hai assalammualaikum

Menu Masakan Kampung Juadah Untuk Keluarga - Hari minggu haritu, keluarga dari Meru datang KL, rumah nad la.. Hehehe. Bila keluarga semua datang mestila masak sedap-sedap. Diaorang bagitau nak datang pun seminggu sebelum tu. Jadi bolehla prepare makanan apa nak masak. 

Seminggu sebelum datang tu, diaorang dah request nak masakan kampung. Permintaan ditunaikan, mula la kita fikir menu kampung apa nak dibuat. Bila dah buat list baru boleh beli barang apa yang patut.

Hari Jumaat beli barang masakan semua, malam siap-siap buat pesnya dan potong apa yang patut. Hari Sabtu tinggal campak sahaja.



Menu Masakan Kampung Juadah Untuk Keluarga


Hari Sabtu pagi dah mula memasak semua. Kerja jadi mudah sebab nad dah siap kan pes nak memasak, jadi tinggal masukkan je semua. Menu masakan kampung untuk tetamu VIP dari meru yang nad buat ialah
-Ayam masak kari
- Udang sambal petai
- Sup Tulang
- Sayur paku pakis masak lemak
- ikan goreng
- ulaman dan buah buah-buahan
- Sambal belacan dan sambal tempoyak
- Air sirap

Seronok sangat bila tetamu datang rumah ni. Tu yang masak macam-macam tu. Risau juga tak sedap ke apa kan.. Alhamdulillah, licin ye semua.. Takda tinggal apa pun. Diaorang pun cakap sedap.. Hehehee. Yela, kita tak biasa masak banyak-banyak ni. Ni la pertama kali buat.

Selalu, nak ringkas masak mihun la, spageti la, tapi ni kita buat kelainan pulak. 

Nad baik hati nak sgare resepi menu yang nad buat ni. Menu ni semua boleh dimasak untuk makanan harian juga. 



Resepi Ayam Masak Kari
- Ayam seekor
- 1 biji bawang merah besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Serbuk kari daging dan kari ayam
- Daun kari
- Bunga cengkih
- Santan sekotak
- 1 batang Kulit kayu manis
- Kentang

Cara membuatnya
- Blend bawang merah, bawang putih dan halia
- Tumiskan bahan yang diblend bersama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
- Masukkan daun kari dan gaul lagi sehingga berbau harum. 
- Serbuk kari daging dan kari ayam disatukan dalma mangkuk dan dimasukkan sedikit air.
- Kemudian masukkan serbuk berisi air ke dalam bahan tumisan dan gaul lagi sehingga masak dan pecah minyak. 
- Masukkan ayam serta kentang dan gaul sebati. 
- Masukkan santan dan air. Air tu letak dalam separuh atau tenggelam ayam tu, tapi jangn penuh kuali tu. Gaul sebati. 
- Masukkan garam dan gula
- Biarkan seketika sehingga mendidih. 
- Dah mendidih, air semakin berkurangan, ayam dah masak, kentang dah empuk dah boleh hidangkan. 


Resepi Udang Sambal Petai 
- Udang ikut berapa ramai makan. 
- Petai sepapan setengah
- Cili kering tak pedas direbus dahulu
- 1 biji Bawang merah besar 
- 5 ulas bawang putih
- sedikit ikan bilis
- Asam keping 1

Cara membuatnya
- Kisar cili kering yang dah direbus bersama bawang merah, bawang putih dan ikan bilis untuk dibuat sambal
- Tumis bahan sambal dan masak sehingga pecah minyak. 
- Masukkan asam keping dan gaul. 
- Kemudian bubuh garan dan gula
- Masukkan udang dan gaul lagi sehingga masak. 
- Akhir sekali masukkan petai. 
- Siap untuk dihidangkan. 


Resepi Sup Tulang 
- Tulang daging sekilo
- Serai
- 1 biji besar bawang merah, 
- 5 ulas bawang putih 
- 1 inci halia
- Sedikit lada hitam
- Bunga cengkih, kulit kayu manis
- Sup bunjut tulang
- Daun sup
- Lobak

Cara membuatnya
- Blend bawang merah, bawang putih dan halia kemudian ketepikan. 
- Rebus tulang daging sehingga empuk. Nak lagi senang guna pressure cooker, tapi takda, masak dalam periuk jela. 
- Masukkan Serai ke dalam tulang daging dan biarkan sehingga daging masak. 
- Bila tulang daging dah masak, masukkan bahan kisar/blend ( bawang merah, bawang putih, halia) ke dalam rebusan tulang daging. Gaul sebati dan biarkan seketika. 
- Masukkan sup bunjut dan bunga cengkih serta kukit kayu manis. 
- Masukkan garam, gula dan lada hitam gaul lagi dna biarkan. 
- Masukkan lobak ke dalma rebusan tulang dan biarkan sehingga lobak lembut. 
- Akhir sekali masukkan daun sup. 
- Boleh dihidangkan. 


Resepi Sayur lemak Paku Pakis
- Sayur paku pakis
- Bawang merah kecil 2 biji
- cili padi 10 biji (ikut tahap kepedasan) 
- Kunyit hidup
- Santan sekotak
- Serai. 

Cara membuatnya
- Blend bawang merah, cili padi dan kunyit hidup
- Masukkan santan ke dalam kuali dan masukkan bahan yang diblend. Kacau sehingga maska dan mendidih. 
- Masukkan sayur pucuk paku yang sudah dibasuh ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati. 
- Masukkan 1 batang serai ke dalam bahan masakan. 
- Masukkan garam dan gula dan kacau lagi. 
- Bila dah masak, rasa sedap semua, boleh la dihidangkan. 

Resepi Sambal Belacan
- 3 biji bawang besar saiz kecil
- Cili besar 2 biji
- 10 biji cili padi
- 1 biji tomato
- setengah belacan
- Garam dan gula

Cara membuatnya
- Masak dahulu ke semua bahan. Masak sekejap sahaja kemudian angkat. 
- Blend bahan masakan dan masukkan garam dan gula. Blend kasar-kasar, baru sedap. Kalau halus sangat tak best. Selalu ornag tumbuk dengan lesung, tapi ni sebab nak buat banyak, kita blend jela. Senang.. Hehee. 

Resepi Sambal Tempoyak
- Tempoyak 3 sudu
- Cili padi 10 biji
- Cili besar merah 4 biji
- Garam dan gula

Cara membuatnya
- Blend cili padi dan cili besar bersama sedikit garam sehingga hancur. Kemudian masukkan tempoyak & sedikit gula,blend sedikit lagi. 
- Masukkan di dalam bekas dan gaul semua hingga sebati.

Hah, bolehla korang masak nanti. Ni nad buat sendiri ye.. Hehehe. Rasa puas bila dapat masak, lepastu licin semua. Alhamdulillah. Penting, malam tu kene buat pes semua. Esoknya tinggal campak sahaja. Mudah kan. Selamat mencuba!!. 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2