hai assalammualaikum

Pusat Karaoke Loud Speaker Datum Jelatek Cawangan ke 13 Dan Terbesar - Lama betul tak lontarkan suara ye..hehee. Sekali sekala, lepaskan stress dengan berkaraoke dengan kawan-kawan dekat pusat karaoke syok oo..hehee. Menyanyi, melalak, tak kisahla suara sedap ke tak sedap, yang penting enjoy!!..hehehe. Jadi, haritu dapat jugala menyanyi beberapa lagu dekat Pusat Karaoke Loud Speaker Datum Jelatek Shopping Centre yang baru dibuka dan merupakan cawangan yang ke 13 dan terbesar.

Loud Speaker Datum Jelatek, telah menari perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat. Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa. 

Malah, lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.



Pusat Karaoke Loud Speaker Datum Jelatek Cawangan ke 13 Dan Terbesar


Bagi memperkenalkan cawangan terbaru ini, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel. Kami pun datang dengan berbaju raya, barulah nampak meriah kan.



Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan. 

Sambil beraya, kita pun bernyanyi dengan sepuas hati..hehehe.


Pengerusi Loud Speaker, Encik Damien Soh berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini ialah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.

“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.

Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya.


Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.

Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi semata mata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker cawangan ini.

Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka.

Cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera
Utama, Johor Bahru.



Loud Speaker Datuk Jelatek mempunyai 47 jenis bilik dengan pelbagai size:
- A. Small (4-6 orang)
- B. Medium (7 – 9 orang)
- C. Large (10 – 12 orang)
- D. VIP (14 – 17 orang)
- E. VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang)


Selain itu, Pusat Karaoke juga mempunyai 6 bilik Mini Studio (1-2 orang)

Sehubungan itu, menurut Encik Damien Soh, pihaknya mensasar untuk mencapai 30 lokasi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang terancang. Tambahnya, cawangan baru di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.

“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini.

“Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki
persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.

“Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep
lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis
majlis dan acara.


Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai
RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen
#JomSingOutLoud.

Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.

Untuk mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.

Promosi Loud Speaker Sempena Pembukaan Cawangan Baru

Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.


Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke.

Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin. Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlansung. Cukup berbaloi!

Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.

Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengungjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan.


Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud
Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088

Loud Speaker Datum Jelatek
L2-01, Datum Jelatek Mall, Jln Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Kenyataan Media: Tajuk: Cawangan Ke-13 Loud Speaker Jadi Tarikan Lokasi Karaoke Yang
Sihat
Waktu Operasi:
12 tengahari – 3 pagi (semua cawangan)
11 pagi – 2 pagi (Tropicana Mall dan MyTown)
11 pagi – 3 pagi (Johor)
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2