hai assalammualaikum

Rangkaian Produk GKB Untuk Kesihatan Perut Dan Usus - Ada seorang akak ni, bila nampak nad makan mesti dia cakap ,'akak suka betul tengok kau makan nad, berselera sungguh'..hahaha. Pantang nampak makanan depan mata, asal sedap mesti makan. Tanpa sedar, berat badan pun dah mula naik. Bukan itu sahaja, kadang masalah sembelit, perut kembung pun terjadi.

Dengan umur yang makin meningkat, tambahan dengan kesibukan kerja, macam-macam penyakit boleh datang. Mula risau dengan keadaan ni, mula la cari rangkaian produk untuk kesihatan perut dan usus, dan nad jumpa produk probiotik GKB daripada kenalan. 

Tak teragak nak cuba, nad pun amalkan rangkaian produk GKB ni untuk usus yang sihat, cantik dari dalam dan luar. Penambahan probiotik yang sesuai boleh membantu mengekalkan kesihatan, meningkatkan fungsi penghadapan dan meningkatkan sistem imun badan kita.




Rangkaian Produk GKB Untuk Kesihatan Perut Dan Usus


GKB (GK BIO International Sdn. Bhd) mula ditubuhkan pada tahun 2018 adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Tujuan utama GKB untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan.


Setiap produk GKB diyakini selamat, berkualiti, diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF, GMP, TQF, Halal dan sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA dan pebagai lagi. Produk GKB mengikut standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi. Sebab tu, ramai dah ambik produk GKB ni.

Kultur probiotik dan cendawan yang digunakan GKB dapat meningkatkan fungsi fisiologi dan membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan,meningkatkan metabolisme dan imuniti. GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya dan memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan. 

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.


Nad kongsikan rangkaian produk GKB yang nad amalkan untuk kebaikan usus dan perut ni. 

1) GKB Probio+ (Untuk Memperbaiki Usus)


Perut kita ni dah terisi dengan macam-macam jenis makanan. Bila dah banyak makan mulalah senak perut, tak pun kena sembelit. Faham--faham jela kalau sembelit tu, sakit bukan main. Macam nad alami sembelit ringan, dan nad ambil GKB Probio+ untuk atasi masalah sembelit ni. Lepas amalkan GKP Probio+ ni sembelit pun tiada. Perut pun rasa selesa je dan tak meragam.

Kalau korang nak tau, GKB Probio+ dapat membantu memperbaiki usus kita. Bila makan dan banyak, mestila kena jaga usus kita ni. Didatangkan dalam bentuk sachet, mudah di bawa ke mana-mana. Cara makan pun mudah, boleh telan terus, ia tak menyebabkan korang tercekik pun. Sebab bila masuk dalam mulut dia akn cair terus. Boleh juga diambil dengan campur bersama air atau jus. Oh korang juga boleh masukkan GKB Probio+ ni dalam makanan tau. 


GKB Probio+ mengandungi 5 jenis bakteria probiotik dan 4 jenis prebiotik yang membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit birit. Ia memberi perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan.

Setiap sachet mengandungi 20 billion jumlah bakteria probiotik hidup sesuai untuk penjagaan harian usus. Korang yang alami sembelit ringan dan senak perut yang ringan disarankan untuk ambil GKB Probio+.

2) GKB Probizymes (Untuk Mengurangkan Gastritis)


Rutin harian yang sibuk, sampai waktu makan pun tak teratur. Kadang terlewat makan, mula la terkena gastrik. Takla teruk, tapi kalau dibiarkan takut melarat. Nad minum GKB Probizymes ni untuk mengurangkan gastrik. Macam suami pun mudah kena gastrik. Kitaorang minum GKP Probizymes untuk masalah gastrik ni. Gembira ye, lepas ambil GKB Probizymes, makan lewat pun gastrik takda.


Cara nak ambil pun senang. Ambil satu sachet dan campur dengan segelas air. Boleh terus minum. Insyallah, masalah gastrik hilang.


GKB Probizymes diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan. 

3) GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 (Untuk Mengurangkan Minyak dan Mengurangkan Kalori)


Kita ni kalau bab makan memang tak boleh lari. Nampak makanan viral, mesti nak cuba, makanan bergoreng, lagi yang bercheese, pergh favourite betul. Sebagai food blogger lagila kena makan, sebab nak kongsi dengan pembaca. Sedar tak sedar badan pun naik. Hah, masa tu gelabah la ye..hahaha. Mujur nad jumpa produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3. Nak makan sedap, makan makanan manis, pun dah tak risau. Sebab dengan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ia merupakan satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak. Nad perasan, perut pun makin mengempis.

Hasilnya berbeza ye tengok setiap individu. Mungkin ada yang lambat, ada yang nampak kesan lepas makan sebotol. Ikut badan masing-masing. 

Kenala konsisten ambil untuk result yang mantap..hehee. Siapa taknak kurus dan bentuk badan langsing kan. Dah nampak perubahan sikit tu, kira berkesanla produk ni. Lagipun haritu nad cek dekat klinik, kolesterol nad naik, jadi, kenala usaha turunkan.


Produk ni dalam bentuk kapsul, makan sekali sehari selepas makan.

Produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ni viral ya dekat tiktok tu. Ia mengandungi Lactobacillus Plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolesterol, trigliserida).

Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing, serta meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebakan oleh cahaya matahari

Ketegangan probiotik ini telah memenangi lebih daripada 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura dan Taiwan. 

Selain itu, produk ini sesuai juga untuk orang yang ingin kekalkan bentuk badan dan mereka yang mengalami masalah sembelit ringan atau masalah kulit kering. Selain dapat meningkatkan kesihatan usus dan perut, produk ini mengurangkan kedutan kulit, serta meningkatkan kesihatan dan keanjalan kulit. 

4) GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus (Untuk Memperbaiki Kulit)


Kehidupan nad yang sibuk, nak jaga kulit muka pun tak sempat. Dengan keadaan cuaca kejap panas kejap sejuk, buat kulit jadi kering. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus banyak bantu nad untuk menjaga kulit muka dan imunisasi badan.

Nad suka bawa kemana-mana GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni, sebab nak makan pun terus kemam sahaja.


Produk ini untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis, mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitiviti kulit dan meningkatkan kesihatan kulit. 

Ia juga dapat mencegah jangkitan alat kelamin wnaita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. 

Korang pernah kena penyakit UTI, sejenis penyakit dalam saluran kencing. Bahaya juga tu. Hah, GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus boleh atasi masalah itu juga.

5) GKB G-Pro Gold (Untuk Mengurangkan Sembelit)


Kerja yang terlalu banyak, tidak teratur dan tekanan, mudah untuk kita dapat penyakit sembelit. Selain suami, nad belikan GKB G-Pro Gold untuk mak. Diaorang cakap makan ni lega sangat perut. Senang je nak consume, ambil 1 kapsul sekali sehari.

GKB G-Pro Gild mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 billion jumlah bakteria probiotik hidup yang boleh meningkatkan flora usus. 

Produk ini membantu memperbaiki usus dan sesuai untuk orang ramai termasuk mereka yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. Probiotik membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus untuk mebantu mengurangkan kemdirian bakteria patogen dengan itu meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan kejadian keradangan usus. 

Hah, selama amalkan GKB produk, alhamdulillah, masalah perut dan usus makin baik. Nad rasa makin bertenaga, sihat dan cantik. Korang boleh amalkan produk GKB ni, untuk kesihatan perut dan usus korang. Tapi bukan semata ambil makanan tambahan sahaja, kenala kekalkan gaya hidup yang sihat dan jaga pemakanan untuk kesan yang lebih baik.


Nak dapatkan produk GKB, korang boleh beli di 
GKB Official Selling Platform:
All major pharmacies in Malaysia, including
Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai GKB boleh layari
Website : www.mygkb.com
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2