hai assalammualaikum

Cetaphil Bright Healthy Radiance Serum Dan Pencuci Muka Baharu, Duo Hebat Multi-Tindakan Untuk Keserian Segera - Cetaphil sememangnya dikenali sebagai rangkaian produk penjagaan kulit yang hebat telah  melancarkan Duo Hebat Multi-Tindakan, iaitu Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dan Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser dalam rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance. Dengan penambahan dua produk dalam rangkaian ini, pastinya ia lebih berkesan membantu mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. 

Dengan inovatif terkini dan terbukti secara klinikal, Duo Hebat Multi-Tindakan Perfecting Serum dan Gentle Renewing Cleanser dapat memberikan hasil kulit yang cantik dan berkekalan dalam masa 14 hari dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh digunakan seawal usia 18 tahun.



Cetaphil Bright Healthy Radiance Serum Dan Pencuci Muka Baharu, Duo Hebat Multi-Tindakan Untuk Keserian Segera


CETAPHIL®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia* dengan bangganya memperkenalkan dua produk tambahan dalam rangkaian Bright Healthy Radiance – Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dengan 7x kelebihan dan satu-satunya pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama, iaitu Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser. 


Produk inovatif ini menggunakan Teknologi GentleBright, lantas menandakan era baharu dalam penjagaan kulit. Dengan hasil yang terbukti secara klinikal dalam tempoh 14 hari sahaja, teknologi ini melangkaui tindakan pencerahan kulit dan membina keunggulan dengan Duo Hebat dan faedah pelbagai tindakannya. 

Memandangkan Cetaphil mengutamakan penjagaan menyeluruh untuk setiap kisah kulit, Cetaphil sentiasa komited untuk mengekalkan profil toleransi produknya oleh semua. Cetaphil, pakar kulit sensitif terkemuka dengan warisan selama lebih 75 tahun yang telah diuji oleh pakar dermatologi,sentiasa berusaha untuk meraih strategi anti-hiperpigmentasi yang lebih lengkap dan berkuasa menerusi Bright Healthy Radiance 2.0 Perfecting Serum dan Gentle Renewing Cleanser. 


Sebelum ini rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance mempunyai 4 produk sahaja, kini rangkaian ini mempunyai 6 produk.

Teknologinya yang termaju lagi lembut menyasarkan punca berlakunya bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata serta kusam, iaitu keadaan kulit yang biasa dialami oleh ramai orang.

Cetaphil Bright Healthy Radiance dirumus untuk mengatasi pigmentasi secara berkesan, sambil kekal lembut pada kulit sensitif. Formula lanjutannya secara khusus menyasarkan proses melanogenesis dan keradangan, menangani faktor asas yang menyumbang kepada pigmentasi pada kulit sensitif. 

Hasilnya bukan sahaja memberikan penambahbaikan yang terbukti secara klinikal, tetapi juga mengurangkan bintik gelap. Dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance, individu dengan kulit yang paling sensitif pun masih boleh memiliki kulit yang lebih cerah dan sekata.


Elfiraloy, artis terkenal, berkongsi pengalaman menggunakan Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dan Gentle Renewing Cleanser.

Dikuasakan oleh Teknologi GentleBright generasi baharu, Cetaphil Bright Healthy Radiance menggabungkan campuran unik bahan yang mencerahkan dan menenangkan kulit – Niacinamide dan Dafodil Laut Putih, yang mempunyai sifat pencerahan antiradang dan bertindak sebagai agen neuroaktif. 

Kini, dengan generasi baharu Teknologi GentleBright, yang dirumus menggunakan Peptida Lanjutan dan Antioksidan C, produk ini menangani bintik-binti hitam dengan lima tahap mekanisme pencerahan yang disasarkan dan bertindak sebagai antioksidan yang berkuasa untuk mengurangkan tanda kelesuan dengan meningkatkan sintesis asid hialuronik. 

Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum


Bright Healthy Radiance Perfecting Serum yang BAHARU menggunakan Teknologi GentleBright yang dikuasakan oleh Antioksidan C dan Advanced Peptide menawarkan 7x kelebihan untuk kulit yang berseri dan cerah, dan terbukti secara klinikal mengurangkan bintik-bintik hitam yang disebabkan oleh matahari, penuaan, jerawat, parut dan perubahan hormon. 

Serum ini juga meningkatkan seri dan kecerahan kulit sekurang-kurangnya 42%, mengurangkan garis halus sebanyak 29% dan menghasilkan tona kulit sekata sehingga 20% selepas 12 minggu. 


7 x Manfaat Kuasa untuk Kulit sensitif
- Meningkatkan keserian
- Menyatukan tona kulit
- Mengurangkan bintik hitam
- Meningkatkan penghidratan
- Mencerahkan kulit muka
- Memperbaiki garis halus
- Kulit sentiasa segar dan berehat dengan baik

Bagi nad, tekturnya mudah meresap dan tidak melekit. Cara memakai serum yang betul ialah, membuka botol penutup dan pakai terus ke kulit muka. Kemudian dap-dap sahaja atau gosok perlahan pada kulitdengan sekata. Gunakan serum ini dua kali sehari setiap hari bersama rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance yang lain untuk mendapat hasil kulit yang menakjubkan.

Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser


Sementara itu, pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser, diperkaya dengan Vitamin E dan Manik Jojoba yang meneksfoliasi secara lembut, menyingkirkan pencemaran, dan mencerahkan wajah untuk penampilan kulit yang berseri dan sihat. Pembersih ini juga menyingkirkan sehingga 79% partikel bahan cemar dan terbukti secara klinikal menghaluskan tekstur kulit untuk penampilan kulit yang mulus dan berseri di samping memelihara kulit sensitif. 

Dua hebat baharu ini membina keunggulan untuk fungsi yang lebih daripada pencerahan kulit. Apabila kedua-duanya digunakan secara bersama, seri kulit ditingkatkan dengan serta-merta sebanyak +41% dan kecerahan ditingkatkan sebanyak +30%, sekali gus memastikan faedah pelengkap untuk mendorong manfaat rejimen yang optimum. 


● Pengelupasan lembut untuk membersihkan secara mendalam. 
- Membersihkan sel kulit mati, dan kekotoran. 
● Menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang jelas dan berseri. 
- Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki tekstur kulit (57%) dan penampilan liang (-59%). Mendedahkan kulit yang lebih cerah dan berseri.
● Melegkan kulit sensitif. 
- Membersih tanpa merengsa, melemahkan atau mengeringkan kulit.

Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser digunakan 2-3 kali seminggu, diikuti dengan pelembap Bright Healthy Radiance.

Korang boleh pakai Gentle Renewing Cleanser ni selepas mencuci muka. Teksturnya jenis gel dengan manik Jojoba, dapat membuat sel kulit mati.  

Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menekankan betapa pentingnya penyelidikan saintifik dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh individu yang berkulit sensitif. “Ramai orang dengan kulit sensitif sukar mendapatkan produk yang sesuai untuk mencerahkan kulit dan memperbaik tona kulit tidak sekata mereka tanpa mengakibatkan keradangan. Kami faham bahawa kulit sensitif adalah berbeza dan memerlukan perhatian yang lebih untuk merawat bintik gelap. Oleh sebab itu, kami menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit yang menyeluruh untuk menanganinya menerusi kerjasama dengan pakar terkenal dan profesional penjagaan kesihatan untuk membangunkan rumusan berkesan bagi pengguna penjagaan kulit kami,” katanya. 
 

Cetaphil Bright Healthy Radiance Power of 7 Concource


Dengan kerjasama Watsons, “Cetaphil Bright Healthy Radiance Power of 7 Concourse” akan berlangsung di Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 10.00 pagi – 10.00 malam. 








Bermula hari ini hingga 18 Jun, para pengunjung boleh mendapatkan sampel PERCUMA Cetaphil Bright Healthy Radiance, menikmati diskaun dan promosi eksklusif daripada Watson serta meneroka 7 stesen kulit yang unik lagi menakjubkan. 


Korang kalau ke Sunway Pyramid, datang ke Cetaphil Roadshow ni tau. Korang boleh cuba, tengok produk Cetaphil ni dan enjoy permainan yang disediakan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang rangkaian Bright Healthy Radiance oleh Cetaphil dan tebus sampel percuma di sini: https://cetaphilbhrpowerofseven.com/

Mengenai CETAPHIL®


Tujuh puluh lima tahun yang lalu, seorang ahli farmasi mencipta produk CETAPHIL pertama bersama seorang pakar dermatologi - formula lembut namun berkuasa membersihkan kulit tanpa menjejaskan dan melembapkan kulit tanpa kulit tersumbat. Kini, CETAPHIL adalah jenama penjagaan kulit dermatologi #1 di Malaysia dan diiktiraf oleh profesional penjagaan kesihatan sedunia. Dengan bantuan pakar kulit global terkemuka, mereka terus membangunkan teknologi penjagaan kulit yang inovatif untuk kulit sensitif yang membantu memulihkan, melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit setiap hari. Untuk maklumat lanjut, layari www.CETAPHIL.com.my.

*IQVIA Malaysia, Emollients & Protectives Market, MAT Sep 2022 (Value)
**Applies only for the Serum

Mengenai Galderma

Galderma merupakan syarikat dermatologi bebas yang terbesar di dunia dan terdapat di lebih kurang 100 negara. Sejak penubuhan kami pada tahun 1981, kami telah memberi sepenuh dedikasi terhadap dermatologi. Kami mempunyai portfolio inovatif berasaskan sains bagi jenama dan perkhidmatan yang canggih merentasi Estetik, Penjagaan Pengguna dan Perubatan Preskripsi yang memberi fokus kepada keperluan pengguna dan pesakit, kami bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan untuk memastikan hasil terbaik. Kami memahami setiap kulit membentuk setiap kehidupan jadi kami memastikan dermatologi yang terbaik untuk setiap kisah kulit. Untuk maklumat lanjut: www.galderma.com 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2