hai assalammualaikum
Myra Menyambut Ulangtahun Ke-7 : Melancarkan Projek Kediaman Myra Putri Sesuai Untuk Pasangan Muda - Korang tengah cari rumah baru ke tu? Sabtu lepas, nad baru je pergi ke Myra Sales Gallery di Jenderam Hilir Dengkil sempena sambutan ulangtahun Myra yang Ke-7 sambil tengok projek kediaman baharu mereka iaitu Myra Putri. Sebelum nad cerita lebih lanjut berkenaan Myra Putri, nad nak ucapkan Happy anniversary Myra yang ke-7!! Terima kasih jemput nad datang memeriahkan majlis. Meriah sangat sambutan ulangtahun ni, ramai yang datang.
Kalau korang nak tau, Myra ialah property developer yang ditubuhkan sejak 2016, merupakan pemaju hartanah yang dipercayai dan telah membantu ramai orang untuk memiliki rumah idaman mereka. Myra mempunyai enam perbandaran di bawah kendaliannya – Myra Saujana di Dengkil, Myra Meranti di Puchong bersama Myra Alam di Puncak Alam, Myra Putra di Desa Pinggiran Putra, Myra Vista di Bandar Baru Salak Tinggi dan Myra Gardens di Kundang, dengan lebih banyak projek menarik dalam perjalanan termasuk Irina di Puncak Alam
Myra Menyambut Ulangtahun Ke-7 : Melancarkan Projek Kediaman Myra Putri Sesuai Untuk Pasangan Muda
Myra sentiasa ingin membantu sesiapa sahaja yang mengimpikan untuk memiliki rumah dan menjadikan impian tersebut satu realiti. Sepanjang tujuh tahun yang lalu, daya penggerak utama di belakang Myra adalah untuk mencabar tanggapan yang sering disalahfahamkan tentang 'rumah mampu milik.' Inspirasi ini telah dicapai dengan mewujudkan penanda aras baharu dalam segmen kediaman, menawarkan pengalaman pemilikan rumah yang lancar dan tanpa tekanan bagi pembeli kali pertama.
Pada majlis sambutan itu, Myra memperkenalkan projek terbaru mereka, Myra Putri. Bagi individu atau pasangan muda atau keluarga kecil yang sedang mencari rumah idaman, korang boleh tengok rumah Myra Putri ni. Terletak di lokasi yang strategik bersebelahan Putrajaya, Myra Putri menawarkan pengalaman hidup premium, menyediakan kemudahan yang menyaingi kondominium mewah, semuanya pada harga permulaan yang berpatutan iaitu RM380,000.
Apa yang menarik mengenai Myra Putri?
- Terletak di Desa Pinggiran Putra
- Berpagar & Berpengawal
- Kepadatan Rendah
- Lokasi Strategik (10 minit ke Putrajaya)
- 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air
- 2 Parkir
- Unit berkeluasan 904 kaki persegi
- Harga permulaan RM380,000
Apartmen bertingkat rendah ini lengkap dengan jaminan keselamatan dan fasiliti luaran yang mesra alam, menjadikannya pilihan ideal rumah pertama korang!
Pelbagai kemudahan disediakan seperti surau, gelanggang futsal, zon fitness, Trampolin Park, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi.
Kalau tengok pada pelan lantai ni, dapur dia memang dah berpisah ye, jadi takyahla susah nak renovation dapur kan..hehee.
Syok kan dapat duduk dekat sini. mesti korang takkan jumpa projek rumah lain dalam lingkungan harga sama yang menawarkan pelbagai kemudahan yang serupa seperti Myra Putri ni.
Myra Putri juga mempunyai jaringan perhubungan yang baik dengan ia terletak hanya 10 minit saja jika memandu untuk ke Putrajaya. Ia mempunyai sambungan dengan lebuh raya utama seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Maju (MEX), Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK) dan Lebuhraya Kajang-seremban (LEKAS).
Myra Property Developer
Rumahku Syurgaku, itu la impian seseorang yang ingin memiliki rumah sendiri. Antara sebab seseorang ingin memiliki rumah adalah untuk keselesaan keluarga ataupun investment. Membeli rumah bukan macam beli mainan, sebab tu, pembeli rumah sentiasa mencari pemaju rumah yang dapat membantu mereka membeli rumah dengan mudah.
Myra memahami mereka yang ingin memiliki rumah, sebab itu Myra secara konsisten berusaha untuk meringankan beban pemilik rumah yang ingin membeli rumah buat kali pertama. Ini terbukti dengan kejayaan pelancaran Myra Putra dan Putri di Putrajaya, Irina by Myra dan Alea Residence di Bandar Puncak Alam, dan baru-baru ini, Myra Impian di Nilai, Negeri Sembilan.
Kebanyakan pemilik rumah baharu ini adalah pasangan muda atau bujang berumur antara 26 hingga 35 tahun, mereka akan berfikir dahulu, sebelum membuat komitmen untuk membeli apa yang mungkin menjadi Biggest Most Prized Possession (BMPP) dalam hidup mereka.
Hasrat Myra selama ini, adalah untuk memberi rasa keterujaan yang baharu, mengatasi kebimbangan, dan mengurangkan kebimbangan kenaikan harga rumah dan kenaikan kadar inflasi yang memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia. Ini sangat penting kerana ia boleh menakutkan ramai individu untuk memiliki rumah pertama.
Myra, pemaju hartanah yang dipercayai sejak 2016, amat berbangga dengan rekod prestasinya yang mengagumkan dalam menyampaikan lebih 2,593 rumah mampu milik bernilai lebih RM 1.388 bilion kepada pembeli rumah kali pertama dan keluarga mereka yang semakin meningkat. Dan hari ini, Myra berpegang teguh pada komitmen ini untuk menyediakan pilihan perumahan berkualiti kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
Mencari Informasi Rumah Myra Dengan Mudah
Selain membantu pemilik memiliki rumah dengan mudah, Myra menyediakan panduan sepanjang perjalanan pemilikan rumah seperti Perpustakaan Myra, arkib dalaman yang tersedia untuk sesiapa sahaja yang memulakan perjalanan pemilikan rumah mereka. Selain itu, website yang mudah dinavigasi, menjadikan customer-service center ini mudah untuk pemilik rumah mencari maklumat.
Salah satu sumber informasi yang ditawarkan oleh Myra ialah Myra's 4-Step Journey, berfungsi sebagai panduan property untuk membantu pembeli dalam mencari rumah idaman mereka. Selain itu, saluran YouTube Askmyra dan TikTok , menampilkan hos dan tetamu yang muda dan bertenaga. Jadi, banyak cara informasi , maklumat yang boleh diperolehi pembeli untuk mencari rumah idaman mereka.
Myra juga menawarkan Myra Super Calculator, sesi perundingan percuma yang direka untuk memberikan secara jelas kepada pembeli mengenai dana yang diperlukan untuk down payment, ansuran bulanan dan yuran tambahan lain yang berkaitan.
Selain itu, ramai pemilik hartanah Myra mendapati bahawa ansuran pinjaman bulanan mereka adalah setanding dengan kadar sewa yang mereka bayar pada masa ini, menjadikan Myra pilihan yang menarik untuk rumah yang stabil dan mampu milik.
"Kami berbangga untuk melengkapkan setiap bakal pembeli rumah dengan apa jua cara yang mereka perlukan untuk memudahkan proses membuat keputusan," kata Akil Hassan, Ketua Penjenamaan & Kebudayaan Myra.
Pentingnya berkongsi dan mengambil berat, Myra menawarkan tawaran rujukan "Pakej Kejiranan" khas untuk mereka yang ingin menempah rumah Myra Putri bersama rakan atau rakan sekerja.
Sambutan Ulangtahun Myra Bersama Komuniti Pemilik Rumah Myra
Meriah sangat sambutan ulangtahun Myra yang ke -7 ni. Myra meraikan acara ulangtahun ini bersama komuniti pemilik rumah Myra. Sambutan sehari itu menampilkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak seperti DIY Kids Corner, Mini Rabbit Corner, Karikatur, persembahan muzik secara live, dan demonstrasi memasak secara langsung oleh chef selebriti terkenal Maria Tunku Sabri. Para hadirin berpeluang menjamu selera dengan hidangan yang lazat, termasuk kambing golek (daging kambing panggang), sate, cendol dan banyak lagi.
Turut sertai ialah rakan kongsi Myra iaitu Creme De Le Creme dan Cosmic Cookware bagi menawarkan diskaun eksklusif dan hadiah percuma yang menarik kepada rakan Myra yang dihargai. Para peserta berpeluang memenangi hadiah hebat yang ditaja oleh Siti Khadijah, Cosmic Cookware, serta menikmati penginapan yang tidak dapat dilupakan di The Chow Kit dan The Den by Ormond Hotels.
Selain itu, Myra mengambil inisiatif untuk melancarkan "Myra Cares," bagi membantu mereka yang memerlukan. Myra bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS) untuk program community recycling.
Di samping itu, Myra telah membuat lawatan ke "Pusat Warisan Suci", rumah anak angkat yang menampung kira-kira 50 kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Myra kekal komited untuk memberi impak positif dan meningkatkan kehidupan mereka yang memerlukan melalui inisiatif amalnya yang berterusan.
Tahniah Myra dan selamat ulangtahun yang ke-7. Semoga Myra terus maju!!
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan ini, layari
Website : https://www.myra.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/askmyra/
Instagram: https://www.instagram.com/_askmyra
Add your comment