hai assalammualaikum

Banyak Pilihan Baju Raya Di Butik Chenta Lunar Shah Alam Yang Cantik Dan Trendy - Selagi belum raya, selagi tu kita jalan-jalan cari baju raya.. Hehehe. Kali ni, nad cari baju raya di Butik Chenta Lunar di Seksyen 7, Shah Alam. 

Faham-faham jela, Seksyen 7 Shah Alam ni banyak butik baju raya. Memang syurga untuk semua orang cari baju raya dekat sini. Nad pilih Butik Chenta Lunar sebab dekat sini banyak pilihan baju raya yang ada. Lokasi butik betul-betul di hadapan Jakel dan bersebelahan dengan PKNS Biz Point.



Butik Chenta Lunar, Lengkapi Gaya Di Hari Raya : Banyak Pilihan Baju Raya Yang Cantik Dan Trendy 


Masuk je kedai, bersusun baju raya dengan pelbagai design. Bukan sahaja baju raya untuk orang dewasa, baju raya kanak-kanak pun ada. Nak cari pakaian sedondon mak dengan anak perempuan, ada dekat sini. Butik pun cantik dan selesa.


Buat yang mencari kelainan dalam Aidilfitri tahun ini, BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua. Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman. 

Butik Chenta Lunar yang terletak di 65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam ini mula beroperasi pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H.  Butik ini diinspirasi oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya.

Dalam usaha bangkit selepas pandemik, di samping mahu memberikan peluang kerjaya kepada orang ramai. Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang orang ramai.







Tahun ini, Butik Chenta Lunar membawakan variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Rambang mata ye tak tau nak pilih yang mana. 


Berkenan sungguh nad dengan dengan baju peplum warna hitam bercorak ni. 




Design baju raya kanak-kanak dekat sini pun lawa-lawa semuanya. Anak-anak nad pun dah pandai nak mencari baju raya sendiri tu. Diaorang cakap semua cantik baju raya dekat sini.

Halah, halah, halah, comel dan manis ye anak dara kita ni pakai baju kanak-kanak dekat Chenta Lunar ni.


Hah, dekat sini bukan ada baju raya sahaja tau, tapi ada baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar.

Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.


Ada juga dijual beg tangan dan kuih muih di sini. Beg yang anak nad pegang tu beg Chenta Lunar, lawa kan begnya.

Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli belah melebihi RM150 ke atas, tersedia  free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar. 

Promosi Hari Raya

Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Rebutlah peluang ini dengan berjimat tapi mampu tampil meriah di hari raya. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung. 


Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar. 

Menjelang kedatangan Syawal tidak lama, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar yang menjanjikan rekaan dan warna menawan.Sudah tentunya akan memberikan anda sekeluarga banyak pilihan untuk lebih bergaya di hari raya!

Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah. 

Buat yang ingin lebih informasi atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705 atau boleh ke butik di 


Butik Chenta Lunar
65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam
Waktu operasi : 10.00 pagi sehingga 7.00 malam (Isnin tutup). 

Untuk melihat baju raya, boleh layari 

#bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2