hai assalammualaikum

Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smartwatch Untuk Wanita Aktif Dan Tampil Bergaya - Jam Tangan Pintar atau Smartwatch kini menjadi pilihan semua orang. Ini kerana, smartwatch bukan sahaja digunakan sebagai penunjuk waktu malah ia mempunyai pelbagai fungsi untuk menjaga dan memonitor kesihatan kita. Terdapat pelbagai jenis smartwatch yang ada, untuk wanita, yang inginkan smartwatch nampak cantik, boleh digayakan dengan apa sahaja outfit, hah, Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smartwatch sesuai untuk wanita, gabungan gaya dan utiliti sempurna untuk gaya hidup moden.

Nad memang suka pakai Smartwatch, sebab banyak fungsi yang bantu kehidupan nad yang sibuk ni. Sebelum ni, nad pakai Smartwatch jenis sporty, bentuk segiempat, mula nak mencari Smartwatch yang lain. Nampak la Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, tertarik dengan rekabentuk yang bulat dan fungsi dia yang banyak. Memang cantik dan nampak elegant tau.



Kieslect Lady Calling Watch Lora, Smartwatch Untuk Wanita Aktif Dan Tampil Bergaya


Nad nampak Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni pun dekat Tiktok, memang menarik ye. Adalah nad baca yang Kieslect telah ditubuhkan sekitar tahun 2017, dan telah membekalkan Smartwatch kepada lebih 5,000 lokasi runcit di lebih 60 negara serta mempunyai lebih daripada 600 orang pekerja di seluruh dunia.  Kieslet telah bekerjasama dengan penyedia teknologi wireless dan syarikat lain yang terbaik untuk membekalkan produk yang berkualiti dan elegen. Semua produknya diperakui dengan pensijilan CE, RoHS, FCC, dan UKCA, menunjukkan kebolehpercayaan jenama ini dan pematuhan piawaian kualitinya. 

Dengan menggabungkan teknologi wayarles termaju dengan reka bentuk bergaya dan pemahaman mendalam tentang permintaan pasaran, Kieslect telah memenangi pelbagai anugerah antaranya Red Dot Design Award, iF Design Award, dan German Design Award. Nampak kan, produk Kieslect ni memang menambat hati orang ramai dan dipercayai.


Ni video nad tunjukkan kelebihan Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora.

Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora 


Kerja menjadi lebih mudah dengan jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ni. Apa yang nad suka dengan Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, ia mempunyai pelbagai fungsi dan rekabentuk yang menarik sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya dan trend fesyen.

Kieslect Lady Calling Watch Lora ni mempunyai 3 pilihan warna yang cantik dan sangat feminin, lebih mesra dan sesuai untuk pengguna wanita iaitu Pink, Gold dan Ungu. Nad pilih warna Gold, sebab nampak lebih elegant dan lebih trendy. 


Apa yang korang akan dapat bila beli smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni ialah, Kieslect Lady Calling Watch Lora, sepasang tali percuma Fashion Bling Strap, charger dan buku panduan.


Menariknya, tali Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni jenis magnetic straps jadi mudah untuk digunakan.  Magnetic straps ni kuat tau, korang berlari, berlompat pun takkan tanggal. Kalau korang nampak, straps ni dual warna iaitu warna gold dan purple.


Tali boleh ditukar mengikut gaya korang pakai mengikut keadaan dan majlis sama ada formal, kasual dan bersukan. 



Tali yang berkilau, Fashion Bling Strap tu jenis tali ikat macam biasa. Tapi nad memang suka tali dia, sebab berkilau, bling-bling gitu., bila nak pergi majlis atau pejabat, guna bling strap ni. Nampak lebih glam ye...hehee.

Semua Smartwatch Kieslect didatangkan dengan pelbagai fungsi, termasuk menerima panggilan terus pada pergelangan tangan, panggilan Bluetooth yang stabil, fungsi muzik yang elegan, mod sukan yang berbeza dan banyak lagi. 



Korang boleh download aplikasi Gloryfit di Google Play atau Apple Store untuk akses fungsi dan data Smartwatch Kieslect. Ada beberapa fungsi yang perlu di buka di dalam aplikasi.




Bentuknya yang bulat dan nampak seperti jam tangan biasa tapi sebenarnya ia adalah smartwatch. Nad suka dengan paparan skrin 3D Full View Colourful Display Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni. Ianya lebih besar, lebih terang dan memudahkan kita untuk melihat dengan lebih jelas seperti melihat mengggunakan kaca pembesar. Senang nak cari apa yang kita nak.

Boleh tengok, Kieslect Lady Calling Watch Lora menggunakan Sarung Aluminium Tanpa Pudar ditambah dengan Aloi Aluminium Tahan Pudar, menjadikan smartwatch ini nampak bergaya dan menarik. 



Sebab nad beli Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, senang nak terima panggilan dan buat panggilan dari Smartwatch ni. Ya, misal kata tangan korang penuh, handphone dekat tangan, tiba-tiba ada orang call, macam mana nak jawab. Sebab tu fungsinya Stable Bluetooth 5.2 Connection Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni, dapat kita jawab panggilan dengan jam pintar ni. Lagi kalau korang tengah memandu, tak boleh nak pegang handphone, smartwatch ni la penyelamat nak jawab panggilan.

Nad dah cuba, sangat jelas suara orang tu apabila bercakap. Nak dial nombor orang lain pun boleh dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni. Suka betul!!


Kieslect Lady Calling Watch Lora ni dapat bantu nad monitor kesihatan nad seperti bacaan Steps, Kalori, jarak, SpO2, Heart Rate, Sleep Monitoring, Breating dan Female Menstrual Reminder. Dengan adanya Female Menstrual Reminder dapat ingatkan korang hari waktu korang period.



Bersukan ni sangat penting, kita mesti nak tau rekod setiap kali kita buat aktiviti sukan. Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora mempunyai  70 pilihan mod sukan yang korang boleh lakukan antaranya raining, cycling, skipping, badminton, basketball, football, dancing, boating dan macam-macam lagi. 



Dari Sukan ringan-ringan sampaila mencabar. Jadi bolehla rekod heart rate dan kalori korang tu.


Tengah bersenam atau lepak santai, korang boleh mendengar muzik dengan control Music Playlist di Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ni. High defination Music Playlist on Wrist , hanya sambungkan Smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora dengan handphone melalui Bluetooth 5.2 , dah boleh je dengar muzik kegemaran hanya dengan jam tangan pintar kita. Boleh terus tekan Play, Pause, Next atau stop dari smart watch Kieslect Lady Calling Watch Lora je terus.


Korang juga boleh customizable watch faces ikut korang suka. Nak letak gambar yang dah ada dalam aplikasi atau boleh letak gambar sendiri ikut keadaan.

Kieslect Lady Calling Watch Lora juga ada AI Voice Assistant tau, kalau Apple ada Siri, Lora juga ada fungsi yang sama, jadi kita boleh sebut sahaja untuk navigasikan jam tangan kita, menarik kan?. 


Buat pertama kalinya, nad nampak smartwatch yang ada ada game ya. Buat masa ni ada Bird Game sahaja. tengah boring-boring bolehlamain game ni. Tapi tu la tak puas rasanya..hahaha.


Nak ambil gambar pun senang dengan fungsi Camera control dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora Smartwtach ni.

Kieslect Lady Calling Watch Lora ni IP68 Waterproof tapi tak boleh dipakai ketika swimming, mandi atau surfing. 

Selain itu, fungsi yang ada pada Kieslect Lady Calling Watch Lora ialah 
- Password Protection
- Find Phone
- Drinking reminder
- Calculator
- Stopwatch
- Alarms
- Timer
- Weather forecast
- Flashlight
- Quick message reply
- SOS

Kieslect Lady Calling Watch Lora merupakan jenama ke tiga yang menggunakan 2-in-1 Core calling chip di dalam dunia sama seperti Apple dan Samsung. Ia dapat meningkatkan hayat bateri 30% lebih baik daripada dual chip, membolehkan penggunaan tahan lebih lama. Untuk penggunaan berat, bateri boleh tahan 1 ke 2 hari. Kebiasaan bateri tahan 3-5 hari. 

Bagi nad banyak kelebihan Kieslect watch ni. Bukan setakat boleh rekod dan cek kesihatan kita, tapi boleh jawab call, rejected call, juga boleh call melalui jam ni. Senang kerja kita kan. Bagi nad harga sangat berpatutan dengan ada 70 sports ni. Bagi korang yang mencari smartwatch, Kieslect pilihan terbaik, harga berpatutan dan berkualiti. 


Selain daripada smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora, Kieslect juga mempunyai model koleksi smartwatch Kieslet 'Fashion Smartwatch' yang lain seperti Kieslect Calling Watch Ks, Kieslect Calling Watch Kr Pro dan Kieslect Calling Watch Kr. Hah, untuk lelaki bolehla pilih model ni, nampak smart ye.

Warranty Insurance Smartwatch Kieslect

Korang jangan risau kalau smartwatch korang rosak, sebab *KIESLECT menawarkan perlindungan jaminan gantian selama setahun. Pelanggan boleh menukar barangan yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan produk yang serba baharu. 

Walau bagaimanapun, jika kerosakan disebabkan oleh kesilapan manusia, contoh macam korang yang jatuhkan dan pecah, KIESLECT mempunyai hak untuk menolak untuk menggantikan produk.


Hah, menarik bukan Smartwatch Kieslect ni, banyak fungsi dan tampil bergaya apabila memakainya. Korang mesti rasa terpegun kan..hehee. Korang boleh dapatkan smartwatch Kieslect ni di Kieslect Official Selling Platform di Shopee.

Untuk Smartwatch Kieslect ada diskaun tau, nah nad bagi
- Kieslect Lady Calling Watch Lora Bonus discount RM5 voucher: KIESLORA 
- Kieslect Calling Watch Ks Bonus Discount RM10 voucher: KIESKS 

Tapi untuk First come first serve

Untuk info lebih lanjut mengenai Smartwatch Kieslect boleh layari:
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Cantik design dia, cukup feminin tapi functional habis!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2