi tidak ye. Ia sangat la ringan apabila dipakai. Bila Fariza lari pun, laju je. Memang selesa dan tak sakit kaki untuk pakai seharian di sekolah dengan tapak "Arch Support: dan "Better Rebound" yang ada pada kasut Pallas ni. Nak buat aktiviti apa pun selesa sahaja. 



Design kasut ni jenis ventilation system-pengudaraan yang baik. Alas tapak kasut warna biru tu boleh dicabut tau. Senang nak dicuci dan permukaan kasut dengan material yang cepat kering.

Tapak kasut sekolah Pallas pun bukan jenis licin, jadi tak risau bila dia berlari, takdala jatuh atau tercabut ke.

Design Velcro Strap ni sangat memudahkan Fariza untuk memakai. Jimat masa untuk bersiap ke sekolah nanti. Senang Fariza pakai dan uruskan sendiri. 

Kita ni, mestila nak memudahkan kerja anak, bukan menyusahkan kan..hehe.

Kasut Sekolah Hitam Pallas Terbaik

Bila pakai kasut warna warna hitam ni, memang menyenangkan mak-mak ye. Yela, tak nampak kotornya berbanding pakai kasut sekolah wana putih. Memang terbaik la kasut sekolah hitam Pallas ni, buakn setakat berkualiti, tahan lasak, tapi mudah kering apabila dibasuh.


Senyum meleret sampai ke telinga Fariza bila dapat kasut sekolah baru ni. Dia pun berpuas hati dan menetapi citarasa dia. Yela, yang pakai pun dia, apa-apa, mestila tanya dia selesa atau tidak. Bila dia selesa, kita pun senang hati. Kasut sekolah hitam Pallas memang terbaik, jenama yang diyakini sejak dahulu lagi dan semestinya tahan lasak.

Hah ibu ayah dah siap belum persediaan kelengkapan anak-anak? Kalau belum beli kasut lagi, boleh beli kasut sekolah Pallas ni. Boleh dapatkan kasut Pallas di pasaraya berhampiran di AEON, Mydin dan Lotus. Bila datang kedai, boleh tengok depan-depan, pakai dan rasa kan. 


Nak lagi mudah jimat masa dan tenaga, boleh beli secara online di www.wow2wee.com

Untuk ketahui lebih lanjut,boleh layari
SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Fariza nampak dah big sister sangat dan kasut tu nampak selesa sangat

    ReplyDelete
  2. Comel Fariza pakai kasut tu. Smart!

    ReplyDelete
  3. memant bagus kasut pallas ni,jenama lejen

    ReplyDelete
  4. Jenama ni mmg tahan lama

    ReplyDelete
  5. Salah satu jenama yang memang menjadi pilihan ramai. Terbaik.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan pengalaman harga mampu milik tu. Mudah kan nadia beli online je. Dah sampai. 🥰👍

    ReplyDelete
  7. Pallas antara kasut sekolah yang menjadi pilihan ramai .. Kasut legend sejak zaman KakYa sekolah lagi ... Wah bergaya sungguh kakak fariza dengan kasut sekolah Pallas ..

    ReplyDelete
  8. Alaaa nape comel sangat ni, nak pegi sekolah pun comel ke berkasut pallas ;)

    ReplyDelete
  9. Kasut Pallas nie yang best harga mampu milik, design sangat trendy dan paling best selesa bila dipakai.

    ReplyDelete
  10. Betul betul betul. Beli atas talian lebih mudah. Takyah bersesak kat kedai

    ReplyDelete
  11. Comel je fariza, siap silang kaki... Selesa sangat lah tu

    ReplyDelete
  12. Akak memang setia dengan pallas sejak dari zaman sekolah lagi.. sekarang untuk anak-anak pun akak pilih kasut sekolah pallas juga. Kasut sekolah pallas memang terbaik dan tahan lasak!

    ReplyDelete
  13. Bila basuh kasut sekolah pallas ni memang cepat kering. Tambah bila ada aktiviti PJ tu kan anak k.sal kata kaki tak rasa sakit langsung berbanding kasut brand lain. Recommended !!

    ReplyDelete
  14. Saya pun suka kasut Jazz ni. Pakai kasut ni masa sekolah dulu-dulu. Sekarang anak pulak pakai kasut Pallas ni. Memang jenama yang sangat diyakini dulu sampai sekarang

    ReplyDelete
  15. bagusnye ada arch support. tak sakit kaki

    ReplyDelete
  16. Kasut Pallas memang terkenal dengan ketahanannya yang luar biasa dan keselesaan yang diberikan kepada pengguna. Anak-anak Tini memang suka pakai kasut Pallas. Best katanya.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2