hai
Garden of EDEN New Hydra Range : Berikan Kelembapan Selama 72 Jam - Siapa tak kenal dengan jenama Garden of EDEN, produk penjagaan muka yang berasaskan tumbuhan terbukti secara saintifik dapat membantu masalah kulit. Baru-baru ni, Garden of EDEN telah melancarkan produk terbaru mereka Hydra Range terdiri daripada 3 jenis cream dan 1 gel yang dapat berikan kelembapan selama 72 jam ditambah dengan dan 8 jenis asid hyaluronik bagi mengunci kelembapan jauh ke dalam kulit,lapisan demi lapisan.
Menjaga kelembapan kulit adalah salah satu rahsia bagi mengekalkan kecantikan kulit. Dengan keadaan kulit yang terhidrasi dengan baik, wajah kita akan sentiasa terjaga. Namun, faktor cuaca yang tidak menentu pada masa kini menyebabkan kulit mengalami masalah seperti kering dan terdedah dengan cahaya matahari apabila terlalu lama berada di luar rumah. Selain menyebabkan kulit kering, ia juga menyebabkan kulit kita terbakar dan akan adanya pigmentasi. Dengan penggunaan Garden og EDEN Hydra Range ni mungkin dapat membantu masalah korang.
Garden of EDEN New Hydra Range : Berikan Kelembapan Selama 72 Jam
Garden of EDEN ialah jenama buatan Malaysia sejak tahun 2000 yang disahkan halal dan diuji secara dermatologi terkenal dengan serumnya iaitu ROSA E, ROSA T, GRAPE E Anti-Aging dan PRIMROSE E yang menyasarkan untuk memperbaiki keadaan kulit biasa iaitu pigmentasi, kulit kering, kusam dan sensitif, kulit penuaan, kulit berminyak dan berjerawat serta parut.
Dengan sambutan yang menggalakkan, Garden of EDEN memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kulit baharu mereka iaitu Hydra Moisturizer. Semua produk ini adalah 95% asal semula jadi dengan pelbagai fungsi untuk kulit bagi mengoptimumkan pelbagai manfaat. Tambahan pula ia mesra alam dan bebas daripada paraben, alkohol, silikon, pewarna, pewangi dan lain-lain.
Dengan 8 jenis Asid Hyaluronic untuk ultra-penghidratan dan Niacinamide untuk kesan penghidratan kulit selama 72 jam, ia sesuai untuk apa jenis masalah kulit termasuk kulit sensitif.
Mesti korang nak tau kelebihan setiap moisturizer ni kan. Seperti nad cakap tadi ada 4 moisturizer Garden Of EDEN ni, 3 jenis cream dan satu lagi jenis gel. Nad kongsikan kelebihan setiap produk.
Garden of EDEN Rosa E Brightening Hydra Cream
Mencerahkan pigmentasi dan tona kulit tidak sekata.
Ia didatangkan dengan tekstur yang ringan, penyerapan yang cepat dan haruman botanikal yang menenangkan. Meningkatkan kecerahan kulit dan memberi penghidaratan kulit yang mendalam. Ini sesuai untuk mereka yang mempunyai pigmentasi, kulit kering dan sensitif.
Gabungan kuat Minyak Biji Rosehip, dengan ekstrak daripada Mulberi, Bunga Raya, Timun, Anggur Perak dan Vitamin C adalah sebab utama untuk meningkatkan pencerahan kulit secara semula jadi, tona kulit sekata dan mendapatkan luminious skin dan untuk mengurangkan melanin dan
pigmentasi sebelum, semasa dan selepas melanogenesis.
Garden of EDEN Grape E Anti-Aging Cream
Katakan Tidak pada Kedutan, Ya untuk Wajah Awet Muda
Garden Of EDEN Grape E (Krim Hydra Anti-Penuaan) memberikan gabungan penghidratan bersama-sama dengan anti-penuaan. Boleh ucapkan selamat tinggal kepada kedutan kerana krim Grape E ini membantu menganjalkan dan melicinkan kulit muka.
Fungsi produk penjagaan kulit Garden of EDEN ini untuk melambatkan penuaan kulit dengan meningkatkan kolagen dan elastin. Ia juga menambah nilai kepada pemanjangan hayat sel sambil menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan dengan gabungan bahan-bahan seperti Spilanthes Acmella, Ekstrak akar Astragalus dan Goji Berry, Minyak Biji Anggur, Ekstrak Kulit Mulberi, Ekstrak Bunga Raya.
Garden of EDEN Primrose E Radiant Hydra Cream
Lembap, Menyuburkan & Replenish Glow
Produk penjagaan kulit Hydra terbaru Garden of EDEN Malaysia yang ketiga ialah Primrose E (Radiant Hydra Cream). Diperbuat daripada bahan penghidratan seperti Shea Butter dan Avena Sativa,untuk pelbagai jenis kulit boleh mendapat manfaat daripadanya dengan pelembapan segera dan tahan lama melalui krim ini.
Ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan kusam, teksturnya licin dan ringan, mudah menyerap ke dalam kulit. Ramuan anti-radang membantu menenangkan kulit sensitif dan berjeragat, manakala gabungan vitamin dan protein menyuburkan kulit kering dan mengembalikan keserian semula jadinya.
Sementara itu, minyak Evening Primrose, yang merupakan sumber yang kaya dengan nutrien asid lemak penting, sangat baik, bukan sahaja menyuburkan dan melembapkan kulit sensitif dan kasar tetapi juga melindungi kulit yang sihat.
Bahan-bahan utama : Evening Primrose Oil, Avena Sativa, Shea Butter.
Garden of Eden Rosa T Hydration + Anti Acne
Hilangkan Jerawat & Lindungi Kulit
Akhir sekali, ialah Garden of EDEN Rosa T Hydration + Anti Acne (Anti-Acne Hydra Gel). Packaging dalam bentuk botol dan teksturnya jenis gel.
Gel pelembap Rosa T Garden of EDEN ini adalah pilihan yang tepat untuk rakyat Malaysia yang sedang mengalaami masalah jerawat dan kulit berminyak kerana ia produk ini dapat membantu merawat jerawat dari dalam ke luar. Sesuai la untuk nad yang sedang alami masalah jerawat ni.
Melalui nutrien prebiotik yang diperoleh daripada pelbagai ekstrak semulajadi seperti, Akar Burnet, Akar Halia, Ekstrak Kulit Kayu Manis, Ekstrak Manggi, gel pelembap ini membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan bermanfaat pada kulit sambil mengehadkan pertumbuhan bakteria jerawat yang berbahaya.
Ia adalah penyelesaian terbaik untuk memerangi pertumbuhan jerawat bakteria pada kulit.
Keseluruhan Garden of EDEN Krim & Gel Hydra Baharu melengkapi rangkaian serum semulajadi Garden of EDEN untuk hasil yang optimum.
Nad cemburu dengan aunty ni tau, muka diaorang cantik bersih sahaja. Sebab diaorang pakai produk Garden of EDEN ni la. Mereka akan sentiasa memastikan produk mesra pengguna dan sesuai untuk semua orang.
Pada hari pelancaran juga nad buat analysis skin untuk melihat keadaan muka nad dan cadangan produk Garden of EDEN yang sesuai dengan muka nad.
Kita ni kalau nak kulit elok, pertama sekali, perlu tau jenis kulit kita, kemudian pilih produk yang betul. Paling penting produk tu selamat, berasaskan tumbuhan dan telah diuji secara dermatologi. Korang yang ada msalah kulit sama ada warna kulit tidak sekata, penuaan kulit, kulit letih dan kusam atau kulit berminyak dan berjerawat boleh cuba penjagaan muka Hydra Garden of EDEN yang terbaru ni. Nak lagi elok pakai sekali serum mereka.
Dekat mana nak dapatkan produk Garden of EDEN?
Korang boleh dapatkan produk Garden of EDEN ni di Watsons, Guardian, Health lane family pharmacy, Alpro pharmacy, AEON Wellness dan selected independent local region pharmacies.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website: https://gardenofedenskincare.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/goeskincaremy
Instagram: https://www.instagram.com/goe_skincare/
Wah ada skincare juga rupanya
ReplyDeletePackaging dia buat kita terasa nak cuba 😍
ReplyDeleteMak Ai suka betul brand ni.
ReplyDeletepenah guna memang best....packaging baru ni rasanya
ReplyDelete