hai assalammualaikum

SEEKscapes by Jobstreet : Peluang Belia Mencari Pekerjaan Dengan Cara Menyeronokkan - Haritu nad pergi ke event SEEKscapes anjuran Jobstreet. SEEKscapes merupakan inisiatif yang bertujuan menyediakan platform untuk golongan belia belajar dan memahami personaliti mereka dengan cara yang menyeronokkan serta memberi peluang kepada belia untuk mencari pekerjaan dan menunjukkan bakat mereka.


SEEKscapes by Jobstreet berlangsung selama dua hari ini, (4 dan 5 Mac 2023) merupakan anjuran platform gergasi peluang pekerjaan iaitu Jobstreet by SEEK dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan.



Jobstreet SEEKscapes : Peluang Belia Mencari Pekerjaan Dengan Cara Menyeronokkan 

Event SEEKscapes ni memang sangat menyeronokkan. Masuk je di SEEKscapes, pengunjung boleh  bermula dengan kuiz personaliti yang akan membantu menjana maklumat grafik digital tentang diri korang dan beberapa cadangan kerjaya yang sesuai. Bagus juga, sebab boleh taula sedikit sebanyak tentang diri dan kerjaya tu.


Pada 4 Mac 2023,  Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah melancarkan SEEKscapes by JobStreet yang telah diadakan di Sentul Depot Kuala Lumpur. 


Pada majlis pelancaran, YB Hannah Yeoh, sempat bercerita bagaimana permulaan beliau dalam industri pekerjaan dan boleh menceburi politik. Walaupun keputusan SPM yang kurang cemerlang, tetapi beliau terus berusaha mencapai sesuatu. Sentiasa mencuba apa sahaja pekerjaan yang mampu dilakukan sehingga la beliau berani untuk masuk dalam dunia politik. Sangat terinpirasi apabila beliau bercerita. 

Event sebegini adalah contoh terbaik menunjukkan perkongsian sektor awam dan swasta membuka peluang pekerjaan kepada golongan dan menujukkan bakat mereka dalam menceburi bidang pekerjaan. SEEKscapes bukanlah pameran kerjaya yang biasa kita lihat tetapi inisiatif membina negara untuk belia menemui diri mereka sendiri dan mendapatkan pandangan tentang perkembangan peribadi mereka, sambil meneroka peluang kerjaya yang sesuai dengan minat dan kekuatan mereka.


SEEKscapes by JobStreet juga diserikan dengan ceramah yang menampilkan penceramah seperti En.  Mazlan bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan dari Kementerian Belia & Sukan, Dr. Jason Leong, doktor perubatan Malaysia sendiri yang kini menjadi pelawak Seluruh Dunia dengan dua komedi istimewa Netflix, Pete Chareonwongsak, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Caroline Wee, VP Brand &  Strategi Tealive, Ungku Liza, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life (Boost), David Leung, Naib Presiden Operasi Hotel di Genting Malaysia, AI Irwan Fikri, Pengurus Latihan Sports Direct dan Woie Hern, Ketua Creative APAC VAYNERMEDIA yang telah berada di  permainan pengiklanan selama lebih dua dekad dan lebih.


SEEKscapes by Jobstreet platform terbaik untuk belia menunjukkan bakat dan kekuatan yang ada pada diri. Mengenali personaliti, semangat dan minat mereka. Pertama kali melangkah ke alam pekerjaan adalah pengalaman yang menakutkan, disebabkan itu event ini diadakan untuk membantu mereka memahami personaliti mereka dengan cara yang menyeronokkan.



Pelbagai syarikat ternama join sekali event ni seperti Genting Malaysia, Sports Direct, Teleport, Big BadWolf Books dan Sunway Berhad.

Macam-macam aktiviti dijalankan di situ seperti persembahan live bands, fashion show dan juga pelbagai Food & Beverages yang ada. 


Bagus sangat event SEEKscapes by JobStreet ni. Beri peluang golongan belia mencari pekerjaan dan mengenali personaliti diri serta bakat mereka. Masuk adalah percuma dan korang boleh daftar di http://www.jobstreet.com.my/SEEKscapes Bila daftar, korang berpeluang memenangi 2 tiket ke Tokyo.

Hope lepas ni akan dibuat lagi event macam ni.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2