hai assalammualaikum
Ayam Kilau Menu Baru The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan dan Hari Raya - Wah, The Chicken Rice Shop ada keluarkan menu baru you alls. Sempena Ramadan dan Raya The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup. Nama menu ni unik betul ye, lepas makan kene bersilat ke..hehehhee. Mestilah nad nak cuba, asyik makan ayam sama je selalu kan, tak bestla, kena cuba yang baru ni.
Menu baru 'Ayam Kilau' boleh didapati mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi The Chicken Rice Shop (TCRS). Hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza sama ada nak makan seorang atau secara berkumpulan pada bila-bila masa sahaja.
Ayam Kilau Menu Baru The Chicken Rice Shop Sempena Ramadan dan Hari Raya
Korang boleh menikmati menu set Ayam Kilau ni sama ada di restoran atau di rumah bersama tersayang. Kenapa nama dia 'Ayam Kilau'? Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’ ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.
Nad tak lepaskan peluang untuk cuba menu baru Ayam Kilau ni. Haritu berbuka dengan keluarga nad order Ayam Kilau ni. Bagi nad ayam besar, cukup rasa, diperap dan dan digoreng dengan rangup. Tambah dengan Sambal Hijau Kilau yang pedas dan mengasyikkan. Ya suka dengan sambal hijau ni, memang pedas dan padu ye. Selain itu menu ini disertakan dengan ulaman segar, park choy, sup dan air.
Kalau dah rasa pedas makan Sambal Hijau Kilau tu, minumla air Slurrp Bandung ni. Terus hilang pedas..hehee. Segar je tekak bila dapat minum air ni.
Ayam Kilau TCRS ini datang dengan 3 set berbeza seperti dibawah:
Meal A (Set 1 orang)
- Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
- Sayur Pak Choy dengan sos tiram (saiz kecil)
- 1 mangkuk nasi
- 1 sup
- 1 air minuman Slurpp Bandung*
- Harga: RM28.90
Meal B (Set 2 orang)
- Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
- Satu ayam hidangan saiz individu (Pilihan roast/steamed/soy sauce)
- Nyonya Pai Tee (saiz biasa)
- Sup Sai To Fish Ball (saiz biasa)
- Sayur Pak Choy dengan sos tiram (biasa) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (biasa)
- 2 mangkuk nasi
- 2 sup
- 2 Slurrrp Bandung*
- Harga: RM63.90
Meal C (Set 4 Orang)
- Ayam Kilau (saiz 1/2 ayam)
- Ayam saiz 1/4 (Pilihan: roast/steamed/soy sauce)
- Nyonya Pai Tee (besar)
- Penang Rojak (besar)
- Penang Famous Chicken Rolls (3 keping)
- Sayur Pak Choy dengan sos tiram (besar) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (besar)
- 4 mangkuk nasi
- 4 sup
- 4 Slurrrp Bandung*
- Harga: RM114.90
*Slurrrp Bandung ala carte beharga RM10.90 satu gelas
*Tambah boba untuk minuman pilihan anda dengan harga RM3 segelas
The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.
Hah,korang jangan lupa cuba menu baru Ayam Kilau The Chicken Rice Shop ni tau. Bawak rakan-rakan, keluarga dan saudara makan bersama.
Untuk lebih berbaloi, guna aplikasi sedapZ untuk pembayaran dan jimat RM5 untuk pilihan set Meal B dan set Meal C. Aplikasi sedapZ ni juga menawarkan pelbagai tawaran hebat selain berfungsi untuk pengumpulan mata ganjaran.
Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, boleh layari
Website : www.thechickenriceshop.com
Facebook : https://www.facebook.com/thechickenriceshop
Add your comment