hai assalammualaikum
Program Simulasi Haji Little Hajj Oleh Little Caliphs® Di Maeps Serdang - Semalam nad dapat melihat anak-anak Little Caliphs melakukan ibadah haji di Maeps Serdang. Bukan betul-betul pergi haji, tapi hanya praktikal sahaja..hehee. Comel je semua, kanak-kanak lelaki dengan pakaian kain ihram manakala kanak-kanak perempuan memakai seperti telekung siap dengan beg kecik disangkut di leher.
Program Simulasi Haji Little Hajj 2023M/1444H merupakan program kali ke-7 yang dibuat oleh Little Caliphs® sejak tahun 2016 lagi. Selain acara ikonik, anak-anak berpeluang melakukan aktiviti Tawaf mengelilingi Replika Kaabah dengan ketinggian 10 kaki.
Program Simulasi Haji Little Hajj Oleh Little Caliphs® Di Maeps Serdang
Program Simulasi Little Hajj yang dianjurkan oleh Little Caliphs® International Sdn Bhd dengan kerjasama semua pengusaha The Little Caliphs Program bakal dijalankan di seluruh Malaysia di peringkat zon negeri masing-masing.
Objektif utama Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2023 adalah untuk memberikan pengalaman berharga kaedah praktikal ‘Naik Haji’ kepada anak-anak berumur 6 tahun, dengan menggunakan pendekatan praktikal melalui metodologi Project Based Learning (PBL) dari The Little Caliphs® Program. Bagus sangat program sebegini, kerana anak-anak dapat belajar dengan lebih mendalam mengenai Rukun Islam ke 5 ini.
Aktiviti yang turut dijalankan ialah
1) Cara Memakai Kain Ihram Untuk Haji
2) Pengenalan & Aktiviti Wuquf di Arafah
3) Bermalam di Muzdalifah
4) Mabit di Mina
5) Aktiviti Saei
6) Aktiviti Melontar Jamrah
7) Aktiviti Tawaf
Selain itu, program simulasi Haji ni mengajar anak-anak berdisiplin dan bagaimana menguruskan diri dalam melakukan sesuatu perkara semasa program berlangsung.
Sebanyak 480 buah tadika di seluruh negara dan lebih 35,000 kanak-kanak yang terdaftar, Little Caliphs® telah di anugerahkan Gold Award Readers Digest Trusted Brand 2018-2021, Superbrand dan Program Simulasi Little Hajj telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record pada tahun 2019.
Untuk menyemarakkan bulan haji Zulhijah tahun ini, penyertaan program kali ini melibatkan Tadika Little Caliphs® dari Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya, dengan melibatkan seramai 6,500 orang pelajar yang penuh semangat dan disokong oleh 780 orang guru Little Caliphs® sebagai tenaga Mutawwif.
Selain daripada kawasan-kawasan tersebut, program ini juga akan dijalankan di beberapa negeri lain termasuk Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Zon Utara, Zon Tengah, dan Zon Selatan, melibatkan jumlah keseluruhan seramai 14,000 orang kanak-kanak di seluruh negara.
Istimewanya, tahun ini, Little Caliphs menyambut 20 Tahun penubuhannya dimana institusi ini telah mengubah landskap pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia yang mana telah menjadi mercu tanda kepada harapan buat ibu-bapa dan pendidik.
Turut memeriahkan majlis adalah kehadiran Datuk Haji Roslan Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs® International Sdn Bhd dan Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik Little Caliphs® International Sdn Bhd serta Tuan Ahmad Jamaludin, Ketua Pegawai Operasi Little Caliphs® International Sdn Bhd
Perjalanan Kurikulum dan metodologi pengajaran yang digunakan oleh Little Caliphs bukan sahaja berinovatif dimana ia terbukti berkesan malah turut diserapkan dengan nilai-nilai yang diajarkan oleh agama Islam.
Tahun-tahun prasekolah ini adalah penting dalam pembentukan minda dan akhlak kanak-kanak yang bakal memacu masa hadapan negara kita dan Little Caliphs sentiasa ke arah dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memupuk semangat ingin tahu serta menggalakkan pertumbuhan yang lebih menyeluruh agar kanak-kanak dapat mencapai potensi penuh mereka dalam pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi potensi spiritual, physical, intellectual, dan juga socio-emotional.
Seiring dengan peredaran masa kini, pembelajaran berteraskan teknologi juga diperkenalkan pada tahun ini melalui program pengayaan 'enrichment program' KIDZORI yang memperkenalkan produk digital KIDZORI 5M.
Kidzori juga berkolaborasi bersama DURIOO dan lain untuk menghasilkan pengalaman 'holistik learning' yang bermanfaat untuk guru-guru dan ibu bapa untuk memastikan bahawa anak-anak didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat tidak kira di rumah atau dalam bilik darjah.
Bukan sahaja pengukuhan jenama tadika, Little Caliphs bakal mengembangkan sayap melalui Little Caliphs Playschool untuk anak-anak 2-3 tahun dan juga program transit untuk anak-anak 8-12 tahun.
Memandangan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini agar terus terus dipacu, Little Caliphs dengan pengalaman 20 Tahun menerajui pendidikan awal kanak-kanak telah mewujudkan Little Caliphs Excelence Center (LCEC) iaitu research center tersendiri dan kini sudah pun memeterai kerjasama MOU bersama UKM , UPSI, UITM, UNIRAzK, dan beberapa intitusi pendidikan tinggi tenpatan lain di bawah naungan pengasas Little Caliphs, Datin Dr Hajah Sabariah Faridah.
Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Little Caliphs® boleh layari
Website: https://littlecaliphs.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/littlecaliphsofficial/
Add your comment